Translate

Sabtu, 5 November 2011

Dana Projek Negeri Didakwa Disalur Ke Firma Keluarga Taib.



Laman web Sarawak Report mendedahkan bagaimana dana bagi projek pembangunan di Kuching disalurkan kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menetap di luar negara.

Memetik sebahagian besar maklumat boleh didapati secara umum, dakwa laman web itu, antara projek berkenaan adalah Isthmus Kuching, projek yang dibangunkan bersama oleh kerajaan negeri Sarawak dengan Cahya Mata Sarawak (CMS) yang dikaitkan dengan keluarga Taib.
kuching towerMenurut laman web Isthmus Kuching, pembangunan hotel mewah dan kompleks pejabat mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.8 bilion.

CMS pula dalam pengumuman kepada pemegang sahamnya berkata projek bernilai RM380 juta, akan dibangunkan secara usahasama antara anak syarikat CMS Land dengan empat syarikat lain.

Syarikat berkenaan pula termasuk Premier Cottage Sdn Bhd, yang memegang kepentingan 51 peratus dalam projek itu dan lembaga pengarahnya dianggotai oleh Sean Murray, menantu warga Kanada Taib yang berkahwin dengan anaknya, Jamilah pada tahun 1987.

Juga disenaraikan sebagai pengarah Cottage Premier adalah kakak ipar Taib, Gertie Chong dan anak perempuannya yang lain, Hanifah.

Laman web syarikat itu melaporkan bahawa pemegang saham tunggal Cottage Premier adalah sebuah syarikat pesisir luar yang dikenali sebagai Pioneer City Enterprises. Namun laman itu tidak membekalkan profil syarikat mahupun alamat di sebalik telah dianugerahkan projek besar.
NONEMenurut Sarawak Report, Sean juga adalah pengarah bagi syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan Taib. Antara yang paling menonjol ialah Sakto Corporation di Kanada, yang dibiayai dengan pinjaman tanpa faedah daripada pemegang saham yang tidak dinamakan.
Malaysiakini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular