PAS adalah merupakan parti politik tertua di Malaysia, jikalau mengikut kepada apa yang tertulis diatas kertas. Kerana Umno yang ada sekarang ini adalah Umno baru setelah Umno lama telah dibubarkan. Ini adalah kerana krisis dalaman yang membawa kepada pengharamannya oleh Mahkamah. Setelah 2-3 orang daripada Team B dibawah pimpinan Ku Li membawanyanya ke Mahkamah.
PAS telah memainkan peranan yang berkesan sebagai pembangkang, walaupun PAS mengalami jatuh bangun dalam arena politik Malaysia. Jasa-jasa PAS tidak boleh diketepikan sebagai pembangkang yang banyak memberi kesedaran kepada Umno.Bn. Hatta semasa era PAS berada didalam Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.
Kerana itulah pembangkang yang kuat amat diperlukan dalam mengimbangi majoriti Umno-Bn didalam parlimen. Jika tidak Umno-Bn akan memerintah sesuka hati mereka. Ini boleh dilihat dengan apa yang telah dilakukan oleh Umno-Bn di parlimen. Malaysia telah mencatat sejarah sebagai sebuah negara yang paling banyak meminda perlembagaannya.
PAS sebagai sebuah parti politik yang paling lembut dan mempunyai semangat setia kawan. PAS sentiasa membuka pintunya untuk mana-mana pemimpin menggunakan pentasnya untuk berkempen. Tun Dr. Mahathir pernah menggunakan pentas PAS semasa beliau dipecat daripada Umno oleh Tunku Abdul Rahman.
Tetapi PAS sentiasa dikhianati dan dikhianati, kerana itulah Tuan Guru Nik Aziz menentang kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Tuan Guru Haji Hadi. Kerana sebagai orang lama didalam PAS, TGNA telah merasai akan pahit maung dan sepak terajang politik Umno.
Kerana itulah saya menyokong penuh agar kelab penyokong PAS dijadikan sebuah dewan dan juga ia perlu disegerakan. Ini mengikut kepada perkembangan politik semasa yang berlaku sekarang. Kerana PAS sememangnya memerlukan sokongan daripada kaum-kaum lain jika ingin memerintah Malaysia.
PAS bukannya baru dalam menghadapi Umno-Bn secara bersendirian, yang mana segala kekuatan jentera kerajaan telah dikerahkan untuk menyerang PAS. Umno-Bn sebenarnya tidak mempunyai jenteranya sendiri kerana itu Umno-Bn memperkudakan jentera kerajaan.
Dan didalam banyak-banyak pakatan yang pernah PAS bergabung, Pakatan Rakyat adalah yang terbaik setakat ini dalam menghadapi Umno-Bn. Cuma apa yang diperlukan ialah memperkukuhkan lagi ikatan yang masih longgar itu.
Kerana masing-masing mempunyai ideologi yang berbeza, perselisihan faham sememangnya tidak dapat dielakkan. Mungkin juga kerana Pakatan Rakyat masih lagi baru berusia 17 bulan. Maka dewan penyokong PAS adalah penting dalam membawa PAS lebih kehadapan.
Kita pun bukannya mempunyai masa yang lama dalam menghadapi PRU 13 yang hanya tinggal lagi 3 tahun, pejam celek pejam celek dah 17 bulan. Kerana itulah Umno-Bn telah mula mengatur strategi dengan cadangannya meminda akta laknatullah ISA itu.
Dan yang terbaru, dengan memberi saham-saham percuma kepada golongan siswa. Tidak lupa juga dengan para blogger Pakatan Rakyat yang ada kala kita berselisih pendapat dala sesuatu isu tetapi matlamatnya adalah sama, iaitu untuk menumbangkan kerajaan Umno-Bn.
Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia memindahkan kerusi yang DS Najib duduki sekarang di parlimen kepada kerusi pembangkang. Kita bagi mereka rasa sedikit bagaimana menjadi pembangkang di parlimen. Kalah atau menang itu adalah pokoknya dan usaha yang bersungguh-sungguh adalah akarnya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 9 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan