Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 20 Julai 2009

Siapa Sebenarnya Yang Mempolitikkan Isu Teoh Beng Hock.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menyiasat ADUN Pakatan Rakyat berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil rakyat.

Katanya, siasatan ke atas ADUN Pakatan berhubung dakwaan salahguna peruntukan tersebut, mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, lapor Bernama.

Berucap semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanjung Karang hari ini, Muhyiddin berkata:

"Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu. Oleh itu, anggota BN perlu mengambil peluang itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN," katanya.

Mayat Teo, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata adalah penting bagi parti komponen BN untuk memperbaiki diri mereka supaya tidak dilihat lemah kerana berbalah sesama sendiri dan tidak diyakini kemampuan mereka untuk membela nasib kaum yang diwakili mereka.

Oleh itu, kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi untuk memulihkan kembali imej BN, katanya.

Muhyiddin berkata selain daripada isu politik, Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan terutamanya soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan pada 2012.

"Keputusan kerajaan mansuhkan PPSMI ...banyak politik yang sedang berlaku, ramai yang setuju tetapi ada yang tidak setuju. Keputusan kita adalah jelas, kita buat (keputusan) atas kajian yang dijalankan sekian lama," katanya.

Dalam kajian itu, katanya, jelas pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu tidak meningkatkan penguasaan pelajar di dalam Bahasa Inggeris, katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berkata beliau berharap ahli Umno akan menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris yang merupakan keputusan terbaik untuk generasi muda di dalam negara tanpa mengira bangsa.(Malaysiakini)

Ulasan Musafirlalu;
Sebenarnya beliau lah yang cuba mengalih pandangan dan desak kan rakyat agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja. Kenapa menuduh Pakatan Rakyat cuba mengalih isu sedangkan mereka sebenarnya yang berkuasa. Berbagai isu cuba dialih kan daripada rakyat Malaysia yang mana masih lagi belum terjawab. Seperti isu PPSMI yang di persoalkan oleh orang ramai, kenapa menunggu tahun 2012, kenapa tidak dilakukan pada tahun hadapan. Kenapa perlu menunggu di tarikh yang hampir kepada PRU 13, apakah rakyat akan digula-gulakan semula dengan janji-janji manis beliau. Rakyat juga ingin mengetahui apakah PPSMI akan di mansuh kan atau hanya di tangguhkan. Kerana janji beliau bukannya boleh dipakai memandang kan janji-janji yang beliau berikan kepada penduduk di Manek Urai, semasa beliau berkempen didalam pilihan raya kecil yang lepas. Rakyat juga ingin mengetahui tentang penyalahgunaan kemudahan kerajaan semasa beliau berkempen di Manek Urai. Apakah helikopter yang beliau naiki itu menggunakan duit kerajaan atau pun duit parti. Kerana beliau ke Manek Urai sebagai ahli politik, bukannya atas kapasiti beliau sebagai TPM. Berapakah kos yang terpaksa rakyat biayai terhadap beliau semasa berkempen di Manek Urai. Di manakah kewibawaan SPRM dalam menyiasat dana rakyat yang beliau gunakan untuk kepentingan politik Umno.

Bagaimana dengan skandal PKFZ yang bernilai RM 12 billion, kalau hendak dibandingkan dengan siasatan yang hanya bernilai RM 2,400 sahaja yang telah meragut satu nyawa. Bagaimana dengan skandal banglo Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM 24 juta. Kalau itulah yang dikatakan mempolitikkan isu kematian Teoh Beng Hock, maka Pakatan Rakyat boleh menerima tuduhan beliau. Apakah beliau cuba menyembunyikan kemaluan beliau setelah dimalukan oleh Datuk Chua yang menyertai PKR, yang mana beliau daripada bahagian Bakri, Johor. Setelah tewas dengan cara yang memalukan di Manek Urai dan kemudian dimalukan pula oleh Datuk Chua dengan menyatakan kemasukkan Datuk Chua adalah perkara biasa. Apakah nilai RM 2,400 yang belum tentu berlaku penyelewengannya kalau hendak dibandingkan dengan skandal PKFZ yang terang-terang berlaku penyelewangan kerana daripada RM 2 billion tiba-tiba meloncat ke angka RM 12 billion. Sebenarnya beliau cuba menegak benang yang basah. Baru 100 hari lebih menjadi TPM, sudah membawa berbagai masaalah.  
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular