Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.
Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.
Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.
“Untuk jadi pemimpin track recordmesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.
“Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.
“Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.
Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.
“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.
“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.
“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.
Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.
“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.
“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.
Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.
“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi. MK
3 ulasan:
Memang dua orang tu layak kalaupun Hasan Ali tak sebut. Yang Hassan Ali sebut tu nak bodek ke?
syabas dr hasan ali...yg hairan tu ahli PAS sendiri calon pemimpin parti lain jd PM...bodoh, masuk 'parti tu' la kalau pemimpin sendiri tak percaya!!!
Maksus Hasan Ali sebenar ialah, hanya dua orang PAS itu sahaja yg layak jd PM.Mat Sabu, Khalid Samad, Nizar dan lain-lain tu tidak! Apa dia ingat Najib dan keluarganya itu bagus sangatkah? Tp boleh jd PM, betul tak?
Catat Ulasan