Translate

Sabtu, 22 Ogos 2009

Cinta Yang Kekal Abadi

Cinta kepada kecantikkan seseorang, ianya akan menjadi pudar. Cinta kepada kekayaan, ia akan habis dan tidak boleh dibawa mati. Cinta kepada ilmu agama, ia akan menolong kita semasa dialam kubur dan di hari perhitungan di akhirat nanti.

Cita kepada dunia, dunia akan pergi, cinta kepada manusia, manusia akan mati, cinta peda alim ulamak, ilmu yang kita dapat. Kerana itulah kita kena cnta kepada Allah s.w.t. kerana dialah yang kekal abadi..

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta kepada kekasih. Sehinggakan Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Maha Esa yang pada hakikatnya tidak pernah terlintas disanubari.

"Buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan". Tetapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah s.w.t. tetapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab terhadapnya. Apa yang Allah s.w.t. suruh melaksanakan hukum-hukumnya, Umno menakut-nakutkan orang Islam dan bukan Islam dengan menyatakan berbagai ugutan.

Antaranya, sekiranya hukum Hudud dilaksanakan pasti ramai yang akan menjadi kudung kaki dan tangan. Bukan Islam tidak dibenarkan minum arak dan makan babi. Akan habislah batu-batu yang ada kat Malaysia ini kerana akan digunakan untuk merejam. Semua penganut agama lain akan dipaksa memakai tudung.

Si 'ANU' akan dipotong........ disko-disko akan ditutup........ arak akan diharamkan........ kandang-kandang babi akan dimusnahkan........ daging babi akan diharamkan,,,,,,,, orang-orang Cina dan India akan dipaksa masuk Islam dan bermacam-macam ugutan diberikan oleh makluk yang mengaku Islam.

Sebenarnya Umno lah yang paling takut apabila undang-undang Syariah dilaksanakan di Malaysia. Kerana hukum Allah adalah seadil-adil hukum yang ada di dunia ini. Hanya orang yang bersalah sahaja yang takut kepada undang-undang Allah.

Apakah para pemimpin Umno banyak melakukan kesalahan sehinggakan mereka menjadi fobia apabila cadangan PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Sepatutnya, sebagai seorang yang mengaku Islam, merekalah yang sepatutnya lebih kehadapan untuk melaksanakannya.

Kerana merekalah yang sekarang ini memegang tampuk pemerintahan. Kenapa mereka terlalu takut sangat dengan hukum Allah sekiranya mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini tidak, merekalah sebenarnya penentang nombor wahid hukum Allah dan menjunjung tinggi perlembagaan penjajah yang ternyata telah banyak memesongkan akidah umat Islam.

Apabila ditanya tentang hukum Syariah, bermacam-macam alasan yang diberikan dalam mengelak daripada terlaksananya hukum Allah........ maka celakalah Umno, yang mempermain-mainkan hukum Allah.Usahlah diharapkan segala janji-janji Umno yang bertopengkan Islam.Maka benar lah apa yang dikatakan oleh TGNA tentang Umno yang menganut ajaran songsang.

Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lali untuk membuktikan cinta kita kepada yang Maha Esa. Sekadar solat lima waktu yang kadang kala kita abaikan. Apakah itu bukti cinta kita kepada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, atau sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepada yang Maha Esa?

Amalan kita hanyalah ala kadar sahaja, Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi dengan keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadanya.
Tanda-tanda cinta kepada Allah ialah ;
  • Cinta kepada kematian
  • Bermunajat kepada Allah
  • Sentiasa berzikir kepada Allah
  • Berjuang dijalan Allah
  • Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
  • Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
  • Menundukkan nafsu
  • Menjalin kasih sayang sesama makluk
  • Takut berpaling daripada Allah

Apakah semua para pemimpin Umno memiliki semua yang ada diatas? Oleh itu, untuk para pemimpin Umno " tepuk perut tanya selera" atau " tepuk poket tanda duit" atau " tepuk bahu pemandu suruh jalan" atau "tepuk peti besi tengok berapa banyak yang ada" atau " tepuk dahi kenapa kalah".atau " tepuk pipi tanya Rosmah"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular