Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 15 Julai 2009

Isu Puteri Umno Di Baling Batu Dan Botol Air.

Semalam satu lapuran polis telah dibuat oleh wanita Umno Perak tentang kes 2 orang sang puteri telah dibaling dengan botol air plastik dan batu. Dalam satu temu bual dengan TV , sang puteri telah menyalahkan pihak pembangkang dalam kejadian tersebut. Bagi saya, apa yang dikata oleh sang puteri itu adalah benar sebenar-benarnya.
Memang pihak pembangkang ganas, kerana itulah setiap kali PRK diadakan, pihak polis terpaksa mengerahkan seramai yang boleh untuk mengawal tindak tanduk daripada pihak pembangkang. Maka terpaksalah kerajaan membelanjakan banyak wang rakyat untuk menjaga keselamatan orang awan. Setiap kali ada PRK, beribu-ribu polis dari seluruh negara akan dihantar untuk mengawal keadaan.
Memang saya amat-amat simpati terhadap sang puteri kerana telah patah gigi disebabkan oleh perbuatan pembangkang. Saya pasti akan kurang, keayuan sang puteri kerana telah menjadi ronggok kerana hilang giginya. Memang dasar pembangkang tidak ada sikap ketamadunan dalam melakukan perkara-perkara yang diluar batasan. Sungguh kesian sang puteri, tidak dapat saya banyangkan betapa sengsaranya sang puteri.
Hang sedar tak yang pembangkang tu Umeno-Ubn, bukannya PAS. Kenapalah bodoh sangat Umeno ni, tidak sedar diri yang dia tu pembangkang. Kamu tu pergi berkempen kat Kelantan. Kelantan itu bukan Umeno-Ubn yang perintah, itu negeri Pakatan Rakyat( PAS ). Dasar tak sedar diri, mengaku dia kerajaan yang PAS pula pembangkang.
Kamu ni bermimpi ke atau mengigau. Tu lah bila lama sangat jadi pemerintah, tidak boleh beza antara pembangkang dengan kerajaan. Jadi yang kamu mengaku pihak pembangkang yang baling batu dengan botol air kat kamu tu, bermakna puak-puak kamulah yang buat. Kat Kelantan PAS pemerintah dan Umeno-Ubn pembangkang. Mungkin pasal syok sangat boleh masuk TV, sampai tersasul bercakap. Umeno jahat......... Umeno Jahat............. Umeno jahat.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular