Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 13 September 2009

Apa Bila Adun Lompat Parti..........

Sejak kebelakangan ini banyak kedengaran ugutan Adun untuk melompat parti, mungkin ia satu ugutan politik terhadap parti sendiri.Politik lompat ini adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah, walau dari mana datangnya adun tersebut.
 Baik daripada Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat.......... bagi pandangan peripadi saya, orang-orang seperti ini tidak patut diterima sama sekali. Mereka menang atas tiket parti, bukannya kerana individu tersebut mempunyai pengaruh yang besar.
Di Malaysia Timur ini, tidak ramai yang bertanding diatas tiket bebas boleh menang.Hanya beberapa kerat sahaja calon bebas yang menang kerana pengaruh peribadinya. Seperti Dun Klang, Parlimen Bukit Bintang, Parlimen Johor Bahru dan Bukit Selambau, yang lain semua hilang wang pertaruhan.
Jika mereka melompat dalam keadaan tidak menjadi wakil rakyat, itu boleh diterima dan dialu-alukan. Mereka yang melompat  parti adalah pengkhianat yang telah menidakkan amanah yang diberikan, kerana mereka menang diatas nama parti. Lebih baik merka meletak jawatan sebagai wakil rakyat dahulu baru mereka keluar parti.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular