Tan Sri Muhyidin Yassin menyeru masyarakat memperluaskan penghayatan budaya fikir dan menjadikannya sebahagian daripada budaya hidup mereka sebagai sebuah masyarakat maju. Aku pun tahu apa yang beliau mengarut dengan budaya fikir (thinking culture). Yang aku tahu budaya fikir ini sudah lama wujud dalam pemikiran penyokong Umno yang sememangnya mereka sudah menjadikannya sebagai budaya hidup mereka. Kerana kalau bab ini semememangnya Umno adalah jaguh yang tidak perlu diingatkan.
Apakah beliau cuba menobatkan dirinya sebagai seorang ahli fikir yang berpandangan jauh dengan menyeru masyarakat agar memperluaskan penghayatan budaya fikir. Bukan main lagi pakar pemikir kita menyusun ayat-ayat yang yang menunjukkan yang beliau adalah seorang pemikir yang ulung. Betapa beliau seorang yang berintelek dalam mencanangkan idea-idea beliau itu.
Apakah selama ini Umno tidak melakukan apa yang beliau maksudkan itu. Beliau tak bagi tahu pun, sememangnya Umno sudah lama melakukannya. Kalau tidak, masakan banyak tanah-tanah Johor telah jatuh ke tangan Singapura. Kerana ingin menjadi masyarakat yang berbudaya maju lah dalam pemikiran para pemimpin Umno maka mereka sanggup merompak khazanah dan harta rakyat agar dipandang maju.
Berbelanja mengikut nafsu serakah merekalah ada negeri didalam Malaysia yang sudah muflis. Menggunakan harta rakyat seperti harta mak bapak diorang. Didalam pemikiran para pemimpin Umno, 'harta rakyat adalah harta aku, harta aku adalah harta akulah'. Kerana itulah apabila kita melihat cara pemimpin Umno dan keluarga mereka berbelanja, kita sendiri pun jadi takut.
Andainya ditakdirkan seorang rakyat marhaen mengikut pemimpin Umno berbelanja, rasa-rasa mati kerana kena serangan jantung. Apa tidaknya, cara mereka berbelanja pakai tunjuk aje apa yang mereka mahu dan ada tukang bayar dan tukang angkut barang. Kita kalau berbelanja untuk membeli sesuatu barang pun kita akan membezakan harga ditempat mana yang lebih murah. Bagi mereka, kalau itulah cara berbelanja, baik kamu tak usah ikut aku.... buat letih aku je menunggu kamu membelek harga.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan budaya fikir inilah yang akan menjadi faktor penentu utama yang bakal menjamin pembangunan tamadun baru dan kewujudan bangsa yang cemerlang pada masa depan.
Kalau bab ini aku memang mengaku sangat-sangat tentang apa yang beliau katakan. Ia memang bertetapan dengan budaya Umno yang sememang pakar dalam budaya fikir untuk menentukan pembangunan tamadun kerana didalam bab ini tiada sesiapa yang dapat mengatasi Umno. Kerana itulah kita tidak tahu ke mana perginya wang yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan yang bernilai trilion ringgit.
Memang mereka cemerlang dalam hal-hal begini, kerana itu kalau melibatkan angka sememangnya Umno adalah pakarnya yang paling cemerlang. Yang RM 24 juta jadi RM 3.5 juta, yang RM 12 bilion jadi RM 2 Bilion, yang RM 550 juta jadi RM 200 juta aje. Cuma kita terbalikkan sahaja angka tersebut. Memang Umno cukup cemerlang.
Kerana itulah satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk mengetahui bagaimana kaedah siasatan yang telah dilakukan oleh SPRM terhadap orang yang kena tuduh. Itu yang mereka hendak tahu, kalau zalim mereka akan memerintahkan agar siasatan yang dilakukan oleh SPRM dilembutkan dan diberi layanan VIP. Kerana mereka tahu, di situlah tempatnya yang akan terpaksa mereka pergi setelah kerajaan BN tumbang. Tahniah buat Umno-Bn kerana berpandangan jauh dalam isu SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan