Tersungkur di kaki peraih ikan, bagi istilah orang Terengganu ialah (Daganan). Satu peristiwa yang amat memalukan setelah jenuh memalukan peraih ikan. Andainya saya yang menjadi calon berkelulusan tinggi dan berjawatan tinggi juga tetapi kalah kepada peraih ikan yang tiada berkelulusan, mahu sebulan tak keluar rumah.
Walaupun PAS menang dengan majoriti hanya 65 undi sahaja, tetapi ia amat bermakna. Kerana sejak 12 tahun yang lepas, Pas sentiasa kalah didalam pilihan raya kecil di Kelantan. Pas tidak perlu malu, malah patut berbangga walaupun Umno-Bn berjaya memenangi sebanyak 1,287 undi daripada PAS. Kerana kita tidak boleh membezakan antara PRU dengan PRK. Dalam PRU masing-masing kena jaga ditempat sendiri tetapi PRK, satu negara dan seluruh kekuatan agensi kerajaan diperkuda oleh Umno-Bn untuk memenangkan calon BN.
Berjuta-juta wang di taburkan dan berbagai projek 'Mee Segera' dilakukan. Itu belum termasuk projek-projek yang dijanjikan sebagai gula-gula. Bayangkan lah didalam satu pilihan raya kecil sahaja melibatkan beratus-ratus juta dijanjikan. Yang hairan dan ajaibnya ialah bagaimana rakyat yang sudah masak dengan janji-janji Umno-Bn itu masih lagi tidak serik-serik. Janji Umno bukanlah janji yang boleh dipakai. Tetapi masih juga terpedaya.
Bukan niat hendak kutuk bangsa sendiri, tetapi itulah hakikatnya. Marahnya mereka kepada Umno satu penggal (kira 5 tahun la) kerana tidak mengotakan janji, tetapi hilang marah dalam satu hari sahaja bila dapat seratus dua. Dia punya maki hamun kat wakil rakyat Umno kalau boleh ditimbang mahu beratus tan beratnya. Pasal tok wakil langsung tak tunjuk muka selepas menang siap dengan janji yang tak pernah di kota. Tapi bila dekat pilihan raya, tok wakil datang, tepuk bahu sikit dengan sumbat RM 50 dalam poket hilang marah 5 tahun.
Lepas tu undi lagi, lepas menang hilang lagi, lepas tu maki lagi. Dekat pilihan raya tok wakil hulur lagi masuk poket, lepas menang hilang lagi, lepas maki lagi. Itulah perangai putaran hidup orang Melayu., tak serik-serik. Tak tahu lah apa nak jadi.......... oh bangsaku. Mudah sangat di perdaya, dan yang memperdaya pun bangsaku juga. Macam lirik lagu Tan Sri S.M. Salim, apa nak jadi.... apa nak jadi.
Sedarlah bangsaku sebelum hancurnya negara dek kerana kerakusan Umno. Masih ada peluang lagi untuk kita menyelamat kan anak cucu kita. Umno bukanlah parti yang boleh menyelamat kan bangsa Melayu kerana mereka hanya mementing kan diri sendiri. Kerana Umno lah ramai bangsa Melayu menjadi murtad. Mereka tidak melakukan apa-apa pun dalam mempertahan kan Islam dan akidah bangsa Melayu. Mereka hanya berbangga dengan slogan mereka yang sudah lapuk itu,"melayu itu Islam, Islam itu melayu".
Jikalau dulu apabila bangsa Cina ke, India ke, orang putih ke(Mat Salleh la), asal aje masuk Islam dia kata masuk Melayu. Punya lah ceteknya pemikiran orang Umno, dia ingat Islam tu hak orang Melayu aje. Bila dengar..... baik Cina, baik India nak masuk Islam, dah promok nak kena sunat. Itulah dakwah cara Umno, baik-baik kawan tu nak masuk Islam......... dah fikir dua tiga kali. Asal bangsa lain nak masuk Islam, mula lah kata ............. nak masuk Islam pasal nak kahwin dengan perempuan Melayu. Nasib baiklah PAS diwujudkan........ kalau tak dah lama Islam hancur.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Khamis, 16 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan