Translate

Ahad, 26 Julai 2009

SPRM Jangan Pilih Bulu.

Andainya apa yang ditulis oleh blog T4TBH ( Truth For Teoh Beng Hock ) itu adalah benar, maka SPRM patut mengambil tindakkan apa yang telah dilapurkan oleh T4TBH itu. Andainya Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah terlibat dengan dana peruntukan untuk Dun sebanyak RM 500,000 itu benar maka silalah SPRM jalankan siasatan. Tanpa memilih bulu siapa dia, apa pangkat dia dan setinggi mana kedudukannya.

Tetapi pastikan kes-kes yang lain tetap dijalankan siasatan seperti banglo mewah Khir Toyo  bernilai RM 24 juta, PKZP yang bernilai RM 12 bilion, pelantikan 3 penasihat Zambry D'Pulau yang bertaraf exco. Siasat KJ, siasat Rafidah Aziz, siasat Musa Hasan, siasat Johari Baharom, siasat Adnan Yakoob, siasat Idris Jusoh, siasat projek lebuhraya Timur Barat, siasat Muhyidin Yassin, siasat Rosmah Mansor, siasat Anuaar Musa, siasat Ibrahim Ali, siasat Najib, siasat Samy Veloo, siasat Mat Tyson, siasat anak menantu Arwah Abang Zek, siasat Ali Rustam, siasat Tun Mahathir, kalau nak sebut semua sekali, kena karang satu buku dan yang pasti SPRM tidak cukup kaki tangan.

SPRM jangan jadi barua Umno, pasal hang nak kena jawab kat akhirat nanti. Kome tak takut ke.... atau kome rasa hidup didunia yang fana ini kome rasa lama. Dan hidup selama 80 tahun di dunia ini, kome rasa cukup lama. Sedangkan yang kekal abadi akan tunggu kome di padang Mahsyar nanti, boleh ke kome nak jawab. Di dunia kome bolehlah jawab apa yang kome nak jawab, andainya kome ini seorang yang mempunyai maruah, lebih baik kome letak jawatan dan pergi jumpa sorang-sorang yang kome dok anayai dan memohon keampunan dari Yang Maha Esa, bukannya Maha Thir. Semasa nyawa masih lagi berada di jasad. Rebutlah peluang tersebut dan jangan hanya merebut peluang kenaikan pangkat sahaja. Yang akhirat lagi penting walaupun yang dunia juga perlu.

1 ulasan:

PENA MINANG berkata...

Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa. Terima kasih atas pandangan yang dikemukakan oleh saudara. Saya bersetuju dengan apa yang saudara utarakan, perjuangan kita tetap sama. Cuma jalannya berbeza. Namun begitu ianya bukan penyebab dapat menghalang kita dari terus bersaudara atas nama syahadah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular