Sebagai seorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku sebagai seorang muslim, saya dengan keras dan telah menolak hukum rimba I.S.A. Bagaimana saya hendak menerima hukum yang bertentangan dengan normal-normal kehidupan sebagai makhluk Allah s.w.t. Apakah halal di sisi Allah akan akta ISA yang zalim tersebut.
Berpandukan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 4 yang bermaksud dengan firmannya "Orang-orang yang menuduh perempuan suci (dengan berzina), kemudian mereka tiada mengemukakan empat orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu delapan puluh kali dan jangan kamu terima kesaksiannya selama-lamanya, kerana mereka orang yang fasik".
Apakah tahanan ISA didakwa apakah kesalahan mereka dengan memenjarakan mereka tanpa mengemukakan apa-apa bukti dan juga sesaksian mereka. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka dakwa lah mereka di mahkamah dengan 4 orang saksi tentang apa kesalahan mereka. Apakah mereka di dakwa di mahkamah tentang kesalahan mereka. Kenapa memenjarakan mereka tanpa mengemukakan apa-apa bukti. Tidak ini bertentangan dengan firman Allah didalam surah An-Nur itu.
Didalam surah An-Nur ayat 15, yang berkaitan dengan tuduhan terhadap isteri Rasulullah s.a.w. (Aisyah) , Allah berfirman," Ketika kamu ceritakan dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu sesuatu yang tak ada pengetahuan kamu tentang kebenarannya dan kamu kira hal itu tidak berdosa, pada hal disisi Allah (dosa) besar".
Seperti mana tuduhan yang kerajaan lempar kan tuduhan terhadap tahanan ISA untuk menghalalkan tindakan mereka memenjarakan tertuduh tanpa mengemukakan apa-apa bukti. Allah telah menghukum mereka dengan dosa yang besar disisinya. Tidakkah Allah Maha Mengetahui apa yang ada dihati-hati mereka akan kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap tahanan ISA.
Didalam surah An-Nur ayat 19, Allah berfirman," Sesungguhnya orang-orang yang suka menyiarkan kejahatan pada orang-orang yang beriman, untuk mereka itu siksa yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahui dan kamu tiada mengetahuinya".
Sepertimana pihak kerajaan melakukan kepada tahanan ISA adalah sama seperti yang Allah s.w.t. maksudkan didalam surah An-Nur ayat 19. Betapa mereka memenjarakankan dan menghebohkan tentang perbuatan yang tiada mereka mempunyai bukti untuk menuduh mereka maka kerajaan telah men ISA kan mereka. Semoga tangan-tangan orang yang memenjara dan menyeksa tahanan ISA akan dibelenggu dengan gelang-gelang daripada neraka.
Apakah pihak kerajaan dan polis dapat menjawab akan segala yang telah mereka lakukan terhadap tahanan yang mereka sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya kesalahan mereka. Apa kerajaan dan pihak polis tidak ada perasaan gerun dengan amaran-amaran yang Allah telah berikan kepada penzalim. Apakah cukup dengan menyatakan ia adalah arahan dari pihak atasan.
Bagi saya orang-orang seperti ini tiada cahaya Islam dihati-hati mereka, kerana mereka merasakan yang mereka betul-betul berkuasa maka mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan apa yang akan mereka jawab di hadapan Allah s.w.t. di padang masyhar nanti.
Mungkin bagi mereka, tiada akan ada kehidupan selepas kematian, tiada syurga dan neraka, tiada pengadilan selepas kematian. Sekiranya mereka mempunyai nur Islam dihati mereka, pasti mereka akan menolak ataupun meletakkan jawatan daripada menerima arahan dari pihak atasan. Kerana itulah bagi saya untuk penguasa-penguasa dan pihak berkuasa(polis), kamu dengan agamamu dan aku dengan agamaku.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 4 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Saya rasa si Tulang Besi betul-betul seorang yang penuh dengan sifat kebencian terhadap blogger yang tidak sebulu dengannya. Saya anggap tu...
-
Hari Rabu saya pulang ke Terengganu kerana ada masaalah sedikit, tetapi dalam masa itu saya cuba mencari maklumat dari peringkat akar umbi ...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga. BAGAN SERAI - Ketua...
-
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”. Demikian tutur Menteri Besar Ter...
-
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis 1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. ...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan