Apabila para pemimpin Umno menyuruh GMI atau Pakatan Rakyat mengadakan demontrasi di stadium, pemimpin Umno mula berlawak. Apakah para pemimpin Umno ini jahil ataupun bodoh dalam membezakan antara jalanan dengan stadium. Apa gunanya demontrasi diadakan di stadium, kalau kat stadium itu tidak di nama demontrasi, itu dinamakan ceramah.
Apa yang dikatakan demontrasi adalah satu perhimpunan jalanan untuk menunjukkan sesuatu protes kepada kerajaan akan sesuatu perkara yang rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan. Maka rakyat melakukan demontrasi untuk menunjukkan kepada dunia akan apa yang telah kerajaan lakukan kepada rakyat.
Dan ceramah pula adalah satu ucapan pemimpin kepada penyokongnya tentang sesuatu isu. Maka itulah perbezaan antara di jalanan dengan di stadium. Apakah pemimpin Umno cuba memperbodohkan rakyat dengan kedangkalan mereka tentang erti jalan dengan stadium dan ceramah dengan demontrasi.
Kalau nak bodoh......... bodoh lah sesama kamu para pemimpin Umno........... jangan dibawa pengikut sekali menjadi bodoh. Dan ada juga tulisan-tulisan sumbang yang menyatakan pemimpin Pakatan Rakyat hanya mengerahkan sahaja tetapi mereka hanya duduk senang lenang kat rumah atau kat pejabat. Apakah penulis-penulis upahan seperti ini tidak melihat akan photo-photo yang dipaparkan.
Apakah mereka menyangka pemimpin Pakatan Rakyat sama dengan para pemimpin Umno-Bn yang sememangnya pengecut untuk bersama-sama merasai gas pemedih mata dan semburan daripada 'water cannon'. Yang pastinya para pemimpin Umno sememangnya pengecut yang hanya berani berucap didada-dada akhbar sahaja dan hanya menyediakan sedikit duit poket dan bas-bas persiaran.
Mereka hanya bersantai dibanglo-banglo mewah mereka dan hanya menunggu laporan-laporan baruanya yang diberi upah lebih sedikit untuk melaporkan apa yang berlaku. Hanya itulah sahaja keberanian yang ada pada para pemimpin Umno. Kalau kenyataan saya ini salah, maka tolong perbetulkan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan