Translate

Rabu, 15 Julai 2009

Selamat Bersantai Buat Khir Toyo.

Setelah digantung selama satu tahun dari menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri, maka bolehlah Khir Toyo bersantai di banglo mewah beliau. Inilah masanya untuk beliau berehat bersama keluarga di rumah agam beliau yang serba mewah itu. Bagi beliau apalah sangat dengan elaun wakil rakyat yang tak seberapa itu. Dia pun tidak hairan dengan elaun sebagai wakil rakyat. Bagi beliau, nak bayar bil elektrik pun tak berapa lepas. Setelah 2 penggal menjadi Menteri Besar Selangor, beliau dapat mengumpul kekayaan sehingga dapat tempat tinggal yang dikatakan bernilai RM 24 juta, walaupun beliau menafikannya dengan menyatakan yang banglo beliau hanya bernilai RM 3.5 juta sahaja. Itulah yang membuatkan Tun Dr. Mahathir marah, pasal dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun pun tinggal di banglo yang bernilai RM 1 juta lebih aje.
Bolehkah kita bayangkan sekiranya beliau menjadi PM selama 22 tahun, pasti tempat kediaman beliau bernilai ratusan juta. Kita sebagai rakyat marhean hanya mampu dengar aje ler. Pasal diorang kalau cakap pasal duit mesti main juta-juta. Kita pulak hampas pun tadak. Macam kes Mat Tyson semasa menjadi MB Selangor yang ditahan di lapangan terbang Australia, kerana membawa berjuta-juta ringgit yang tidak di isytiharkan. Sampai sekarang kes beliau tidak tahu penghujungnya.
Kalau SPRM yang diwar-warkan itu betul-betul sebuah suruhanjaya yang bebas, tolong buka semula kes Mat Tyson dan siasat kekayaan luar biasa Khir Toyo. Yang pasti sebagai budak suruhan Umno, SPRM yang sepatutnya disiasat. Kerana apabila melibatkan pemimpin Umno-Bn, mereka seperti orang tua yang bertongkat. Tetapi apabila melibatkan pemimpin pembangkang, mereka seperti raja pecut dunia berlari. Itu pun baru dengar khabar-khabar angin aje. Sebab itulah pegawai tinggi SPRM patut disiasat kerana telah melakukan siasatan terpilih.
Kalau DSAI dipenjara kerana dituduh menyalahguna kuasa, apa kurangnya dengan pegawai tinggi SPRM. Dulu Badan Pencegahan Rasuah (BPR), sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nama sedap didengar tetapi hampas, macam ular bersalin kulit. Bubuh lah nama macam mana pun kalau bendanya sama jer, baik tak payah. Buang masa ajer.
Sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keadilan ditegakkan di Malaysia, sudah sampai masanya Umno-Bn ditumbangkan. Dan SPRM mestilah diletak dibawah Parlimen, kerana ia akan terus melapurkan kepada Parlimen. Bukan seperti sekarang dan juga di zaman Tun Dr. Mahathir yang mana BPR duduk dibawah ketiak PM. Sekiranya rakyat Malaysia adalah rakyat yang perihatin, sudah sampai masanya kita rehatkan Umno-Bn. Dan kita akan lihat dan akan mendapat maklumat, bagaimana para pemimpin Umno-Bn menyamun harta rakyat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular