Translate

Sabtu, 22 Ogos 2009

Umno Dan Segala Pembohongannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyanggah dakwaan Pas bahawa beliau menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau menegaskan, kehadiran pasukan ATM di kawasan itu adalah untuk membantu masyarakat melalui program 'Jiwa Murni' dan bukannya sebagai alat jentera meraih undi.

''Program ini sebenarnya merupakan keperluan semasa rakyat yang memerlukan bantuan ATM melalui kepakaran yang terdapat di dalam Kor Diraja iaitu jurutera, perubatan dan agama.

''Penduduk boleh meminta bantuan ATM pada bila-bila masa kerana program ini berjalan setiap masa jika ada kemahuan dan ia bukannya ada semasa kempen pilihan raya sahaja seperti yang disangkakan Pas,'' tegas beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis penamaan dan perasmian Hospital ATM Tuanku Mizan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ketua Pengarah Operasi Jentera Pas di Permatang Pasir mendakwa dalam laman web HarakahDaily bahawa Ahmad Zahid menggunakan khidmat ATM sebagai bahan kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dakwa Mahfuz lagi, khidmat ketenteraan itu juga sebagai strategi membawa masuk 'pengundi hantu' dan penipuan kertas undi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pembangkang terutamanya Pas perlu menukar mentaliti serta minda mereka daripada asyik mencari kesalahan orang lain.

''Saya minta mereka (Pas) tolong bezakan antara program politik dan kebajikan, adakah ATM tidak boleh memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,'' katanya.

Sebagai contoh, beliau memberitahu, melalui program 'Jiwa Murni' itu, mereka berjaya membantu meringankan masalah perubatan seorang penduduk yang menderita selama 13 tahun kerana kemalangan di tempat kerja.

''Kami berjaya menolongnya mendapatkan bantuan daripada Yayasan Kebajikan Negara bagi menampung kos perubatan bulanannya selain mendapatkan doktor pakar yang sesuai merawatnya.

''Adakah itu juga dipanggil program politik, kenapa mereka tidak boleh hargai bantuan rawatan yang kami berikan kepada rakyat,'' soalnya.

Selain itu, beliau berkata, sebagai Menteri Pertahanan, ia sudah menjadi prosedur kepada ATM mengawal keselamatannya ke mana sahaja beliau pergi.

''Saya tidak minta out-rider (pengiring) untuk mengiringi saya sepanjang tempoh berkempen dan saya langsung tiada berniat gunakan mereka untuk berkempen.

''Sebagai Menteri, keselamatan saya berhak dijaga dan oleh itu, saya harap Pas tolong fikir banyak kali sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu,'' katanya.

Jikalau di atas nama 'Jiwa Murni' untuk program membantu penduduk setempat. Kenapa program tersebut dilakukan dimasa pilihan raya kecil dan kenapa ATM tidak menggunakan lambang sendiri agar rakyat dapat membezakan antara Angkatan Tentera Malaysia denga Barisan Nasonal. Cukuplah dengan loyar buruk kamu tu.............. zahid. Selama ini Umno menuduh PAS menggunakan kanak-kanak untuk kepentingan PAS. Tetapi apa yang belaku diatas tu....... bagaimana pula ......... pakaian pun masih lagi pakaian sekolah......... dik...... upah jangan lupa minta dulu .......... Umno bagi duit baru kerja ............ tak bagi duit jangan kerja ........... kalau tak........... buta-buta kena tipu............ Umno ni kalau bak duit memang tidak boleh dipercayai.......... Kalau kerja tempat lain............. habis kerja baru dapat duit.............. tapi kalau kerja dengan Umno.............. kena minta duit dulu baru kerja............ kalau tidak.......... kantoi. [Ijok_Nat-Umno-water.jpg] Alahai kak Oiiiiii......... dapat air botol free pun bukan main seronok............ ni sorang-sorang berapa RM dapat ........... Kak Oiiiiiiiiii......... pastikan sorang tak kurang RM 1,000 ........... pasal campur dengan ............. ketawa yang menggila............ kalau tak ketawa.............. RM 500 aje. [permatang-pasir_khairy01talk.jpg] Kali ini......... pasti PAS kalah............ pasal banyak sangat.......... selak kerusi baru nampak.......... orang ............ memang pasti Umno-Bn............ akan menang kerusi. Bila tengok-tengok kerusi ini ........ terkenang pula pada tahun 1999 .......... bila Tun Dr. Mahathir buat ceramah ............ kerusi ribu-ribu disusun ........ tapi ............. orangnya............ puluh-puluh aje............. itu pun makan free ........... dan siap dengan duit poket lagi dapat.......... tapi apakan daya............ dapat duit poket......... mereka semua terus ............ cabut lari ............... kesian Mahathir............... kerana kena ceramah pada kerusi. [harussani_zambry2.jpg] Wah........... bukan main erat lagi ............ SS TS Mufti dengan ........... SS DS MB Mahkamah.......... bagai isu dengan kuku ............ Tapi sayang seribu kali saya............. sekali tengok macam intelektual ............ dua kali tengok ............. macam tahi cicak ............ apa tidaknya ............... satu cerah........... satu lagi kurang cerah............ jadi tahi cicak lah.

1 ulasan:

anakpahang berkata...

Salam.

UMNOBN memang busuk

UMNOBN memang pelampau

UMNOBN memang pembohong

UMNOBN memang pembelit

UMNOBN memang pelanun

UMNOBN memang jahat

JAUHI UMNOBN - KITA DAN ANK CUCU KITA AKAN SELAMAT INSYAALLAH!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular