Translate

Khamis, 28 Julai 2011

Wahabi: Siapa Sebenarnya Yang Sesat, Jika Kerajaan Ini Betul Kenapa Hukum Islam Dipinggirkan.


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mengambil langkah susulan berhubung idea agar berdialog mengenai polemik Wahabi dengan mempelawa pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady agar bertandang ke Perlis semasa Ramadan bagi menjernihkan isu “kesesatan Saudi.”

Juanda berkata Jabatan Mufti Perlis menghantar surat hari ini mempelawa Uthman, yang dijemput memberi taklimat pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Isnin lalu, agar memberikan penjelasan mengenai isu tersebut khususnya kepada warga Perlis.

“Sebenarnya kami hendak menjemput beliau datang secepat mungkin, tetapi oleh kerana kita sudah menghampiri bulan Ramadan, jadi lebih elok dialog diadakan ketika bulan puasa.

“Lagipun bulan Ramadan adalah bulan yang mulia, kita boleh membincangkan isu ini dalam suasana jernih dan terbuka mengenai apa yang beliau (Uthman) mendakwa sebagai wujudnya kesesatan Saudi (dalam isu Wahabi),” kata beliau.

Juanda menegaskan, apa yang didakwa diperkatakan oleh Uthman kononnya wujud “kesesatan” berkenaan isu fahaman Wahabi adalah tidak betul.

“Apabila kenyataan beliau mengaitkan dengan Arab Saudi, ia menimbulkan kekeliruan, sebab ramai rakyat negara ini pergi ke Saudi dan bersolat di masjid-masjid di negara itu,” katanya.

“Malah kita juga menjemput imam-imam dari Arab Saudi datang ke negara, jadi apabila isu ini dibangkitkan, ia menjadi satu isu . . . jadi saya berharap beliau dapat datang ke Perlis dan menjelaskan kepada kami tentang isu sebenarnya,” kata Juanda lagi.

The Malaysian Insider difahamkan Uthman, yang kini merupakan Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai isu Wahabi di Putrajaya, Isnin lalu.

Dalam laporan terdahulu hari ini, The Malaysian Insider memetik Juanda sebagai berkata, beliau mempelawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Perlis termasuk mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar berdialog berhubung isu fahaman Wahabi yang terus hangat diperkatakan.

Laporan terbaru mengatakan bahawa amalan fahaman Wahabi boleh membawa kepada pemikiran radikal dan aktiviti pengganas.

“Kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Perlis, kami sedia untuk berdialog... kami sedia berdialog dengan mana-mana pihak,” kata beliau.

“Mereka boleh berdialog dengan jawatankuasa fatwa negeri dan juga rakyat Perlis yang memang mencintakan keamanan dan kestabilan negara,” kata tokoh agama ini mengulas perkembangan terbaru berkaitan dengan isu Wahabi, yang dilaporkan menjadi fokus perbincangan dalam satu mesyuarat MKN Isnin lalu.

Juanda berpendapat bahawa dialog yang dimaksudkan penting memandangkan Perlis sentiasa dikaitkan dengan amalan fahaman Wahabi.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”
Selain Juanda dan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin (gambar) turut disenaraikan sebagai pihak yang harus dipantau oleh agensi agama ialah sekitar 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu juga disebutkan dalam senarai “dikehendaki” pihak berkuasa.

Ulama-ulama muda itu juga mahu mengadakan pertemuan dengan MKN bagi mendapatkan penjelasan.

Mengulas lanjut, Juanda berkata sementara isu semasa mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa termasuk Uthman sendiri, beliau menasihatkan agar Muslim negara ini tidak menjemput imam-imam dari Arab Saudi datang ke Malaysia.

“Kalau benar dakwaan yang dibuat oleh Uthman, kita nak menasihatkan agar pihak-pihak yang hendak menjemput imam-imam dari Saudi pada bulan Ramadan ini, untuk menjadi imam tarawih agar menangguhkan jemputan itu . . . pada kebiasaan, yang menjemput adalah parti-parti politik seperti Umno, PKR, PAS, dermawan-dermawan,” katanya lagi.

Tambah beliau, setiap tahun puluhan ribu jemaah haji dan jutaan jemaah umrah dari Malaysia pergi ke tanah suci, dan “kalaulah benar kenyataan beliau tentang kesesatan kerajaan Saudi, kita ingin mempertimbangkan satu fatwa untuk menasihati umat Islam menangguhkan sementara pemergian mereka untuk menunaikan haji dan umrah sehingga isu kesesatan Saudi ini selesai.”

Rabu, 27 Julai 2011

Serah Memorendum: Jika Kat Agong Pun Tak Dapat Apatah Lagi Kat Najib, Bukankah Najib Lebih Tinggi Dari Agong.


Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
NONEMohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.
NONENajib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.
NONE“Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

“Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau,” tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut. MK

Isnin, 25 Julai 2011

Pasca Berkuasa: Kekayaan Imelda Akan Di Pamerkan, Rosmah Akan Menyusul.


RM1 bilion barang kemas Imelda dipamer
Rosmah Mansor, 'First Lady of Malaysia'.

Koleksi barang kemas milik bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos, akan dipamerkan kepada orang awam untuk kali pertama selepas dirampas kerajaan beberapa dekad lalu.

Ketua sebuah agensi kerajaan yang mengendalikan khazanah Filipina, Ricardo Abcede, berkata orang ramai berpeluang melihat sendiri harta bernilai lebih RM1 bilion sebelum Presiden Gloria Arroyo berundur daripada jawatannya. Barang kemas itu kini disimpan di dalam peti besi Bank Pusat negara berkenaan.

Abcede berkata, pameran itu dibuat bagi membuktikan bahawa koleksi terbabit masih dalam keadaan baik di bawah seliaan kerajaan Gloria. “Antara koleksi barang kemas Imelda yang akan dipamerkan adalah anting-anting batu delima sebesar ibu jari dan rantai berlian 100 karat,” katanya semalam.

Barang kemas itu dirampas selepas suami Imelda, Ferdinand Marcos, digulingkan oleh kebangkitan rakyat pada 1986 memaksa mereka sekeluarga hidup dalam buangan di Amerika Syarikat. Marcos mati Hawaii 21 tahun lalu. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Wahai pemimpin, muliakah kamu dengan harta? Menurut sejarah, ketika Umar akan memasuki Baitul Maqdis, beliau disambut oleh pembesar Romawi dan masyarakat ramai.. beliau disaran gantikan pakaianya dengan pakaian yang mewah. Mengganti untanya dengan kuda yang gagah. Tetapi Umar tidak mahu bahkan marah.

“Kita adalah kaum yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Bila kita mencari kemuliaan dengan selain Islam, maka Allah akan menghinakan kita”.

Keterangan:

Suatu kalimat yang mengandung nilai-nilai keimanan yang sempurna. Ketakwaan yang tinggi. Akhlak yang agung. Yang tidak sembarang orang mampu mengucapkan kalimat yang tegas tersebut. Apalagi di zaman sekarang, bujukan meterialis dan kapitalis sangat menggoda.

Umar faham dan tahu bahawa kemuliaan seorang Muslim disisi Allah bukan terletak pada pakaian indah, rumah mewah, harta melimpah, memiliki banyak sawah, makanan yang berkuah menurut kehebatan waktu itu.. Mulianya seorang Muslim disisi Allah terletak pada ketakwaannya, sikap rela sepenuh hati dan mengamalkan secara sempurna ajaran Islam yang mulia bersumber dari Dzat Yang Maha Mulia, Allah Yang Maha Agung.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS: Al-Hujuraat/ 49 : 130)

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (QS: Al Maa’idah/5: 3).

Siapakah Umar yang telah berkata dengan tegas lagi bijaksana tersebut?

Umar yang dimaksud adalah Umar bin Kaththab bin Nufail bin Abdul ‘Uzaa bin Rabah bin Qurth bin Razah bin Ady bin Ka’ab bin Luay. Qiyadah (pemimpin) kaum Muslimin yang bergelar Amirul Mu’minin, Abu Hafash Al Qurasyi, Al Adawi, Al Faruq.

Umar adalah sahabat Rasulullah SAW yang memiliki kedudukan mulia disisinya bahkan pernah didoakan secara khusus. Imam Tirmidzi dan Al Hakim, beliau menyatakan bahawa riwayat ini shahih, riwayatkan dari ‘Uqbah bin Amir, beliau berkata..

Rasulullah SAW bersabda: “Kalau selepasku ada Nabi, pastilah dia, Umar!"

Al Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW berdoa kepada Allah: “Ya Allah muliakanlah agama Islam ini dengan Umar ibnu Khaththab”.

(Hadits serupa diriwayatkan oleh Imam Ath- Thabarani dalam kitabnya Al Awsath dari hadits Abu Bakar, sedangkan dalam kitabnya Al Kabir dari hadits riwayat Tsauban).

Umar juga mertua Rasulullah SAW, kerana anaknya yang bernama Hafshah merupakan isteri keempat Rasulullah SAW setelah Khadijah binti Khuwailid, Saudah binti Zam’ah, Aisyah binti Abu Bakar Siddiq.

Dalam rangka mengunjungi Baitul Maqdis di Palestin, tempat yang pernah dikunjungi Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj pada tahun ke 10 kenabian, Umar bin Khathathab meninggalkan kota Madinah, ibu kota pemerintahan Islam untuk sementara waktu. Beliau meyerahkan urusan kota Madinah kepada sahabat seperjuangan dalam menegakkan agama Allah di muka bumi, iaitu menantu Rasulullah saw, Ali bin Abi Thalib.

Umar pergi ke Baitul Maqdis, Palestin atas cadangan Ali bin Abi Thalib setelah menerima surat permohonan damai dari penduduk setempat yang dipimpin Uskup Agung Severinus.

“Pasukan Muslimin sudah bersusah payah menghadapi udara sejuk, perang dan sudah lama meninggalkan kampung halaman... Kalau anda datang menemui mereka, kedatangan anda dan pasukan Muslimin akan merasa aman, akan merasa sejuk. Semua ini akan membawa perdamaian dan kemenangan”, kata Ali bin Abi Thalib menyampaikan pendapatnya.

Umar berangkat meninggalkan kota Madinah menuju Baitul Maqdis dengan menggunakan unta kelabu, membawa dua buah karung, masing-masing berisi tepung gandum dan kurma, sebuah kirbat di depannya berisi air penuh dan sebuah bokor tempat makanan di belakangnya. Beliau pakai baju gamis tebal dibuat dari kapas bergaris-garis yang tepinya sudah robek.

Ketika akan sampai di tempat tujuan, Umar bin Khaththab sebagai seorang khalifah, pemimpin kaum Muslimin, qiyadah bagi pengikutnya, melangkahkan kaki, mengayunkan tangan sambil menuntun untanya, sedangkan pembantunya yang bernama Maisarah duduk di atas belakang unta.

Maisarah rasa tak sedap, ketika Baitul Maqdis sudah ada di depan mata, pembesar Nashrani dan masyarakat umum sudah siap menyambut kedatangan Umar bin Khaththab sebagai pemimpin kaum Muslimin. Tetapi Umar terus melanjutkan perjalanannya dan menyuruh pembantunya tetap di atas belakang unta, kerana berdasarkan janji gilir naik dan tuntun unta, kebetulan ketika sampai di tempat, giliran Umar yang menuntun.

Sebagai pemimpin, Umar telah memberikan teladan yang agung kepada kaum Muslimin terutama sebagai pemimpin yang telah diberikan amanah mengurus umat nabi Muhammad SAW. Beliau tetap konsisten terhadap janji, walaupun kepada pembantunya. Umar tidak merasa hina menuntun unta dengan pakaian yang sangat sederhana sedangkan pembantunya tetap duduk dibelakang unta.

Padahal beliau seorang penguasa kaum Muslimin yang kekuasaannya jelas terbentang dari Yaman sampai Syam.


Umar telah membuktikan, dengan takwa sebenar-benarnya. Sikap hidup sederhana, jujur dan amanah. Ambil berat kepada rakyat, menghargai pengorbanan tenteranya sehingga dihormati pengikutnya dan disegani lawannya. (AK)
Kredit: Ibnu Hasyim

Jumaat, 22 Julai 2011

Skandal Scorpene: Peguam Perancis Ditahan Di KLIA.



Peguam Perancis Willian Bourdon telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba selepas menghadiri majlis makan malam di Pulau Pinang malam tadi.

Di Pulau Pinang beliau memberi penerangan tentang perkembangan terbaru berhubung kontroversi perjanjian pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion yang dilakukan oleh Malaysia.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel, yang mengiringi Bourdon sepanjang lawatan itu berkata, peguam itu ditahan ketika berada dalam pesawat oleh seorang pegawai imigresen sebaik sahaja kapal terbang mendarat.

“Pegawai imigresen masuk ke dalam kapal terbang dan tahan beliau untuk diambil keterangan. Beliau sekarang di pusat tahanan dan isterinya diasingkan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin PKR dan juga seorang peguam Latheefa Koya yang dalam perjalanan ke KLIA untuk mewakili Bourdon berkata “kami jangkakan ia mesti ada kaitan dengan ucapannya malam tadi”, yang mana Bourdon dibenarkan memasuki negara tanpa sebarang sekatan.

Pembelian dua kapal selam dari firma pertahanan Perancis DCNS pada 2004 dan 2005 dibuat ketika Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan menteri pertahanan dan syarikat milik Abdul Razak Baginda dikatakan membantu perdana menteri menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM500 juta untuk perjanjian itu.

Episod peristiwa itu juga dikaitkan oleh kumpulan hak asasi dan pembangkang berhubung kematian model Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006.

Bourdon tiba dari Pulau Pinang di mana beliau menyampaikan ucapan dalam satu majlis anjuran Suaram mengenai perjanjian pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau djadualkan akan berucap dalam satu program di Petaling Jaya malam ini.

Pada Disember 2009 Suaram, mengemukakan memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar. Insider

Lynas: Apa Yang Perlu Anda Ketahui.



(Kilang Lynas yang sedang rancak di bina di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Kawasan yang sedang ditimbus adalah satu lagi kilang baru yang sedang dibina dan bakal berkongsi pagar dengan Lynas)

KILANG Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals.

Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.

Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

Syarikat ini adalah 100% milik Lynas Australia.

Dijadualkan,  kilang ini akan disiapkan Suku-ketiga tahun 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-pertama  2011 (iaitu Mac).

Lesen untuk dibina diberikan pada tahun 2008 oleh kerajaan tempatan dan beberapa pihak berkeuasa lain.

Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP
Lynas siap dibina.

2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng sekarang ini melalui pelbagai peringkat pembinaannya.
Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang sedang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan sekarang ini. Yang paling besar adalah BASF Petronas Chemical, Polylplastic (gambar) dan pusat latihan Agensi Meritim Malaysia (APMM) di saping kilang-kilang lain.

Kilang ini dijangka akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.

Nilai eksport kilang dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun apabila ia beroperasi sepenuhnya.

Kerajaan telah memberikan status bebas cukai selama 12 tahun kepada kilang ini berasaskan projek pioner.

Negada China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

Harga satu tan rare earth sekarang adalah pada RM364, 800.

Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’.

Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.

Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.

Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.

Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.

Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.

Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.

Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

a. ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.

b. Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan Kuantan.
c. Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.

d. ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.

(CAP menerbitkan buku ini yang mencatatkan perjuangan penduduk Bukit Merak, Ipoh bagi menentang kilang Rare Earth disana ssehinggalah ia ditutup)

e. Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan.

Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik. Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng.

‘Light  Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi.

Ia juga adalah ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser.

Penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)).

Kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.



Huzir Sulaiman adalah AJK Badan Bertindak Anti Rare Earth Rifinenary (Badar) dan juga anggota Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Dari Tukang Kasut Kepada Ikon BERSIH.


Peserta BERSIH mahu saman NST, BH

Siapa sangka seorang peserta yang digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu merupakan seorang tukang kasut yang berperwatakan amat lemah lembut.

Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.

Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.

"Beliau ini lain. Bukanlah asyik melepak macam anak muda lain. Ini agak jarang ditemui sekarang ini," katanya yang kebetulan sudah lama mengenali Abdul Razak.

Tukang kasut di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundle milik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, berbeza dengan individu lain yang cuba diangkat sebagai wira, nasib sebaliknya menimpa Abdul Razak apabila beliau didakwa digambarkan secara negatif oleh media arus perdana.
Saya sayang kawan-kawan

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian ) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times ) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Sementara itu, mungkin ramai yang hairan bagaimana Abdul Razak mampu bertahan mengharungi kepulan asap daripada gas pemedih mata yang tebal.

"Saya juga sesak nafas juga, abang. Tetapi dah saya ditugaskan clear tempat itu.

"Bila gas dilepaskan, saya tengok belakang saya semua orang tua-tua semua. Takkan saya hendak lari," kata aktivis muda PAS itu.

"Saya sayang kawan-kawan saya," katanya sambil mengakui sudah beberapa kali memegang kanister dan melontarkan ke kawasan lapang dalam beberapa perhimpunan sebelum ini.

Main gimnasium, silat

Bergiat dengan PAS sejak di bangku sekolah lagi, Abdul Razak sudah menyertai Unit Amal - yang dianggap barisan depan pembangkang dalam setiap perhimpunan - sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

Pada hari perhimpunan itu, tambahnya, beliau bersama kira-kira 100 anggota lain anggota Unit Amal bertolak daripada Temerloh - 135 kilometer daripada Kuala Lumpur - semata-mata untuk menuntut reformasi dalam sistem pilihan raya.

Beliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.

Ditanya sama ada beliau pernah menyertai pasukan keselamatan ekoran tubuhnya yang sasa, Abdul Razak dengan malu-malu berkata: "Saya main gym (gimnasium) dan silat, abang."

Pada hari itu, tidak seperti lazimnya, kesemua anggota Unit Amal, termasuk Abdul Razak, memakai baju putih dan bukan merah yang selalu dikenakan.

Kini, sejak penampilan mengejutkan di Gombak Ahad lalu, lelaki yang lebih mesra dengan panggilan "Ajak" itu mula dipanggil menceritakan pengalamannya, sekali gus menyelar beberapa media arus perdana yang didakwa memfitnahnya di pentas ceramah.

"Baru-baru ini saya dipanggil berceramah di Mentakap (pekan berdekatan Temerloh)," katanya lagi, masih dengan nada merendah diri.

Isnin, 18 Julai 2011

Dr Lo' Lo' : Perginya Seorang Srikandi Islam... Al-Fatihah.



Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini. Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider. “Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut,” kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi. Wakil rakyat penggal pertama itu (gambar) meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi mesej SMS.


Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu. “Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat,” katanya. Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok. 

Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo’ Lo’ yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter. 

Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan mengadakan mesyuarat di Ampang pagi tadi. Dr Lo’ Lo’, 53, dirawat di Hospital Selayang akibat kanser. 

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Allahyarham Dr Lo’ Lo’ merupakan wakil rakyat kelima dari PAS meninggal dunia selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Sebelum ini PAS kehilangan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan disusuli Adun Permatang Pasir, Manek Urai dan Galas. Kekosongan kali ini tidak akan membawa kepada pilihan raya kecil.
Kredit: Addin

Jumaat, 15 Julai 2011

Tangkapan Lakonan Oleh Polis Terhadap Baju Merah Dan KJ. Bagaimana Rakyat Tidak Marah Kat Polis.


Kontroversi: Khairy Perlu 'Cakap Benar' Tentang Mat Bangla Yang Di Jadikan 'Ahli Patriot' Semasa Berdemo Sebelum Persoal Isu Hospital Tung Shin


Terkadang, gelihati juga rasanya bila membaca komen Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) di laman Twitternyaberhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. 
Khairy antara lain berkata, terdapat keterangan dokumentasi yang menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam Hospital Tung Shin dan dia merasakan bahawa kerajaan mesti mengakuinya. "Saya fikir adalah lebih baik untuk bercakap benar ... mohon maaf dan siasat kejadian itu,"katanya. 
Soalnya sekarang, jika benar pun apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta demontrasi itu maka Khairy sebagai Pemimpin Sayap Kanan parti yang mendokong kerajaan yang memerintah tidak wajar mengeluarkan kenyataan dan komen sedemikian rupa. 
Bukankah ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pegawai polis dan termasuk juga Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tong Lai baru-baru ini. Semalam sekumpulan doktor telah menolak kenyataan Liow bahawa tiada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital terbabit ketika polis mengasak penyokong Bersih 2.0 Sabtu lepas. 
Pembohongannya itu akhirnya memakan diri apabila pelbagai imej dan video di dalam internet menunjukkan gas pemedih mata telah ditembak ke kawasan hospital. Masalahnya sekarang, kenapa Khairy seolah-olah mula resah dengan pendedahan yang telah dibuat itu dan akhirnya menyalahkan kerajaan supaya bercakap benar dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ini bermakna Khairy telah senada dengan pihak yang mempertikaikan kenyataan kerajaan sebelum ini. Apakah beliau kini sudah beralih arah?

Bukti, mesej yang ditulis oleh Khairy di laman Twitternya semalam

Bukti, inilah sebahagian dari "Mat Bangla" yang digunakan oleh Khairy
untuk bersama dalam demontrasi di Bukit Bintang baru-baru ini
[Kenapa Khairy bertindak demikian, sedangkan dia adalah pemimpin yang sepatutnya menyokong sagala apa yang disuarakan oleh kerajaan. Jika ini keadaannya, rakyat juga berhak menyoal Khairy benarkah beliau menggunakan "Mat Bangla" untuk menjadi sebahagian daripada anggotaPatriot yang berdemo di Bukit Bintang pada tarikh yang sama dengan Bersih 2.0. 
Bukti jelas menunjukkan beberapa gambar dan imej yang menunjukkan "Mat Bangla" memakai baju Patriot dan khabarnya mereka juga mendapat habuan tertentu daripada Pemuda UMNO pimpinan Khairy. Justeru, Khairy perlu bercakap benar apakah beliau menggunakan "Mat Bangla" untuk sama-sama turun berdemo?. Ke mana perginya anak-anak muda UMNO yang sepatutnya berjuang bersama beliau pada hari tersebut. Bukankah Khairy juga telah menipu rakyat dalam usaha menunjukkan kononnya Patriot mendapat sokongan daripada ramai anak-anak muda].
Kredit: PahangDaily

Selasa, 12 Julai 2011

Bongkar: Surat Rahsia Arahan Pejabat Perdana Menteri Kepada PDRM Tangani BERSIH 2.0.


Kuala Lumpur, 11 Julai - Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas.
Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan lain-lain pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri tidak berjaya.

"Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut.

Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut.

Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram".

Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka.

Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain.

Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci:

* [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

* KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan.

* Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka.

* PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini.

* Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga.

* Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan.

* Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang.

* Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa.

* Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan.

* [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih.

Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia.

Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa.

Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka.
Kredit : KelabGreenbo
c

Isnin, 11 Julai 2011

BERSIH 2.0.: Kekasaran Polis Punca Utama Kematian Baharuddin.


Bersih 2.0 hari mendakwa mereka menerima laporan bahawa punca utama kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad adalah disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya.


Dalam kenyataannya hari ini, Bersih 2.0 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sambil menuntut pihak berkuasa supaya tidak berdalih lagi dengan hakikat bahawa polis telah menggunakan kekerasan yang berat terhadap para peserta Bersih 2.0 dan melepaskan semua tahanan dengan kadar segera.


(Anak kedua Baharudin, Nazrul, memeluk Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau mengunjungi rumah Baharudin semalam)

Cerita mengenai punca kematian Baharudin mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi semalam selepas menjalani postmortem.


"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. 


Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.


Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.Menurut Azhar , pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan."Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.


“Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk."Terdapat bukti video yang jelas menunjukkan polis menembak gas pemedih mata masuk ke perkarangan Hospital Tung Shin serta contoh-contoh lain yang menunjukkan polis membelasah orang-orang awam yang tidak bersenjata.


"Beberapa individu termasuk Ahli Parlimen YB Khalid Samad juga cedera parah apabila terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah orang ramai. 


Terdapat banyak contoh yang lain. Kita menyeru para peserta untuk memberikan bukti gambar dan video insiden-insiden sedemikian kepada kita,” kata jawatankuasa Bersih 2.0.Bersih 2.0 turut menyifatkan serangan bertubi-tubi terhadap para peserta demo aman Sabtu yang lalu sebagai mengejutkan.“Kekejaman yang dilakukan dapat dilihat sendiri oleh warganegara Malaysia dan juga pemerhati antarabangsa. 


Ia telah menunjukkan tanpa raguan lagi bahawa pihak berkuasa telah gagal menjunjung dan memelihara perkara yang paling asas dalam hak asasi manusia seperti mana yang tercatat dalam Perlembagaan Negara,” tambahnya.Jawatankuasa tersebut turut mengutuk penafian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar tentang kekejaman dan kekerasan polis terhadap para peserta Bersih 2.0.


“Kenyataan daripada PM bahawa tiada ‘pertembungan fizikal’ antara polis dan para peserta yang berdemo secara aman sungguh bercanggah dengan bukti video yang berlambak, sama juga dengan kenyataan KPN yang menafikan tiada gas pemedih mata ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin.


Kita mengharapkan integriti yang lebih tinggi daripada orang-orang yang diamanah untuk menerajui negara dan menjaga keselamatan kita,” selar jawatankuasa itu lagi.Bersih 2.0 turut menuntut pihak berkuasa untuk melepas 6 tahanan dari Parti Sosialis Malaysia yang masih ditahan tanpa bicara, yang amat bercanggah dengan hak asasi manusia.


“Ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar baru-baru ini telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara dan kami amat bimbang tentang kesihatan dan keadaan mereka. 


Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, dan kami menuntut mereka dibebaskan serta-merta tanpa syarat,” seru Bersih 2.0.


Selain itu, Bersih 2.0 turut mengutuk tindakan paranoid dalam menahan individu-individu semata-mata mereka memakai baju Bersih seperti yang dilaporkan di Sabah semalam.


“Ia sememangnya tidak perlu untuk tindakan paranoid sedemikian, dan pihak berkuasa mesti menghentikan semua ini,” tegasnya lagi, sambil menambah bahawa kekerasan sama sekali tidak akan melunturkan hasrat mereka untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.


“Ia jelas dengan kehadiran melimpah pada 9 Julai yang lalu bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia bersetuju bahawa ada benda yang tidak kena dalam sistem pilihanraya kita,” kata jawatankuasa Bersih 2.0.


“Komitmen kita untuk mereformasikan sistem pilihan raya akan dan mesti mencerminkan keberanian dan perpaduan yang ditunjukkan pada 9 Julai dan semangat yang kita lihat akan terus menjadi inspirasi kita,” katanya lagi.


Bersih 2.0 dianggotai Ambiga Sreevenasan (presiden), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin. HarakahDaily

 July 11, 2011
PAS Selangor mahu Putrajaya mengadakan satu inkues berhubung kematian penyokong Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad yang menyertai perhimpunan di ibu negara kelmarin.


PAS Selangor juga menegaskan pihaknya musykil ekoran percanggahan kenyataan pihak polis Kuala Lumpur berhubung kematian Allahyarham Baharuddin.

“Sehubungan itu, PAS Selangor menuntut satu inkues dilakukan, laporan post-mortem didedahkan, siasatan terbuka dilakukan dan pihak yang terbabit dibawa ke muka pengadilan serta-merta,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata, mengikut keluarga Allahyarham Baharuddin seorang yang sihat dan tidak pernah mempunyai sejarah sakit jantung.


“Kenyataan keluarga mangsa bahawa empat tulang dada Allahyarham dan tiga batang giginya patah sangat-sangat menimbulkan keraguan kepada kewibawaan kenyataan pemangku ketua polis Kuala Lumpur,” kata Khairuddin lagi.


Baharuddin merupakan ahli PAS Wilayah Persekutuan.


Dalam kenyataannya, Khairuddin juga berkata, pihaknya kesal kerana pihak berkuasa menggunakan kekerasan berlebihan ke atas peserta perhimpunan aman.


“PAS Selangor menuntut agar Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Amar Singh Ishar Singh) bertanggungjawab di atas kematian Allahyarham dan juga segala pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak polis ketika perhimpunan tersebut,” katanya lagi.

Katanya, sikap kerajaan yang terus menafikan kekerasan keterlaluan pihak polis terhadap peserta demonstrasi aman sangat tidak bertanggungjawab walaupun bukti-bukti video dan gambar sangat jelas membuktikan kejadian tersebut.

Dalam kenyataannya, Khairuddin berkata PAS Selangor juga mahu pihak terbabit khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil serius suara rakyat yang telah berhimpun menemusi Kuala Lumpur walaupun disekat oleh lebih 40 sekatan jalan raya.

“Mesej rakyat ini wajib dipandang serius oleh pentadbiran Perdana Menteri terhadap pilihan raya yang adil,” katanya lagi.

Menurut Amar Singh semalam, Baharuddin yang juga seorang pemandu teksi mati akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih.

Sehubungan itu, Amar Singh berkata polis menafikan bahawa kematian Baharuddin berpunca daripada sebarang tindakan mereka.

“Kematian ada tetapi kematian itu tidak ada kaitan dengan tindakan yang diambil polis dan sebagainya, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa kematian mangsa berpunca daripada komplikasi jantung,” katanya.

Amar juga memberitahu bahawa usaha untuk menyelamatkan nyawa Baharuddin telah dilakukan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur namun pada pukul 5.30 petang, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

“Semasa bedah siasat oleh pakar perubatan yang berkhidmat bernama Khairul, semasa siasatan mereka mendapati tidak ada kecederaan luar, tidak ada kecederaan atau apa sahaja kecederaan dalaman,” kata beliau.

Amar Singh  juga menegaskan tiada sebarang gas pemedih mata atau meriam air digunakan untuk meleraikan perhimpunan semasa Baharuddin berada di kawasan di KLCC. Insider

Sabtu, 9 Julai 2011


1
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.


Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.


Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.


Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini.
“Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.


“Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan,” katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini.


Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap.


“Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang,” katanya lagi.
Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham.


Sivarasa menambah, “hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan  esok. Insider
 esok.”

Lintas Langsung BERSIH Dari Musafirlalu: 514 Ditahan, Lelaki 478 Dan Wanita 36 Orang.

TGHH, Ambiga, Khairy di tangkap dan Anwar cedera. Jasamu dikenang, dari Ketua Polis Selangor terus menjadi timbalan KPN walaupun ada yang lebih senior.

514 ditangkap, pemimpin BERSIH mula bergerak ke KL.

Pasukan polis bakal berdepan dengan Pemuda Umno dan gabungan BERSIH selepas kedua-duanya tetap bertekad untuk meneruskan perhimpunan masing-masing.

Pemuda Umno, yang mahu mempertahankan sistem pilihan raya, akan berkumpul di Bukit Bintang pada jam 1.30 tengahari. Ini merupakan perubahan masa pada saat-saat akhir, dari jam 10 pagi yang diumumkan sebelumnya.

BERSIH telah mengumumkan tetap akan berkumpul di Stadium Merdeka pada jam 2 petang bagi menuntut pembaharuan terhadap sistem pilihan raya yang didakwanya tidak bebas dan tidak adil.

Walaupun sekatan diadakan di simpang dan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur, trafik berjalan lancar kerana jumlah kenderaan yang rendah.

Bagaimanapun lalulintas tersangkut teruk di pinggir bandar ketika polis memeriksa kenderaan bagi mengesan mereka yang mungkin menyertai perhimpunan di ibunegara.

Majoriti anggota polis ditempatkan berkawal di lokasi penunjuk perasaan biasanya berkumpul - Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kawasan dan pusat membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan ini diperiksa rapi. Juga terdapat anggota polis yang ramai di Masjid Negara.

Perkhidmatan LRT dan Komuter beroperasi seperti biasa, tanpa apa-apa stesen yang tidak dapat dimasuki.

Ramalan cuaca di Kuala Lumpur dijangka terang dan mendung dengan kemungkinan berlaku hujan dan petir.

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan memaparkan tajuk berita utama berwarna merah - KL darurat hari ini? - diikuti dengan tajuk sampingan - Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis. 

LAPORAN LANGSUNG:

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.


8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.


NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.
NONE
8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini. Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan. Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini. "Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

NONE

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan. 

NONE
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan 

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan. "Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup. 

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis. Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan. 

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini. 


10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
NONE


10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki. Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya. 

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.  

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut. Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama. Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis. 

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.


NONE

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka. Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain. 


11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan". 

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning. "Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.
NONE


11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.


11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita. Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11.35am: Ketegangan berlaku di stesen lama KTM. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan. 

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM. 

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'." Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini. 

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah. Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis. Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu. 
NONE


11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning. 

12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir. Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.
NONE

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan. Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.


12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun. Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.


"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.


"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu. Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.


12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.


NONE12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.


"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu. Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.


12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.


NONE
12:42: Stesen lam KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan. Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek. 


Polis mula guna kekerasan


12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu. 

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.  Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.
Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.

NONE
12.46pm: FRU lepas tembakan gas pemedih mata di Bank Agro dekat Daya bumi.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara. Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'. Enam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain. Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

Twitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai. 

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

NONE1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.


1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1:22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.
Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.


13:30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.


Gas pemedih mata dan meriam air dilepaskan



Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

NONEPolis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.



1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing. 

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL. Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT. Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.


1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.” Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai. Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India.


1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru. Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air. Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan. 

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini. Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.


1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.


Polis jangan pencacai Umno, kenapa KJ dan group baju merahnya tidak ditahan.


1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang. Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka. 
NONE

1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya. Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak. Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka. Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.  

2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

NONEMenurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.

2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.


2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 



2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.
NONEMereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka




2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”. 




2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. 



2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

NONEDalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.



2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.


2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.


2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.



2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

NONEBeberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap. 



2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.




2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.




2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut. 



2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.


2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.



3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.
Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com 




3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang. 



3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

NONEPersetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.



3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.


3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

NONEKemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera.

Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.



3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.



3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.


3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lariNONE mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.  

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.


3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan. 

4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.


4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang 

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 


4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.

NONEJawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 



4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini. 


4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.


4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.


Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.  


4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.



4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. 


Laporan terkini akan menyusul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular