Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 9 Julai 2011


Umno harus yakin untuk memenangi pilihan raya secara adil jika parti teras pemerintah itu mempunyai prinsip, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. 

Dalam ucapannya pada satu ceramah menjelang perhimpunan Bersih hari ini, Ketua Pembangkang itu berkata, beliau akan hadir perhimpunan petang ini di Stadium Merdeka.

Beliau merupakan salah seorang daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara hari ini. 

“Kami hanya meminta pilihan raya bersih, itu sahaja,” kata Anwar (gambar) pada ceramah ci Cheras malam tadi. Ketua Umum itu berkata Turki telah mengundang wakil-wakil luar negara menjadi pemerhati pilihan raya di negara itu bulan lalu. 

“Kita (di sini) tidak boleh meneliti daftar pemilih kita sendiri... saya tidak boleh mendapat satu minit temu bual (menerusi media arus perdana),” kata Anwar yang mengenakan mahu warna kuning malam tadi. 

“Saya akan ke Stadium Merdeka. Bagaimana? Jangan tanya,” kata beliau, bekas timbalan presiden Umno, dengan senyuman, disambut oleh tepukan hadirin. 

Polis telah memulakan sekatan di seluruh Lembah Klang sejak petang semalam, menyebabkan kesesakan teruk di laluan-laluan menuju masuk ibu negara. 

Lebih 30 jalan utama di ibu negara ditutup. Ini kali kedua Bersih, yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya diadakan. Inseder

Kali pertama diadakan pada akhir 2007 telah menarik sehingga 50,000 orang.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular