Harakahdaily
TEMERLOH, 5 Okt: PAS
mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di
atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan
Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agung sebagaimana peruntukan
undang-undang koperasi.
Perlantikan ini bertentangan dengan Akta,
Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu
sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat
lembaga.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau
dipercayai mengulas laporan langkah Isa melantik dirinya sebagai
Pengerusi KPF, sebuah koperasi yang dimiliki oleh peneroka dan
kakitangan Felda.
"KPF ini adalah milik peneroka dan pada
pandangan mereka, kepimpinan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi
KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang
pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen
hingga 15 peratus tahun lalu," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.
Selain
itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di
negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar)
2011.
KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.
Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF.
"Oleh
itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan
bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli," kata beliau.
Menurut Tuan Ibrahim (gambar bawah)
yang tinggal di kawasan Felda Jengka, Pahang, yang menyayatkan hati
warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan
ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan
diri-sendiri untuk menerajui KPF.
Ia pula dibuat berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.
Lebih
menghinakan bagi warga dan kakitangan Felda, katanya, ialah perlantikan
tersebut dikatakan berlaku ketika Datuk Dzulkifli tidak ada dalam
negeri.
"Tindakan ini mencerminkan sikap sebenar pengerusi baru
Felda ini yang terang-terang tidak menghormati kepimpinan koperasi
Felda yang sedia ada sehingga menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli
KPF," katanya.
Bagi
beliau, walaupun kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda,
banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan
Felda telah dibuat.
Antaranya:
1. Pinjaman RM6 billion
daripada KWSP untuk tujuan yang tidak diketahui sehingga kini. Pada masa
yang sama, Timbalan Menteri Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan
dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion.
2.
Pencagaran keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan
pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60
tahun ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada
kerana menunaikan umrah.
Dan kini, beliau telah mencetuskan satu lagi kontroversi dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF.
"Peneroka
dan kakitangan Felda kini mula bimbang dengan masa depan KPF kerana ia
bakal diuruskan oleh seorang pemimpin Umno, yang Umno sendiri pernah
menghukumnya kerana terlibat dalam politik wang suatu masa dulu,"
katanya.
Sehubungan itu, katanya, demi masa depan KPF, ahli-ahli
KPF perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendesak Jabatan
Pembangunan Koperasi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa
Samad kerana telah melanggar akta koperasi dalam perlantikan tersebut.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Yahudi sebuah agama yang telah lama luput kebenarannya, Taurat bukan lagi kalam Allah azza wa Jalla tapi sebaliknya kata-kata dusta nista r...
-
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.0...
-
Gerakan Anti Najib/Rosmah Mungkin Blogger Gerakan Anti Najib/Rosmah (GANR) patut membuat satu laporan polis berkaitan komen-komen ...
-
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan p...
-
Gambar-gambar semasa penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Dearah Hulu Selangor. Wartawan Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengs...
-
Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan po...
-
Baru sebentar tadi baru dapat melayari blog sejak hari Ahad macam-macam masaalah timbul dengan pengendalian internet buat hal. Satu blog pu...
-
Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah ...
-
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri? Omar : Ya, memang sa...
-
Sungguhpun kekuasaan dan keperkasaannya tak tertandingi, akhlak dan hatinya selembut sutra, hingga karenanya ia mudah menyerap bukti kebena...
1 ulasan:
apabila seekor 'lembu pendek' mula menyondol2...
Catat Ulasan