Dua tiga hari sekali saya akan pergi melihat kerja-kerja yang telah dilakukan dan memberi penerangan kepada pekerja saya tentang apa yang perlu mereka lakukan. Dan pada satu masa, pekerja saya memberitahu saya pemilik rumah sebelah yang didiami oleh sepasang suami isteri itu ingin berjumpa dengan saya.
Sebelum itu mereka menyangkakan kontraktor yang melakukan kerja-kerja baik pulih tersebut adalah milik kontraktor Cina. Kerana menurut beliau bangsa Melayu kurang dalam bidang kontraktor yang sememangnya dimonopoli oleh bangsa Cina. Beliau ingin berjumpa dengan saya kerana hendak berbincang tentang harga untuk membaik pulih rumah beliau.
Maka kami pun berbincang tentang harga untuk melakukan kerja-kerja baik pulih rumah beliau. Bila sudah mengenalinya, maka beliau telah menceritakan tentang kerjaya beliau sekarang sebagai penceramah tetap diseluruh negeri Perak selepas bersara sebagai pendidik. Dan beliau berasal daripada Teluk Intan, dalam masa 2 minggu sekali beliau akan datang ke Ipoh untuk mengajar agama.
Beliau akan tinggal dirumahnya selama 1-2 hari dan jadualnya boleh dikatakan cukup ketat memandangkan beliau mengajar diseluruh negeri Perak. Saya masih lagi tidak mengenali beliau secara dekat sehinggalah beliau menghadiahkan saya beberapa buah buku yang ditulis oleh beliau sendiri yang bertajuk "Pensejarahan : Parti Islam SeMalaysia [PAS] : Menyanggah Pembohongan Umno".
Selepas itu baru saya mengenali beliau ialah Ustaz Haji Mohd. Fakhruddin bin Dato Haji Ahmad Ghazali. Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Gajah, Perak. Beliau merupakan bekas Pegawai Pendidikan Siswazah ( Guru Pakar Pendidikan Islam. Beliau telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 32 tahun. Dan bersara dari perkhidmatan kerajaan pada tahun 2002.
Kini beliau merupakan penceramah bebas dan seorang ahli politik sepenuh masa. Beliau berpengalaman luas dalam perjuangan politik Islam khususnya dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau secara rasmi menganggotai PAS pada tahun 1978.
Pernah memegang beberapa jawatan salam PAS. Antaranya ialah Ketua Pemuda PAS Perak (1983-1987), Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak (1987-1991 / 1993-1995), YDP PAs Kawasan Parit (1991-1995), Ahli Jawatan kuasa Kerja PAS Pusat (1991-1997) dan YDP PAS Kawasan Teluk Intan (2003).
Mengikut maklumat-maklumat yang saya terima selepas bertanya kepada beberapa sahabat, beliau adalah diantara calon yang paling disenangi oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS nageri Perak. Tetapi tidak kesampaian kerana Almarhum meninggalkan kita semua dalam keadaan kita masih memerlukannya. Apakan daya, Allah s.w.t. telah menjemputnya dahulu........ Alfatihah.
Beliau adalah seorang yang amat mesra dan suka menghormati tetamu. Sentiasa tersenyum dan seorang yang tidak kedekut ilmu. Inilah yang dikatakan pemimpin yang berilmu dalam berhujah. Itulah yang membezakan antara kita dengan beliau yang berhujah menggunakan akal bukannya nafsu.
Bila saya berada didalam kalangan orang yang berilmu, saya merasakan betapa kerdil dan jahilnya saya untuk dibandingkan dengan mereka. Betapa ceteknya ilmu yang ada pada diri saya, bak kata ahli ilmuan," semakin banyak kita belajar....... semakin banyak ilmu yang kita akan dapat, lagi banyak kita belajar....... lagi banyak ilmu kita dapat, dan lagi tinggi kita belajar....... lagi banyak kita tidak tahu.
Renung-renung............. dan fikir-fikirlah kita bersama............ kerana betapa luasnya ilmu yang ada..... sebagaimana, seandainya tujuh lautan digunakan sebagai dakwat untuk menafsirkan makna surah Al-Fatihah...... maka tiada cukup untuk menulisnya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 9 Ogos 2009
Pengalaman Saya Di Pasir Puteh, Ipoh.
Semasa saya melakukan kerja-kerja baik pulih sebuah rumah di Pasir Puteh. Kebetulannya disebelah rumah yang saya baik pulih itu didiami oleh sepasang suami isteri yang saya tidak kenali. Saya bukannya selalu ada disitu kerana kerja-kerja tersebut telah dilakukan oleh pekerja-pekerja saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Pada tahun 2007, selepas ditangkap kerana dipercayai menjadi dalang pelacuran untuk tetamu di Alp, Perancis, ia mengundurkan diri dibawah te...
-
Gerakan 'Malaysian for Beng Hock' hari ini mengeluarkan gambar-gambar untuk membuktikan bahawa salah seorang anggotanya telah dikasa...
-
Sememangnya isu arak telah banyak ditulis oleh para blogger setelah isu ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Apa yang saya tulis...
-
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini : 1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang ...
-
1 .45 pm : Sekali lagi pergaduhan hampir berlaku antara sukarelawan India dari Pakatan Rakyat dengan petugas India BN ekoran berebut membe...
-
Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur’an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahwa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari ...
-
2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu...
-
Satu perkara yang perlu disokong apabila Tuan Guru Nik Aziz mengajak Umno berdebat, bukan muzakarah ataupun muqabalah. Adalah satu perkara y...
-
Nabi Daud adalah salah seorang Nabi Allah yang amalan salat dan puasanya sangat disukai Allah, sehingga karena kehebatannya inilah Nabi Muh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan