Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 15 Julai 2012

Muhyiddin Pun Dah Naik Pening Dengan Najib.


Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun ini walaupun adanya banyak perayaan mulai bulan depan hingga awal 2013.

Spekulasi meramalkan PRU13 kemungkinan September ini ataupun awal tahun depan.

"Tidak salah kita adakan PRU tahun ini. Memang banyak perayaan dalam masa terdekat seperti Hari Raya Aidilfitri dan ibadah haji, tetapi apa salahnya?"
kata beliau semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu 2012 hari ini.

Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini menambah, PRU13 tidak harus dilengah-lengahnya hingga ke tahun depan.

"Kalau boleh, biarlah PRU diadakan tahun ini juga. Tak kisahlah bulan berapa sekalipun," ujar beliau.

Katanya, apabila sudah sampai waktunya, pasti PRU akan diadakan.

"Kita perlu tumpukan segala persiapan di setiap bahagian.

"Pemimpin setiap bahagian mesti rajin dan turun padang untuk mendengar masalah rakyat. Jangan sampai rakyat berasa terabai," tambah beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan berkata, setiap pemimpin tidak boleh mengambil sikap 'tutup telinga', sebaliknya harus terus berbincang bagi memastikan rakyat terus mendapat bantuan sewajarnya.

"Kita bersikap adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira parti yang diwakili. Ini kerana semata-mata kerana rakyat. Itu janji kita," katanya. Sumber
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular