Translate

Jumaat, 9 Disember 2011

Tony Fernandes Nafi Tinggalkan AirAsia.

Tan Sri Tony Fernandes lewat petang ini menafikan beliau akan melepaskan jawatan sebagai ketua AirAsia dalam waktu terdekat, sebaliknya menegaskan syarikat penerbangan murah itu harus bersedia untuk menerima kepimpinan baru kelak.
“Bukan meletakkan jawatan dari AirAsia. Apa yang saya katakan ialah dalam 10 tahun lagi, kita harus bersedia untuk (menerima) kepimpinan baru dan masa saya (untuk berundur kelak) semakin hampir,” kata beliau menerusi mesej Twitter sekitar 7.40 petang tadi.
Laporan Bernama awal hari ini menyebut Fernandes telah membayangkan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua syarikat penerbangan tambang murah itu.
“Sepuluh tahun lagi akan ada ketua pegawai eksekutif yang baru. Masa saya akan berakhir tak lama lagi,” katanya lagi.
“Ya, kesemua tiga daripada kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) kena pergi bersama,” katanya lagi. Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular