Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di adakan dirumah Zahid di buat atas permintaan Presiden PAS, walaupun tiada kenyataan rasmi tentang pertemuan dikeluarkan dari pihak PAS tetapi ramai pemerhati yang beranggapan untuk memulihkan MN.
Sikap yang dilakukan oleh PAS yang sanggup berkunjung telah di putar belitkan oleh puak pro kluster bermasaalah demi merendah-rendahkan kononnya PAS dianggap merayu untuk kembali bersama Umno. Apa yang lebih memalukan adalah tindakan Ketua Pemuda Umno memuat naik gambar pertemuan yang lebih kepada rahasia parti di media sosial adalah sikap yang tidak bertanggungjawab.
Pertemuan yang dilakukan oleh Presiden PAS mula dimainkan oleh klaster bermasaalah demi menghalalkan tindakan mereka membubarkan parlimen sebagaimana pusingan U yang dilakukan oleh Ismail Sabri alasan beliau membubarkan parlimen.
Kononnya alasan yang diberikan oleh Ismail Sabri kerana surat yang dihantarkan oleh 12 menteri dari PAS dan Bersatu kepada YDP Agong sebagai hilang kepercayaan terhadap beliau. bercanggah dengan kenyataan pertama beliau yang tiada masaalah dengan menteri-menteri tersebut.
Klaster bermasalah yang diketuai Zahid Hamidi benar-benar menjadikan pertemuan tersebut sebagai tanda Umno sudah kuat untuk bertanding solo atas nama BN. Ahli-ahli Umno di momokkan bahawa mereka akan kembali memerintah sehingga PAS pun sanggup datang melutut malah PAS turut diberi beberapa syarat jika PAS ingin bersama Umno.
Kesombongan klaster bermasaalah semakin hari semakin memuncak ketika pertemuan Zahid dengan para pemimpin BN selepas pembubaran parlimen dimana beliau dengan nada ugutan bahawa jika BN kalah semua pemimpin BN akan didakwa sebagaimana yang beliau dan sejumlah pemimpin tertinggi Umno alami.
Musafirlalu
16/10/22
1 ulasan:
Saya baru saja mengajukan Pinjaman Mobil dari Pak Pedro dan perusahaan pendanaan investasinya dan Pinjaman Tanpa Subsidi. Setelah melakukan riset terhadap berbagai pemberi pinjaman, saya memilih Discover karena mereka tampaknya menawarkan beberapa manfaat terbaik di pasar (saat ini) dengan tingkat suku bunga 2%. Hubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com melalui whatsapp: +393510140339. untuk mengajukan segala jenis pinjaman.
Catat Ulasan