Translate

Selasa, 4 Ogos 2009

Pasaraya Mydin Kerugian RM 300,000.

Kalau hendak menipu biar kena pada caranya apabila pasaraya Mydin menyatakan mengalami kerugian RM 300,000. Maka kita belajar ilmu kira-kira sikit hari ini. Satu hari untungnya RM 300,000 x 365 hari, maka keuntungan tahunan Mydin ialah RM 109.5 juta satu tahun.

Memandangkan pasaraya Mydin mempunyai banyak cawangan diseluruh Malaysia, katakan pasaraya Mydin ada 20 cawangan dan kita letakkan keuntungannya RM 80 juta setahun bagi satu cawangan dan dikali dengan 20 maka keuntungan pasaraya Mydin yang  terkumpul bagi keseluruhannya di Malaysia ialah RM 1.6 bilion.

Maka kita lihatlah betapa beruntungnya pasaraya Mydin dan syarikat pasaraya Mydin boleh digolongi sebagai syarikat koglomerat yang bertaraf dunia. Bolehkah LHDN dapat menyemak kembali akaun pasaraya Mydin yang mungkin berlaku penipuan dalam penyatanya dari mengelak bayaran cukai yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM  500 juta setahun. Tetapi yang menjadi tanda tanya buat saya yang tidak pandai ini, tiadapun pemilik pasaraya Mydin tersenarai antara 20 orang yang terkaya di Malaysia.

Apakah peniaga-peniaga yang mengaku mengalami kerugian itu bercakap benar atau pun tidak. Kerana ada akhbar yang melaporkan kerugian mencecah RM 100 juta dan ada yang melaporkan kerugian RM 200 juta. Lihatlah penipuan-penipuan yang dilakukan oleh media arus perdana yang menjadi pengampu nombor wahid itu.

 
Kita pun tumpang simpati tentang kerugian yang dialami oleh perniaga-perniaga tersebut. Tetapi jangan salahkan penyokong Gerakan Mansuhkan I.S.A. itu semata-mata. Kesalahan itu sepatutnya diletakkan dibahu kerajaan kerana tidak memberikan permit atau pun tempat untuk penyokong GMI.

Dan perniaga pun tahu apa yang yang akan berlaku, kerana itulah mereka menutup perniagaan mereka pada 1 Ogos yang lalu. Mereka tahu apa yang akan pihak polis lakukan kepada penyokong demontrasi tersebut. Mereka tahu walau pun demontrasi tersebut dilakukan dengan aman, pasti polis akan bertindak dengan ganas kerana sudah banyak kali mereka mengalaminya dan ada juga perniaga yang berniaga pun ditangkap dengan kasar oleh pihak polis.


Andainya pihak polis tidak melakukan provokasi, pasti mereka akan membuka perniagaan mereka. Kerana mereka tahu yang mereka akan membuat keuntungan dengan kedatangan penyokong-penyokong GMI.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular