Masalah yang dialami oleh penduduk Kampung Buah Pala adalah kesan yang nyata peninggalan pentadbiran Umno-Bn yang terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Bagaimana tanah tersebut boleh terlepas kepada koperasi, kalau tidak kerana sikap korup pemimpin Umno-Bn. Sememangnya Umno-Bn sentiasa meninggal kan masalah pentadbiran kerajaan negeri.
Inilah dia parti yang dikatakan bijak memerintah, tetapi apabila kerajaan Umno-Bn tumbang barulah rakyat tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno-Bn. Sebagaimana apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, banyak dokumen-dokumen telah di musnah kan untuk menutup segala perbuatan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Umno-Bn.
Banyak perkara-perkara yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat telah terdedah. Bagaimana Umno-Bn telah menggunakan dana dan sumbangan telah digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Seperti isu Balkis, kenderaan mewah milik anak syarikat milik kerajaan negeri untuk kegunaan keluarga.
Banglo mewah, walaupun hanya baru dua penggal memegang jawatan MB. Begitu juga dengan kerajaan Terengganu yang kaya dengan minyak. Apabila PAS berjaya menawan Terengganu, barulah rakyat tahu yang kerajaan negeri ada mempunyai hutang sebanyak RM 600 juta. Rakyat Terengganu dan saya sendiri sebagai anak Terengganu pun hairan bagaimana kerajaan negeri boleh mempunyai hutang sebanyak itu.
Sedangkan duit royalti minyak yang banyak ke mana perginya kalau hendak di bandingkan pembangunan yang dilakukan di negeri Terengganu. Pembangunan tidaklah sehebat mana, kalau tidak pergi ke poket kroni-kroni dan anak-beranak. Sepatutnya dengan duit royalti minyak tersebut tidak berlaku kemiskinan di negeri Terengganu. tetapi Terengganu termasuk yang tertinggi dari segi paras kemiskinan di Malaysia.
Itulah corak dan cara pemimpin Umno-Bn memerintah yang mana dengan slogan One Malaysia : Rakyat didahulukan dan matlamat diutamakan menjadi One BN : Anak-beranak didahulukan dan kekayaan diutamakan.... Syabas Umno-Bn , kerana jasa-jasa dan masalah-masalah yang di tinggalkan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan