APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan
Sabtu, 9 Februari 2013
Rancangan Jahat Umno Untuk Menghalang Penerangan ANAK kepada Peneroka.
Rabu, 30 November 2011
Krisis Felda: Singkir Saja Isa.
Khairil Abdul Rahim.
Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau, maka bermulalah satu episod hitam dalam sejarah Felda.
Belum pernah berlaku cabar mencabar dan suasana ‘panas’ di antara komuniti peneroka dengan pengurusan tertinggi Felda, sehinggalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang pernah digantung keahlian kerana kesalahan rasuah politik Umno itu dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 1 Januari 2011 menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Sebelum ini beliau yang dikenali di kalangan peneroka dengan panggilan Pak Sam, dalam satu sidang akhbar bersama (JKPP) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda, telah memberi tempoh 14 hari kepada Isa supaya memohon maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka atau menghadapi tindakan saman.
Isa didakwa mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".
Kata-kata yang dianggap menghina warga peneroka itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan koperasi peneroka di Melang Inn, Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu. Sementara klip video ucapan Isa itu tersebar luas di internet.
‘Konfrontasi’ antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa dilantik secara kontroversi menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dengan mengenepikan Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab (Datuk Zul). Hasilnya, dikatakan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.
Menurut edaran media Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya di dalam KPF adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah hanya bertaraf kontrak sedangkan Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.
Akan tetapi yang menjadi kehairanan semua ialah apabila pada 23 Jun 2011 (sehari sebelum Mesyuarat Agung KPF bagi tahun 2011) beliau tiba-tiba telah menjadi ahli KPF.
Sudahlah begitu, tidak sampai dua bulan selepas menjadi ahli KPF, Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri (PM) iaitu Datuk Aziz telah menulis surat bertarikh 15 Ogos 2011 kepada Isa memaklumkan bahawa PM telah bersetuju supaya Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF yang baru dengan mengenepikan begitu sahaja Datuk Zul, yang belumpun sampai dua bulan disahkan pelantikannya sebagai Pengerusi KPF dalam mesyuarat agung.
KPF sememangnya dilihat sebagai ‘lombong emas’. Sebagai sebuah koperasi terkaya di Malaysia maka tidak hairanlah KPF menjadi sasaran rebutan. Setakat ini, keahliaan KPF telah mencecah 220,210 orang ahli dengan 193,506 orang ahlinya iaitu sekitar 87.9% adalah dari kalangan peneroka Felda, ahli keluarga dan generasi kedua.
Berbalik kepada konfrontasi antara peneroka dengan Isa, pertembungan memuncak apabila Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet pada 7 Oktober lalu mengumumkan Felda akan disenaraikan dalam bursa saham melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Pada masa ini, kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui KPF. Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FGVH yang dimiliki 100% oleh Felda.
Selama ini FHB dianggap sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing. Pada tahun 2009 sahaja, FHB yang menumpukan perniagaannya di dalam negara melalui 47 anak-anak syarikatnya yang aktif telah mencatat perolehan sebanyak RM11.8 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM804.3 juta.
Hasil daripada dividen dan bonus yang dibayar FHB itu telah membolehkan KPF, selaku pemegang saham majoriti di dalam FHB (51%), merekodkan perolehan sebanyak RM15.64 bilion pada tahun kewangan berakhir 2010 dan juga keuntungan sebelum cukai sebanyak RM766,660 juta. Kejayaan ini melayakkan KPF dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik Negara 2010 (kategori kluster besar).
Dalam struktur baru selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, KPF akan melepaskan kepentingan sebanyak 51% di dalam FHB di mana nanti FHB dan seluruh komponennya akan diletakkan di bawah FGVH dan KPF akan memegang kepentingan sebanyak 60% bagi mewakili para peneroka dan kakitangan FELDA.
Kes ini samalah dengan syarikat yang rugi dan lemah boleh ‘menelan’ sebuah syarikat yang maju dan terbukti profitability’nya. Jika FHB selama ini mempunyai track record yang baik, tetapi lain pula dengan FGVH yang menjalankan perniagaan dan pelaburan di luar negara yang mana pencapaiannya begitu mengecewa dan memalukan.
Inilah punca sebenarnya yang membuatkan peneroka mulai menentang keputusan Felda!
Shamsuddin sendiri, berkata penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal perolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada FGVH untuk disenaraikan ke bursa saham nanti.
Bagi Naib Presiden Anak, Aris Fezul Ismail, beliau melihat kes ‘Isa lawan Pak Sam’ ini ialah pertembungan antara dua kepentingan iaitu antara kepentingan ‘kroni’ dengan kepentingan peneroka kerana Pak Sam mewakili seluruh warga peneroka.
“Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya mendengar suara peneroka dan kebimbangan dan protes oleh Pak Sam ada asasnya kerana rekod FGVH selama ini tidak baik menyebabkan seluruh perniagaannya rugi hampir RM500 juta.
“Kerajaan mesti lakukan sesuatu kerana jika dibiarkan persengketaan antara Isa dengan Pak Sam yang mendapat sokongan padu peneroka ini dibiarkan berlarutan, perjalanan Felda sendiri dikhuatiri boleh pincang,” katanya yang juga anak peneroka Felda Jengka 16.
Bagi Pengarah Task Force Felda PAS Pahang, Yohanis Ahmad pula, jalan terbaik untuk memelihara keharmonian warga Felda ialah kerajaan memecat sahaja Isa daripada semua jawatannya dalam Felda.
“Kita kena ingat Isa hanya seorang ahli poilitik yang dilantik secara kontrak sedangkan Pak Sam mendapat sokongan padu daripada peneroka dan keluarga mereka yang berjumlah kira-kira sejuta orang.
“Sepatutnya kena tengok mana yang lebih ramai. Lagipun kerajaan kena ingat, pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda dulupun dipertikaikan secara terbuka oleh dua orang tokoh terkemuka ekonomi iaitu Prof Dr Zainal Aznam (Penasihat Bank Negara dan Ahli MTEN) dan juga Datuk Tengku Zafrul Tengku Aziz (CEO Maybank Investment).HarakahDaily
Selasa, 24 Mei 2011
Rm 6 Bilion Dari KWSP, Adakah Felda Sudah Hampir Muflis.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda
memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh
pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dipercayai
mahu menampung masalah kewangan dialami.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah
berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak
perkara itu.
Beliau berkata mendapat maklumat itu daripada minit mesyuarat daripada
Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang menyebut “permohonan sara hidup yang
dibincangkan untuk dinaikkan telah dibawa ke mesyuarat gabungan JKKR dan telah
dipersetujui tetapi setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka,
jawapannya adalah dukacita, tidak dapat dipertimbangkan kerana Felda telah
meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.”
Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu bila pinjaman sejumlah itu
diperoleh.
Justeru tambah Mazlan (gambar), pihaknya mempersoalkan
tindakan Felda itu sambil menyifatkan ia tidak wajar selain menuntut
penjelasan.
“Belum pun reda isu kemerosotan rizab Felda, terdapat pula laporan yang
menyebut bahawa Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Dakwaan
Anak ini jika benar, ia satu perkara amat memeranjatkan.
“Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti
membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada
pengurusan Felda keseluruhannya,” katanya pada sidang media di sini.
Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab tetapi telah
dinafikan oleh Ahmad dan kerajaan.
“Alasan-alasan yang digunakan Datuk Ahmad Maslan berhubung kemerosotan rizab
Felda yang merosot dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009
ialah ia telah digunakan untuk menampung kos peneroka.
“RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan
pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung
Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda, namun laporan Felda
meminjam daripada KWSP, ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang
berlaku,” kata Mazlan.
Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak
benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.
“Kita mahu tahu kebenaran,” kata beliau.
Pada sidang media hari ini, Mazlan meminta agar Felda menjelaskan tentang
status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan
Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC).
“Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC,
walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti
telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.
“Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk
seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat? Adakah benar dakwaan
kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah pelajar METC ini mendapat
pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh,” soalnya.
Insider
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Catatan oleh Gerakan Anti Najib/Rosmah Gua bukannya ahli PAS tetapi gua sokong dasar parti itu yang berpegang kepada Al-Quran dan ...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Kalau kamu hendak baca blog yang paling terbaik daripada terbaik........... kamu bacalah blog K.B.O, Tulang Besi dan yang sewaktu dengannya...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata...
-
(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini) KUALA...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Apabila mendengar akan cerita disebalik penyerahan diri AT di Kelantan bukan di Negeri Sembilan, umpama cuba menipu pentaksudnya. Hakikatny...
-
Marilah kita panjatkan doa kita agar kesihatan pemimpin kita sihat............ kalau boleh pakat-pakatlah buat solat hajat buat TGNA. Bab t...