Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 12 Januari 2014

Kisah Benar Seorang Insan Semasa Berada didalam Koma.

Kisah Benar – Awak Hanya Ada 1 Hari Sahaja Untuk Hidup | Apa yang ditulis ini diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.

Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.

Apa yang akan terjadi padanya kini? Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.

Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya….

Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,

    “Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian“

Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?”

Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

Ambillah iktibar dari kisah benar ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

Selalulah memberi.

♥ jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca ♥

insyaALLAH semoga bermafaat untuk semua

Awak hanya ada 1 hari sahaja untuk. Apa yang ditulis ini diceritakan oleh sahabat saya berusia 38 tahun, beliau mempunyai seorang isteri yang berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Isteri beliau adalah suri rumah sepenuh masa dan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki yang berumur 8 dan 6 tahun.

Beliau bekerja di sebuah syarikat antara bangsa sebagai Maintenance Engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (ERT) di kilang tempat beliau bertugas. Tugas beliau boleh dikatakan agak sibuk dan adakalanya beliau bekerja sehingga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Pada Januari 2009, beliau telah terlibat di satu kemalangan jalan raya sewaktu beliau ke tempat kerjanya pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya telah bertembung dengan sebuah van kilang semasa beliau cuba memotong sebuah lagi van kilang di sebuah selekoh jalan raya. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

Saya di antara orang yang paling awal sampai di hospital tersebut selepas mendapat panggilan dari isteri beliau. Saya juga di antara orang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah dikunjungi oleh seorang Malaikat dan memberi tahu kepadanya bahawa beliau hanya diberi masa 1 jam sahaja lagi untuk hidup iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimana pun Allah SWT akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan beliau dengan ikhlas agar memanjangkan usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu dan beliau telah bertanya kepada Malaikat itu sudah berapa orangkah yang telah mendoakan untuknya secara ikhlas sehingga kini. Jawab Malaikat itu hanya 3 orang sahaja dan Malaikat menunjukkan siapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran air mata sejak hari pertama lagi beliau yang berada di hospital dan kedua-dua anaknya yang sedang tidur bergolek di kerusi menunggu di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka-mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawan beliau termasuk saya, ahli kariah masjid sambil membaca surah Yassin untuk beliau. Ibu bapanya, ibubapa mertuanya, adik beradiknya, sahabat handai dan rakan-rakan sepejabatnya. Kesemua di antara mereka telah melawat dan mendoakan untuknya tetapi ia tidak diterima oleh Allah SWT.

Beliau bertanya kepada Malaikat itu mengapa doa mereka tidak diterima, Malaikat menjawab tiada keikhlasan 100 peratus di hati mereka sedangkan masa semakin suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa Allah SWT melalui Malaikat Nya memberi masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang akan jadi padanya kini, dia pun tidak pasti.

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit sahaja lagi dan adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang benar-benar ikhlas untuk mendoakan beliau agar dipanjangkan umur dalam masa sesingkat itu. Beliau bertanyakan Malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang yang dimaksudkan itu?. Jawab Malaikat "Ya".

Kurang dari 1 minit, Malaikat itu menghampiri beliau.... kemudian.... secara tiba-tiba apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, Malaikat makin menghampirinya dan berkata, " Allah SWT telah memakbulkan doa mereka yang mendoakan agar dipanjangkan panjang usia anda". Anda berjaya mendapat 50 orang yang ikhlas berbuat demikian. "Sahabat saya bertanya siapakah orang-orang itu?. 

Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak-anak yatim yang baru sahaja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan mereka berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas anak-anak yatim telah diterima Allah SWT.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat jam 1.45 petang, sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada disisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu dan apa yang berlaku kepadanya semasa beliau berada didalam koma dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan kepada saya untuk tatapan anda semua. Apa yang disesalkannya ialah...
  1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anak-anaknya kerana mengejar duit dan tanggung jawabnya. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.
  2. Dia telah mengabaikan tanggung jawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling yang menyebabkan mereka kurang ada rasa kasih padanya walau pun dia dalam nazak.
  3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan mungkin disebabkan itu kurang keikhlasan dalam doa mereka.
  4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan.
  5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
  6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membenci beliau dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
  7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik kerana mungkin takut adik beradiknya akan meminjamnya. Ini juga tiada keikhlasan dari mereka walau pun mereka adalah keluarga.
  8. Beliau banyak kali menyakiti hati ke dua ibu bapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran lebih mementingkan kerja beliau. Ini menyebabkan ibu bapanya marah dan dalam hal ini hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
  9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran mementingkan kerjaya beliau atau ada kala tertinggal terus terutamanya solat Asar.
  10. Beliau tidak menunaikan zakat walau pun beliau layak berbuat demikian
Sahabat... Allah SWT masih sayang pada sahabat saya ini atau pun ianya untuk memberi pengajaran kepada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah iktibar dari kisah benar ini. Sahabat saya ini masih ini gagal untuk mendapatkan pelindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirilah solat tepat pada waktunya, keluarkan zakat dan selalu imarahkan masjid . Baliklah selalu dan lihat wajah kedua ibubapa kerana Allah S.W.T akan memberi pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenali mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah berikan dan selalulah memberi.

Sumber dari Sahabat Musafirlalu dan kisahnya diolahkan sikit untuk menarik pembaca tetapi kisah tidak langsung lari dari kata-kata penulis.

Ulasan dari Musafirlalu...

Tiga perkara yang mana kita telah dijanjikan pahala hanya dengan melihat iaitu melihat Al-Quran, melihat wajah ibubapa dan melihat laut. Tidakkah Allah SWT itu Maha Pemurah yang mana pahala diberi kerana melihat sahaja dan itu belum membaca, mencium dan mengkaji. Berkaitan ikhlas pula kita sepatut tanda diri kita apa itu ikhlas dan bagaimana untuk memperolehinya kerana ramai yang mengatakan perbuatan atau amalan atau sedekah dengan penuh ikhlas.

Dulu saya pernah menulis tentang 'Apa Itu Ikhlas', di mana telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa ikhlas itu seumpama seekor semut yang hitam duduk di atas batu yang hitam dan berada didalam gua yang gelap gelita. Kerana itulah susahnya untuk mencari keikhlasan kerana walau seikhlas mana pun hati kita ia tetap susah untuk mendapatkannya. Jika susah bagaimana nak kata ikhlas?

Ada banyak orang yang saya tanya tentang perkara ini tetapi jawapan yang diterima amat mengecewakan. Bila dicari ia tidak akan jumpa tetapi ia pasti akan berada dihati kita sekiranya kita sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik tanpa mengharapkan apa-apa pun. Dari situlah keikhlasan akan berada dihati kita jika kita terus dan terus melakukan apa yang di perintahkan dan apa yang ditegah oleh Islam. Mungkin ia akan mengambil masa yang amat panjang jika kita memahami Sabda Rasulullah S.A.W tentang Ikhlas. 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular