Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 22 Ogos 2009

Budaya Ikutan.

Dewasa ini budaya untuk kelihatan cantik tidak lagi tertumpu kepada wanita sahaja, malahan kaum lelaki juga telah cuba-cuba untuk kelihatan cantik.Tidak hairanlah jika kita dapat melihat muka lelaki yang licin bak seperti tilur yang baru dikupas.
Seperkara lagi yang boleh dibanggakan ialah bertindik. Ia telah menular kepada anak muda masa kini. Jika diikutkan budaya bertindik ini hanya diamalkan oleh penganut agama Hindu.
Tetapi anak muda masa kini bertindik hanyalah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kononnya ingin ,mengikut arus moden. Dalam ertikata yang lain mereka takut dikatakan ketinggalan, bak kata orang tidak 'up to date'.
Lebih mencabar lagi bertindik tidak hanya di telinga dan di hidung semata-mata malahan telah menular di pusat, kening, lidah dan dibawah bibir. Kita seolah-olah bangga dengan budaya barat ini dan megah jika berjaya menirukannya.
Kononnya ingin kelihatan cool dengan pemakaian subang di sana sini. Tetapi sebenarnya cara pemakaian subang tersebut sudah menyalahi tuntutan Islam. Contohnya budaya barat pemakaian subang dikalangan lelaki adalah sebagai identiti kepada pengamal budaya homoseksual.
Manakala kita disini meniru bulat-bulat tanpa mengetahui maksudnya. Adakah kita sudah kehabisan budaya untuk diamalkan sehingga terpaksa meniru budaya barat?. Atau budaya Islam sudah tidak 'up to date' dan tidak serasi dengan golongan remaja?.
Berhias untuk kelihatan cantik tidak dilarang didalam Islam. Namun bentuk perhiasan yang digunakan perlulah diambil perhatian agar dia tidak bertentangan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman didalam surah Ar-Rum yang bermaksud :
" Tiada mereka berjalan dimuka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibatnya orang-orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat dari mereka ( ini ) dan mereka itu menggarap tanah ( bertani ) dan memakmurkannya lebih banyak dari apa yang mereka ( ini ) memakmurkannya : Dan telah datang kepada mereka akan rasulnya, dengan ( membawa ) keterangan-keterangan. Maka Allah tiada hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri".
Inilah budaya yang telah Umno lakukan terhadap orang-orang Melayu semata-mata kerana ingin berkuasa. Mereka sanggup melakukan apa sahaja kemungkaran agar cita-cita politik mereka tercapai. Bagi mereka, biar sebanyak mana akhlak anak-anak muda rosak dan kalau boleh mereka akan merosakkannya sampai ketahap maksimun.
Apabila mereka berjaya melakukannya, maka bolehlah mereka mencanangkan agar tidak mengundi PAS. Umno akan pasti mengeluarkan dakyah mereka kepada anak-anak muda tersebut. Dengan menyatakan, sekiranya mereka memangkah atau memenangkan parti PAS maka mereka tidak lagi dibenarkan melakukan perkara-perkara tersebut.
Mereka akan mencanagkan dengan kata-kata........ kamu tidak boleh lagi minum arak......... kamu tidak boleh lagi merempit.......... kamu tidak boleh lagi berdating............. kamu tidak lagi boleh memegang tangan awek kamu.............. kamu tidak lagi boleh melaku maksiat.......... kamu tidak lagi boleh ke disko.......... dan bermacam-macam lagi dakyah mereka.
Inilah yang dikatakan pengkhianat agama yang lebih teruk lagi daripada pengkhianat bangsa. Mereka sanggup mempermain-mainkan agama semata-mata untuk memanjangkan hayat mereka yang hampir kepenghujungan. Mungkin bagi pemimpin Umno, agama itu candu, kerana ia akan menghalang segala perbuatan kotor mereka.
Kerana itulah mereka cukup takut sekiranya anak-anak muda mendekatkan diri mereka dengan agama dan masjid. Jadi jalan yang mereka lakukan ialah dengan menyekat segala bantuan kepada sekolah-sekolah agama. Tidakkah ini yang dikatakan sebagai pengkhianat bangsa Melayu/Islam.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular