Saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali, exco Selangor tentang rampasan minuman keras yang telah dilakukan terhadap 7 Eleven. Sepatutnya Ronnie Liu menjaga sentimen orang Islam tentang penjualan minuman keras, yang mana pekerjanya pun adalah orang Islam.
Jangan kerana ingin menunjukkan pengaruh kepada MCA , MIC dan Gerakan, maka perasaan orang Islam tidak diambil kira. Kenapa perlu beliau masuk campur tentang apa yang dilakukan oleh MBSA itu. Kerana apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang yang telah di gezatkan di Selangor.
Segala tindakan yang di lakukannya oleh MBSA adalah betul dan jangan jadikan ia seperti apa yang berlaku di Kedah tempoh hari. Kerana hendak menjaga hati segelintir orang maka suara majoriti diketepikan. Dan segala tindakan yang dilakukan adalah betul dan tidak melanggar apa-apa peraturan pun.
Sepatutnya beliau sebagai seorang exco memahami perkara tersebut. Kenapa perlu beliau bertindak seperti seorang samseng dengan tindakannya itu. Apa yang dilakukan oleh MBSA adalah bertetapan dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang selama ini tidak dilakukan oleh kerajaan BN. Sedangkan mereka sendiri yang mengubalkannya tetapi tidak melaksanakan Enakmen tersebut, maka apa yang dilakukan oleh MBSA adalah betul. Jangan terlalu kurang ajar sangat dengan tindakannya itu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Ahmad Lutfi Othman Petang 31 Disember 2011, sewaktu menerima SMS daripada Kassim Muhamad, aktivis Paksi (Seniman Pak...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8. Ketika ini ramai pemimpin Umno cuba mengintai untuk masuk ke lubuk di antara parti-parti yang be...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapa...
-
Ia pembaharu tasawuf dan filsafat dalam Islam. Gagasan dan karya-karya Hujatul Islam ini, menjadi rujukan sampai sekarang. Dalam rak-rak di...
-
Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Ali Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen u...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan