APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Rabu, 23 November 2011
Umno Semakin Takut Bila Muhyiddin Timbulkan Isu UG.
Rabu, 30 Mac 2011
Membuka Laluan Tsunami Politik Ke Sarawak Yang Tersekat Pada 2008.
Khamis, 9 September 2010
Alat BN: Buka Mulut Setelah Tarikh Bersara Diumumkan.

Ahad, 22 Ogos 2010
Isu Khutbah Di PP : Umno Semakin Alim, Tapi Malu Nak Pakai Kopiah.
Rabu, 10 Mac 2010
Fairus Diperalat Burukkan PKR.
Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub berkata, kenyataan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin PKR adalah satu tuduhan dan pendekatan demi memenuhi perjanjian di antara mereka dengan UMNO.
“Sebab itu beliau berkata apa saja tuduhan memburukkan parti dan Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana dituntut dan syarat yang ditawarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum mereka sertai parti itu.
“Saya tidak memikirkan perkara itu serius dan masyarakat akan mengambil kira apa yang disampaikan kerana rakyat lebih tahu dan mengenai mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam PKR yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun .
Fairus berkata, individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan dalam PKR.
Sabtu, 10 Oktober 2009
Bagan Pinang : Orang Pakat-Pakat Masuk PR, Umno Mula Gelabah.(Ulangan)
Kerana mereka bukannya calang-calang pemimpin, bukan peringkat cawangan tetapi dari peringkat pusat, jadi kita tidak menafikan akan pengaruh mereka masih lagi kuat. Sebagai contoh Datuk S.Subra yang memang diakui akan pengaruhnya di kalangan kaum India, begitu juga dengan Datuk Chua. Pasti mereka memiliki penyokong tersendiri yang pasti akan mengikut jejak langkah pemimpin mereka.
Apabila berlaku penghijrahan para pemimpin parti komponen kepada Pakatan Rakyat, Umno lah yang paling tergugat. Lalu tersebar lah berita 1,000 penyokong PKR Silam telah keluar parti dan di ikuti seorang exco wanita PKR iaitu Siti Sarina. Maaf ya............ saya tidak pernah mendengar namanya dan ini kali pertama saya mendengar exco wanita PKR ada yang bernama Siti Sarina. Mungkin juga kerana saya bukannya penyokong PKR, maka saya tidak mengenali beliau.
Bukan bermakna saya memperlekeh kan beliau, sebagai seorang yang meminati politik maka saya tahu seseorang itu berpengaruh ataupun tidak. Yang pasti Umno dan pencacainya akan mula membuka diari yang beliau keluar daripada PKR dengan membawa bersama-sama beribu-ribu penyokong PKR. Sebagaimana yang berlaku kepada Siti Aminah kita yang terkenal dengan 'masihkah kau ingat....... satu masa dahulu.'
Beliau pun membawa beribu-ribu penyokong PKR apabila keluar daripada PKR sehinggakan hilang wang pertaruhan semasa pilihan raya DUN Penanti tempohari. Itu perkara biasa lah apabila mengumumkan seribu penyokong PKR keluar parti untuk menutup malu dengan apa yag berlaku didalam BN sekarang. Politik Umno dulu, sekarang dan selama-lamanya macam itulah. Kalau penyokong keluar parti 1,000, dia kata hanya 100 orang sahaja tetapi kalau penyokong pembangkang masuk Umno 10 orang, mereka kata 1,000 masuk Umno.
Siapa lah 1,000 yang keluar daripada PKR itu, siapalah yang bodoh sangat tu. Pi masuk parti yang sedang nazak buat apa. Orang pakat-pakat masuk Pakatan Rakyat yang semakin gagah, dia orang pi masuk masuk Umno-Bn yang tunggu masa ajer nak ditalkinkan. Umno..... Umno.... depa dah tak ada isu dah, tembelang depa dah bocor dah.... Oh...... Umno ku...... engkau lah.... dulu..... sekarang..... dan selama-lamanya...... betul-betul gah dengan slogan depa........... tapi lembik..... sekarang One Malaysia pulak dah...... dulu Islam hadhari, tapi tanya orang Umno pun depa tak tahu apa itu Islam Hadhari........ puas Pak Lah dok fikir nak cipta slogan, tapi apa kan daya ........ orang Umno sendiri pun tak faham.
Sekarang Jib pulak dengan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, matlamat diutamakan. Wah..... bukan main gah dengan slogan, tapi hampas tak dak......... yang sebetulnya 1 BN: Anak beranak didahulukan, kekayaan diutamakan.............. Tahniah Umno........... keris dah nak tercabut ulunya............. dacing pulak dah mula senget.
Msa telah dikerah, wang ookt sendiri hampir kering................ tetapi perjuangan tetap diteruskan untuk menunjukkan bahawa segala penat lelah kita akan dibalas oleh Allah s.w.t.. Menang adab kalah bertandin.Kerana itulah Umno telah meniru cara ahli PAS ditarbiahkan........... semoga kita diberi kemenangan oleh Allah s.w.t......................... Takbir 3x.
Selasa, 28 Julai 2009
Umno Mula Merapu.
Isnin, 27 Julai 2009
Mengenang Kembali Zaman Gerakan Islam Ditekan
Pada masa itu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipimpin Asri Muda, berada dalam Barisan Nasional.
Obor panji-panji gerakan Islam ketika itu dipegang oleh ABIM. Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang mengetuai Barisan Nasional pula sedang bergolak. Kepimpinan Razak Hussein sedang dicabar oleh Harun Idris. Pemergian beliau menjadikan keadaan politik bertambah buruk. Hussein Onn mewarisi masalah politik ini.
PAS pula yang selesa berada dalam Barisan Nasional sudah dijauhi oleh anak-anak muda khususnya mahasisiwa. Bagi mereka yang jemu dengan politik Barisan Nasional memikirkan bahawa pembaharuan politik hanya ada pada Islam.
Sosialisme sudah tidak menarik bagi anak-anak muda Melayu. Kegagalan kerajaan-kerajaan sosialis memberi kemakmuran kepada rakyatnya dan sifat mereka yang menindas di Indonesia, Mesir dan lain-lain negara mendorong anak-anak muda Islam melihat kembali kepada agamanya.
Kerajaan sosialis Mesir menindas Ikhwanul Muslimin. Di Indonesia, kerajaan Suharto menekan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Di atas platform ABIM, anak-anak muda melancarkan perjuangan gerakan Islam. Di kampus-kampus, perbincangan diadakan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpusat di surau-surau asrama. UTM, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi tempat timbulnya pergerakan baru ini.
Dalam kesibukan bekerjanya, Ustaz Fadzil turut berkempen memperjuangan usaha membebaskan Anwar daripada tahanan ISA.
Tidak bebas bergerak
Anak-anak muda di kampus ini tidak bebas bergerak. Walaupun mereka berjaya mendapat sokongan mahasiswa melalui gerak kerja tersusun hingga menguasai Persatuan Mahasiswa Islam dan Persatuan Mahasiswa Universiti, aktiviti mereka ditekan. Antara tindakan pihak berkuasa ialah memindahkan Ustaz Fadzil ke Sabah untuk mengurangkan kesan perjuangannya.
Pada tahun-tahun akhir 1970-an itu, Umno yang di dalamnya tetap bergolak mempunyai cita-cita untuk merampas Kelantan daripada PAS. Seorang pemimpin muda Umno yang bercita-cita tinggi turut ingin membuktikan kewibawaannya dengan projek bagi menawan kembali Kelantan. Umno sebagai rakan kerajaan campuran dalam Barisan Nasional Kelantan yang dipimpin PAS tidak berpuas hati dengan kedudukannya.
Pemimpin muda itu ialah Razaleigh Hamzah yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Umno sedangkan Hussein memberi laluan kepada Mahathir Mohamad. Mengapa kalau Umno percaya kepada kepentingan Melayu dan perpaduannya tidak komited untuk mempertahankan PAS dalam Barisan Nasional? Mereka mencari peluang untuk mendapatkan kembali Kelantan.
Peluang itu terbuka apabila dalam PAS, yang ketika itu sudah selesa berada dalam kerajaan berlaku rebutan kedudukan bagi jawatan Menteri Besar Kelantan.
Peluang inilah yang diambilnya. Mereka menyokong pihak yang menentang pucuk pimpinan PAS. Biasalah dalam politik, memecahkan pihak lawan dengan mengadu-domba. Hussein dan Razaleigh menyokong Mohamad Nasir untuk menentang ketuanya, Asri. Oleh kerana PAS tidak mahu tunduk, Barisan Nasional melalui Umno menendang keluar PAS.
Maka berlakulah kekecohan dalam politik Kelantan tetapi akhirnya setelah semuanya selesai, PAS mendapati dirinya menjadi pembangkang, bukan saja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di Kelantan.
Tetapi yang menjadi Menteri Besar bukannya daripada kalangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pimpinan Mohamad Nasir, parti yang menggantikan PAS dalam Barisan Nasional. Setelah melalui pilihan raya negeri yang didahului dengan darurat, Kelantan berjaya dirampas oleh Umno.
Ketika PAS berada di luar Barisan Nasional, tekanan terhadap gerakan Islam meningkat. Berapa banyak pemimpin PAS yang ditahan ISA sejak parti itu keluar daripada Barisan Nasional? Penyusunan semula terhadap gerakan Islam berlaku selepas PAS ditendang keluar. Ia muncul sebagai wadah gerakan Islam yang utama.
Di bawah pimpinan Allahyarham Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Nor dan Ustaz Hadi Awang, PAS meredah onak dan duri yang ditaburkan oleh Umno.
Tidak semua yang dapat tahan mengharungi kesusahan-kesusahan yang ditanggung oleh PAS sebagai gerakan Islam yang ditekan oleh Umno yang memiliki jentera kerajaan.
Pada tempoh tahun-tahun 80-an, PAS dan Umno masing-masing tetap bergolak. Asri yang keluar PAS untuk memimpin Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada mulanya membawa partinya ke dalam Barisan Nasional akhirnya menyertai Umno itu sendiri.
Tokoh PAS seperti Nakhaie Ahmad dan Suhaimi Said juga menyertai Umno. Pada masa itu, ABIM sudah lama menyokong Umno mengikut jejak Anwar yang berjaya mencapai satu tahap lagi untuk menjadi presiden parti tersebut.
Tetapi di pihak Umno, pergolakan lebih hebat. Ia berpecah dua menjadi Umno Baru dan Semangat 46. Razaleigh yang berjaya merampas Kelantan untuk Umno akhirnya mengembalikan negerinya kepada PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990.
Maka Ustaz Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan. Antara program pertama beliau selepas menjadi ketua kerajaan negeri itu ialah mengunjungi pusara Allahyarham Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah. Ini kerana peristiwa Memali merupakan simbol tekanan yang diterima oleh gerakan Islam negara ini khususnya PAS.
Perjuangan PAS penuh dengan keperitan dan pengorbanan dan matlamatnya bukan untuk membawa pemimpin-pemimpinnya tinggal di banglo-banglo Putrajaya atau memandu Mercedes. PAS adalah gerakan Islam untuk rakyat tertindas dalam perjuangan mencari keredaan Ilahi. (Abu Firdaus )
Sabtu, 25 Julai 2009
Betulkah Memangkah BN di Serawak Hanya Yang Berfikiran Waras Sahaja.
Jumaat, 24 Julai 2009
Hari Ini Di Ipoh Hujan Mulai Turun Sejak Awal Pagi Kerana Ibrahim Ali.
Isnin, 20 Julai 2009
Siapa Sebenarnya Yang Mempolitikkan Isu Teoh Beng Hock.
Timbalan Perdana Menteri berkata isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menyiasat ADUN Pakatan Rakyat berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil rakyat.
![]() |
Berucap semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanjung Karang hari ini, Muhyiddin berkata:
"Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu. Oleh itu, anggota BN perlu mengambil peluang itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN," katanya.
Mayat Teo, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.
Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata adalah penting bagi parti komponen BN untuk memperbaiki diri mereka supaya tidak dilihat lemah kerana berbalah sesama sendiri dan tidak diyakini kemampuan mereka untuk membela nasib kaum yang diwakili mereka.
Oleh itu, kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi untuk memulihkan kembali imej BN, katanya.
Muhyiddin berkata selain daripada isu politik, Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan terutamanya soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan pada 2012.
"Keputusan kerajaan mansuhkan PPSMI ...banyak politik yang sedang berlaku, ramai yang setuju tetapi ada yang tidak setuju. Keputusan kita adalah jelas, kita buat (keputusan) atas kajian yang dijalankan sekian lama," katanya.
Dalam kajian itu, katanya, jelas pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu tidak meningkatkan penguasaan pelajar di dalam Bahasa Inggeris, katanya.
Oleh itu, Muhyiddin berkata beliau berharap ahli Umno akan menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris yang merupakan keputusan terbaik untuk generasi muda di dalam negara tanpa mengira bangsa.(Malaysiakini)
Ulasan Musafirlalu;
Bagaimana dengan skandal PKFZ yang bernilai RM 12 billion, kalau hendak dibandingkan dengan siasatan yang hanya bernilai RM 2,400 sahaja yang telah meragut satu nyawa. Bagaimana dengan skandal banglo Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM 24 juta. Kalau itulah yang dikatakan mempolitikkan isu kematian Teoh Beng Hock, maka Pakatan Rakyat boleh menerima tuduhan beliau. Apakah beliau cuba menyembunyikan kemaluan beliau setelah dimalukan oleh Datuk Chua yang menyertai PKR, yang mana beliau daripada bahagian Bakri, Johor. Setelah tewas dengan cara yang memalukan di Manek Urai dan kemudian dimalukan pula oleh Datuk Chua dengan menyatakan kemasukkan Datuk Chua adalah perkara biasa. Apakah nilai RM 2,400 yang belum tentu berlaku penyelewengannya kalau hendak dibandingkan dengan skandal PKFZ yang terang-terang berlaku penyelewangan kerana daripada RM 2 billion tiba-tiba meloncat ke angka RM 12 billion. Sebenarnya beliau cuba menegak benang yang basah. Baru 100 hari lebih menjadi TPM, sudah membawa berbagai masaalah.
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Saya rasa si Tulang Besi betul-betul seorang yang penuh dengan sifat kebencian terhadap blogger yang tidak sebulu dengannya. Saya anggap tu...
-
Hari Rabu saya pulang ke Terengganu kerana ada masaalah sedikit, tetapi dalam masa itu saya cuba mencari maklumat dari peringkat akar umbi ...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga. BAGAN SERAI - Ketua...
-
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”. Demikian tutur Menteri Besar Ter...
-
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis 1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. ...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...


