Dr Azman Ibrahim
Jangan buat rusuhan dalam wad hospital
Memulakan program tahun baru 2014 dengan menziarahi Bendahari PAS Jabi
di dalam Wad Hospital Besut. Beliau disyaki mengidap paru-paru berair.
Sebaik sahaja selesai menghantar 3 orang anak lelaki ke Sekolah
Kebangsaan Kubang Kerian 3, kira-kira jam 6:30 pagi tadi bagi memulakan
hari pertama sesi persekolahan 2014, saya terus ke Hospital Besut.
Lebih
kurang jam 7:40 pagi saya tiba di perkarangan hospital yang pernah
menjadi tempat menabur bakti sekitar awal tahun 2001 lalu. Ramai juga
sebenarnya warga Besut yang ‘kehilangan gigi’ angkara saya dalam tempoh
saya bertugas di sini.
Kini dah hampir 13 tahun berlalu, hanya
tinggal angka yang boleh dibilang jari sahaja warga, kakitangan Hospital
Besut yang saya kenali dan mengenali saya. Bila kita sampai ke Hospital
berselipar Jepun, tak ada orang yang kenal kita.
7:40 pagi bukan
waktu lawatan. Saya memohon keizinan dari pengawal keselamatan untuk
masuk seketika sekadar 5 minit bagi menjenguk sahabat di dalam wad.
“Masuklah… jangan lama-lama sangat sebab pagi-pagi ni time sibuk.” Ujar
pengawal yang berumur hampir sebaya dengan saya itu.
Biasalah
bila dah jumpa sahabat, 5 minit mana cukup. Tambahan pula banyak
perancangan kewangan Dun yang perlu dibincangkan. Sahabat Bendahari Dun
pula cukup bersemangat walaupun dalam keadaan tak berapa sihat.
Sedar-sedar dah setengah jam masa berlalu dan saya mohon diri untuk pergi.
Di pintu wad, pengawal keselamatan tadi tersengih melihat saya.
Saya (S): Minta maaf Abe, lama sikit. Lebih dari 5 minit hok mintak kebenaran tadi.
Pengawal
(P): Tak apa… Saya tak dok masalah. Abe pun bukannya mari nak buat
demonstrasi, nak buat rusuhan dalam wad. Kalau Abe buat rusuhan, memang
saya perambat keluar!
S: Aik! Bakpo pulok tubik cerita demonstrasi, cerita rusuhan ni?
P:
Saya memang dok setuju, marah sangat dengan orang hok suka buat kacau,
buat rusuhan, ganggu ketenteraman. Kalau nak tukar kerajaan, tukarlah
molek-molek!
S: Sapo pulok ni hok buat rusuhan, buat kacau, ganggu ketenteraman? Saya dok faham ni…
P:
Tu… di Kuala Lumpur semalam, ada rusuhan. Saya tengok dalam TV pagi
tadi. Habis susah orang ramai. Dulu orang bagi perintah negeri sepenggal
dok dang apa-apa lagi jatuh doh. Loni duk buat kacau. Kalau nak tukar
kerajaan, tukarlah molek-molek. Jangan duk buat kacau!
S: Ooo… hok semalam tu… TV royat berapa orang mati? Saya dok tengok TV lagi pagi ni.
P: Tak dok orang mati…
S: Ada bangunan, pejabat, kedai hok terbakar?
P: Tak dok napok jugok…
S: Ada polis hok cedera?
P: Berita tu dok royat pulok ada polis cedera…
S: Ada kereta terbalik, kena bakar?
P: Dok jugok…
S: Ada kedai, gudang, pasaraya kena rompak?
P: Kita dok tahu sampai setara tuu…
S: Jadi hok Abe kata rusuhan, ganggu keamanan, kacau ketenteraman tu lagu mana pulok? Saya doh faham lagi ni…
P: Dok tahulah… ambo pun pening ni!
Rakan
dialog saya ini seorang pengawal keselamatan hospital. Itu level tahap
kefahaman dia. Mungkin tahap kefahaman beliau mewakili tahap kefahaman
ramai lagi orang lain di luar sana termasuk yang memiliki taraf
pendidikan lebih tinggi.
Saya yakin kalau saya sempat bertemu
dengan ramai lagi staf Hospital Besut, saya akan dapati mereka yang
berjawatan level pegawai pun akan bercakap dengan nada yang sama.
Dalam
sistem demokrasi, undi kita yang faham dengan undi mereka yang tak
berapa faham, sama-sama satu undi. Tak ada beza. Kita meyakini bahawa
bilangan yang berfahaman sebegini masih sangat ramai terutamanya dari
kalangan Melayu luar bandar. Mereka inilah simpanan tetap Umno. Maaf… di
mana ramai orang close minded, di situlah Umno kuat. Dengan bermodalkan
manipulasi maklumat dan fakta, mereka menipu orang ramai. Orang
ramai bila tengok tajuk muka depan sebuah akhbar harian pagi ni
‘Parang, pisau antara senjata ditemui’… Di satu kedai kopi di Bandar
Jerteh yang saya singgah untuk sarapan, ramai orang pakat-pakat maki
hamun PAS!
Saya perhatikan wajah-wajah yang bermulut huduh tu,
sorang pun tak ada yang nampak jernih air muka. Semayang subuh atau
tidak puak-puak ni?
Saya banyak meneliti sejarah ﺇﻧﻘﻼﺏ atau rampasan kuasa yang berlaku di pelbagai negara.
Revolusi
Demi Revolusi di Iraq antara bab khusus dalam Buku 'Travelog di Lembah
Sungai Dajlah dan Furat' di mana saya catatkan di dalamnya sejarah
siri-siri penggulingan dan rampasan kuasa yang berlaku semenjak dari
kejatuhan pemerintahan Keluarga Diraja Iraq hinggalah Saddam Hussein
menjadi Presiden.
Tiada satu pun penggulingan tersebut hanya
bersenjatakan 3, 4 bilah parang dan pisau! Nak kelentong pun biarlah
munasabah sikit bro!
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini membe...
-
(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini) Projek udang di Kerpan, Kedah telah menyebabkan rakyatnya...
-
Anda meminati kereta-kereta mewah?. Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik. Tak dapat naik........ dapat sentuh pun ok...
-
Setelah melihat media elektronik dan media cetak pencacai semakin agresif menyebarkan fitnah terhadap Pakatan, maka dengan satu persetujua...
-
Ia salah seorang sufi besar yang suka mengembara untuk berburu ilmu dan kebenaran. Dialah pencetus paham Isyraq, “Kerinduan pada Allah”. Di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan