Translate

Memaparkan catatan dengan label Saman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saman. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2011

Soberi Shafii Saman Facebooker Kerana Sebar Fitnah Terhadapnya.

Gara-gara mengaibkan seseorang menggunakan facebook, seorang facebooker, KG JAMBU MERAH MELOR (KJMM) bakal berdepan dengan tindakan mahkamah.
Petang semalam mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd Soberi Shafii membuat laporan polis terhadap facebooker terbabit di ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Mohd Soberi berkata, berdasar penyelidikan yang dibuat dapati KJMM dipunyai akaun seorang pensyarah di Politeknik Kok Lanas yang beralamat di Bt 12, Jalan Pasir Puteh, Melor.
“Fitnah yang dimuatkan dalam facebooknya telah menjatuhkan maruah saya. Kemungkinan facebooker terbabit mahu menghalang saya kerana sering menggunakan pentas ceramah mendedahkan isu-isu rasuah,” katanya di sini.
Tulisan tersebut dimuat turun dalam laman sosial berkumpulan Umnotumpas menyebut “Lo ni hok ambo tahu MSS ambik komisen RM2 juto…Buat Projek jalan kat K.Lanas” dan satu lagi “Gapo dia fungsi MSS ini…Biso sampai ore bui  2 juto“.
Soberi berkata, facebook terbabit menggunakan nama samaran bagi menyebarkan fitnah terhadapnya.
Menurutnya juga notis saman terhadap facebooker terbabit akan dihantar  peguamnya.
“Sekiranya dia gagal untuk menunjukkan bukti, saya akan meneruskan saman pemula dan menyserah kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran,” katanya.
Beliau juga memberitahu sudah melapor kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat siapa sebenarnya yang mendapat komisen projek pembinaan jalan tersebut.

Jumaat, 11 Mac 2011

Saksi : Sultan Johor Ada Kepentingan Dalam 'Jambatan Bengkok'.



Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998.

NONE
Ini didedahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl EskayAbdullah dalam 
keterangannya hari ini.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta. 

Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok.

Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi mendapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut.

NONE
Dalam keterangannya, Eskay (kanan) berkata, dia pada awalnya mahukan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut,

Dia mendakwa, pada 3 Julai 1998 Yahya bagaimanapun telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya bahawa persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi.

“Yahya memaklumkan kepada saya berlaku perubahan keadaan dalam Merong Mahawangsa. Yahya menjelaskan kepada saya bahawa Tengku Mahkota Johor (kini Sultan Johor) akan menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut".

Oleh itu, katanya, Yahya memberitahunya bahawa perjanjian awal untuknya mendapat 16.66 peratus dalam syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi.

Berikutan itu, kata Eskay, Yahya menawarkan gantirugi kepadanya sejumlah RM20 juta sebagai menggantikan pegangan 16.66 peratus dalam syarikat tersebut. (MK)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular