APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 5 Oktober 2012
Lebuhraya Rakyat: Melayu Umno Disindir Sami Buddha.
Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.
Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.
Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.
Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.
Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.
Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.
“Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).
“Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi,” katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.
“Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.
“Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat,” katanya.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.
Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini. HarakahDaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap keja...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini membe...
-
(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini) Projek udang di Kerpan, Kedah telah menyebabkan rakyatnya...
-
Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia pada 5 Jun lalu di Tingkat Atas GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan . Bebe...
-
Barisan Nasional (BN) diramal mempertahankan kuasa pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini namun Pakatan Rakyat dilihat terus memberi sai...
-
Hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telah pun ditutup setakat pukul 1 tengah hari tadi dengan kebanyakannya ...
-
Setelah melihat media elektronik dan media cetak pencacai semakin agresif menyebarkan fitnah terhadap Pakatan, maka dengan satu persetujua...
-
Ia salah seorang sufi besar yang suka mengembara untuk berburu ilmu dan kebenaran. Dialah pencetus paham Isyraq, “Kerinduan pada Allah”. Di...
1 ulasan:
Tahniah ;) semoga kebajikan rakyat terbela. Sami tak sebarang sokong.
Catat Ulasan