Translate

Memaparkan catatan dengan label Rosmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rosmah. Papar semua catatan

Ahad, 12 Disember 2010

Pendedahan Wikileaks Terhadap KJ, Rosmah Mungkin Dah Mula Gelisah.

Akhbar Sydney Morning Herald hari ini melaporkan dokumen perbincangan antara risikan Singapura dan Amerika. Dokumen yang dibocorkan oleh laman penuh kontroversi, Wikileak mendedahkan anggapan-anggapan buruk mereka terhadap negara-negara jiran.


Sila baca dahulu:
December 12, 2010

Top Singapore officials trash the neighbours

Philip Dorling and Nick McKenzie

MALAYSIA'S "dangerous" decline is fuelled by incompetent politicians, Thailand is dogged by corruption and a "very erratic" crown prince, Japan is a "big fat loser" and India is "stupid".

So say some of Singapore's highest-ranking officials, according to leaked US State Department cables that are likely to spark intense political controversy in the region.

The cables, leaked exclusively to The Sunday Age by WikiLeaks, detail the content of separate meetings between senior US officials and Singapore's foreign affairs chiefs Peter Ho, Bilahari Kausikan and Tommy Koh.

The trio, who at the time of the 2008 and 2009 cables occupied some of the most senior positions in Singapore's Foreign Affairs Ministry, all give US officials damning assessments of Malaysia.

According to one cable detailing a meeting in September 2008, Mr Kausikan told US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney that "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous", fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore.

"A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia," Mr Kausikan said, citing the need for Najib Razak - now Malaysia's Prime Minister - to "prevail politically in order to avoid prosecution" in connection with a 2006 murder investigation linked to one of Mr Razak's aides.

"Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case," Mr Kausikan said.

Mr Ho's March 2008 assessment of Malaysia, given to another US official, is also unflattering, and includes claims that former prime minister Mahathir Mohamad has been "throwing stones" at his replacement, Abdullah Badawi.

"The political knives will be out for Abdullah's son-in-law, United Malays National Organisation politician Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties," the cable records Mr Ho saying.

"As for … Najib Razak, he is an opportunist. Although he has not been critical of Singapore, he will not hesitate to go in that direction if it is expedient for him to do so. Najib's political fortunes continue to be haunted by the … murder scandal."
Baca laporan ini sepenuhnya di Apanama siniBagi risikan Singapura mengatakan Khairy "...got where he is through family ties", ianya satu pengakuan kepada sesuatu yang orang ramai sahkan kebolehan Khairy tidaklah seberapa tetapi naik dengan bantuan Pak Mertua.

Laporan ini datang dari agensi yang dikatakan Khairy ada terlibat. Pastinya mereka tahu semua latarbelakang mengenainya.

Memang pun, Pak Lah yang memaksa Hishamuddin menerimanya sebagai Naib Ketua Pemuda tanpa ada pertandingan dari mana-mana pihak.

Pak Lah yang menyelamatkannya dari disiasat dan dicaj di mahkamah kerana koruposi dan salahguna kuasa dalam kes-kes seperti ECM Libra-Avenue, penjualan saham kepada Temasih, dll.

Pak Lah yang membantunya dengan melanjutkan masa pemilihan supaya Khairy punyai lebih masa untuk kempen hingga boleh memenangi jawatan Ktua Pemuda UMNO Malaysia.

Pak Lah juga yang menahan salah seorang ahli jawatankausa disiplin supaya tidak mengenakan hukuman berat terhadap semua yang terlibat dengan politik wang supaya Khairy boleh terus bertanding. Itu yang tiba-tiba Pak Lah berubah dari mahu bertindak tegas terhadap politik wang menjadi apologetik dengan menyatakan apa boleh buat bila ramai yang melakukannya. Ahli jawatankuasa tersebut harus sekali seorang peguam.

Komen Singapura mengenai Najib dan penglibatan dalam pembunuhan Altantunya pun tidak menghairankan.

Dikalangan orang UMNO yang percaya akan tuduhan Najib dan Rosmah terlibat membunuh ALtantunya sering menyatakan cawangan khas Singapura yang ada laporan dan bukti Najib terlibat.

Tangan ghaib yang menyebar-nyebarkan tuduhan Najib dan Rosmah membunuh Altantunya adalah Khairy. Ini bermakna dia dapat malumat ini dari cawangan khas Singapura.

Khairy juga dipercayai terlibat bersama Anwar dan Raja Petra untuk "mengenakan" Najib. Mereka berjumpa dan merancang di Singapura. Ketiga-tiga mereka masuk melalui jalan istimewa supaya tidak ada bukti dan kesan mereka ke Singapura.

Khairy fitnah dan kenakan Najib kerana tidak mahu ada pengganti dan dengan demikian, Pak Lah akan dapat dikekalkan sebagai PM.

Sepanjang pentadbrian Pak Lah, Khairy, Zaki Zahid dan Kamal Khalid sama-sama mengenakan dan merendahkan maruah Najib dengan dilonggokkkan pelbagai kerja dan diberi publisiti kurang baik.

Sumber: Anak Omak

Rosmah Mansor Sememangnya Seorang Pemboros.

Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah

Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.

“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.

Menurut beliau, apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

“Saya percaya semasa lawatan rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar perbelanjaan boros isteri perdana menteri,” katanya.

“Rosmah Mansor (kanan) mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu,” kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada 2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.

“Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan tambahan,” kata Tian.

Pada pementangan Bajet 2011, Jumaat lalu, Najib mengumumkan peruntukkan RM18.14 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri.

Peruntukan itu mewakili 8.55 peratus daripada jumlah peruntukan bajet yang bernilai RM212 bilion.

“Ia menerima peruntukan ketiga terbesar mengikut agihan kementerian dengan RM35.76 billion untuk Kementerian Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk Kementerian Kewangan,” kata Tian.

Sumber: Malaysiakini

Apakah Rakyat Malaysia Perlukan Wikileaks Untuk Mengetahui Skandal Rosmah Mansor?

Saya banyak menulis artikel berkenaan Rosmah Mansor dan skandal/perbuatan/sikap beliau yang lebih 'Kuah dari Nasi'. Banyak klip video berkaitan temuramah dengan adik beliau, mak saudara beliau, sepupu beliau,emak angkat beliau dan anak kepada mak angkat beliau. Hinggakan beliau di panggil 'Perempuan Puaka'.

Dan saya tidak pernah mendengar yang beliau menafikan atau mengiyakan tentang perkara berikut, Dua kali blog saya diserang kerana menulis artikel berkenaan beliau, mungkin juga kebetulan sahaja. Kerana menghormati teguran dari TG Nik Aziz agar tidak memberi gelaran 'Laki Najib' kepada beliau maka saya menerima teguran tersebut.

Secara kebetulan pula saya terbuka satu artikel daripada blog BPN yang membela Rosmah. Oleh itu marilah kita sama memberi sedikit peluang berkaitan hujah dari blog BPN walau pun saya sampai sekarang tidak berpuashati kerana ianya bukan dari mulut Rosmah sendiri.......

vb
Sejak akhir-akhir ini maka 'bertebaranlah' video klip Datin Seri Rosmah Mansor di dalam Internet yang para pelakonnya terdiri daripada beberapa wanita dan lelaki yang didakwa 'rapat' dan mempunyai talian darah dengan beliau. Dalam video tersebut Rosmah secara terang-terangan digambarkan sebagai 'wanita jahat dan berpuaka' yang mengamalkan ajaran sihir untuk menawan hati Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Tak cukup dengan itu, Rosmah juga digambarkan sebagai ibu yang kejam kerana mengabaikan anak-anaknya serta kakak yang zalim kerana membuang adik kandungnya sendiri. Tetapi tahukah anda realiti dan kebenaran di sebalik semua tuduhan berat itu? Tahukah anda ia adalah sebahagian daripada strategi pihak tertentu untuk terus mencalitkan arang di muka Rosmah dan Najib setelah usaha sebelum ini untuk mengaitkan mereka berdua dengan kematian Altantuya gagal? 

Tahukah anda dalam video klip berkenaan, para penonton telah ditipu hidup-hidup dengan fakta yang jauh menyimpang daripada keadaan yang sebenarnya?

Antara yang paling mengejutkan adalah pengakuan 'adik' Rosmah iaitu Rosmanuddin yang membuat pelbagai tuduhan dan fitnah liar termasuk melabelkan perkataan 'pembunuh' terhadap kakaknya sendiri. Setelah disiasat dan diselidiki, rupanya Rosmanuddin hanyalah anak angkat tetapi telah dianggap sebagai darah daging sendiri baik di pihak Rosmah mahu pun Najib. Rosmanuddin diserahkan oleh keluarga kandungnya kepada ibu bapa Rosmah seawal umur 12 hari lagi di dalam sebuah estet dengan masih berbalut kain batik.

Sejak itu Rosmanuddin disayangi dan dijaga bak menatang minyak yang penuh oleh keluarga Rosmah. Sampai satu tahap, disebabkan ketidakmampuannya memiliki kediaman sendiri, Rosmah membenarkan Rosmanuddin dan anak isterinya tinggal di rumah mereka. Oleh kerana itulah, kad pengenalan Rosmanuddin tercatat alamat kediaman Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta. Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga memberi sebuah apartment untuk keselesaan Rosmanuddin dan keluarganya berhampiran kediaman mereka.

Namun Rosmanuddin ternyata telah melampaui batas apabila sering menyalahgunakan nama baik Najib dan Rosmah untuk kepentingan dirinya sendiri. Walaupun Rosmah belum melihat video yang dimaksudkan, Unta Belang difahamkan beliau sangat kecewa di atas tuduhan yang Rosmanuddin 'ciptakan' itu. Lebih menyedihkan Rosmah, Rosmanuddin turut mendakwa yang beliau telah mengabaikan anak-anaknya hasil perkongsian dengan suami terdahulu.

"Ibu mana yang tak sayangkan anaknya," jawab Rosmah yang kesal dengan fitnah tak berasas berkenaan.

Dalam video berkenaan, turut dipaparkan sedutan temubual dengan sepupu Rosmah yang bernama Mohd. Arshad, makciknya yang bernama Induk Leha, keluarga angkatnya Datin Che Mah dan seorang lelaki bernama Ikmal Hisham (anak Datin Che Mah). Difahamkan Rosmah sekali lagi terkejut dengan kemunculan nama-nama 'asing' tersebut kerana tiada seorang pun di antara mereka yang dikenalinya. Rosmah menegaskan, beliau tidak dibesarkan di kampung ibunya dekat Seri Menanti kerana sejak kecil lagi dibawa oleh ayahnya ke Rembau.

Malangnya dalam masyarakat kita, ramai yang malas berfikir. Lebih suka bergantung kepada cerita orang lalu dipencenkan otak sendiri. Apa yang orang cakap ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika berita-berita sensasi. Tuduhan jahat itu lebih enak dari segala hidangan istimewa. Dalam kelompok agama pun ada yang sanggup menuduh orang murtad sehingga dipercayai umum. 

Sumber yang beginilah yang membawa cerita yang pelbagai untuk menjatuhkan orang yang dibenci, atau yang bersaingan dengan dirinya atau kerana mengangkat namanya.Jika manusia menganggap apa yang disebut masyarakat itu semuanya benar, tentulah masyarakat fasik juga berada atas kebenaran.

Dalam dunia Internet hari ini maruah dan harga diri manusia dijual begitu murah. Seseorang yang ada di hadapan komputer begitu ringan tangan dengan memfitnah orang lain apa yang dia suka. Seakan mereka berasa dosa memfitnah melalui maya itu tidak dapat dikesan oleh Allah atau disoal pada hari kiamat. Para pelayar Internet pula ramai yang menerima khabar bohong itu lalu dijadikan bahan masyarakat untuk memburukkan orang lain. 

Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mereka ini jika ditanya mengapakah awak menyebarkan berita tidak ada bukti yang diterima oleh syarak? 

Mereka akan menjawab dia itu musuh kami, kami pejuang Islam dan lagipun ramai orang suka berita itu dan cakap di sana sini. Maka cakap orang ramai pun seakan mengambil tempat wahyu Tuhan dalam kehidupan mereka, lalu terhukumlah ramai manusia tanpa bukti melainkan atas nama ‘ramai orang cakap’.
Astagfirullahazim... (Brokenthecode.blogspot)

Selasa, 2 November 2010

Rosmah Mula Menunjuk Belangnya..... TPM Dah Jadi Tiang Lampu.

"Saya keliru, jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya Timbalan Perdana Menteri yang mewakili  beliau dan kerajaa, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM", kata  Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Little India dekat Brickfield. Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. 

Tanpa merasa malu, Rosmngah mula menunjuk taringnya apabila beliau memalukan TPM, Muhyiddin Yassin dengan menonjol dirinya sendiri mengantikan Najib yang kurang sihat kerana mengidap cacar dalam majlis rasmi.

Jika Pak Lah terpaksa berundur kerana menantunya KJ (menantu yang menjadi hantu), tidak mustahil Najib akan mengalami nasib yang sama. Kali ini bukan kerana menantunya, tetapi isterinya (Rosmah) sendiri. Apakah kali ini Che Det akan melakukan perkara yang sama sepertimana yang telah beliau lakukan terhadap Pak Lah.

Atau mungkin juga Che Det akan menunjukkan sikap double standardnya disebabkan anaknya, Muhkriz berada didalam kabinet Najib. Apatah lagi Najib akan merombak kabinetnya dimasa yang terdekat dengan melantik Muhkriz sebagai menteri penuh. Ini mungkin untuk mendiamkan Che Det sebagai satu ganjaran.  


PM Rosmah bersama Menteri Kanan Singapura
TPM diketepikan oleh Rosmah dalam majlis rasmi

Pakaian pun dah macam kerabat diraja.
Rosmah lebih kedepan daripada Najib


Tidak pernah berubah apabila mendahului Najib

Sebagai Ustazah memberi tazkirah kepada pengikutnya
Benarkah beliau menggunakan suntikan Botox
Siapa isteri siapa suami
Adegan yang paling beliau suka
Ingatkan selepas pulang, beliau akan berubah
Langsung tidak merasa malu
Pelakun wanita terbaik
Alhamdulillah..... dah khatan Quran
Inikah adab yang betul apabila membaca al-Quran
 
Welcome to New York to First Lady of Malaysia.
Kerajaan Malaysia terpaksa membayar beberapa juta untuk iklan ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular