Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 12 September 2009

Najib vs Muhyiddin : Umno Mula Bergolak.......

Satu persoalan telah terjawab apabila MT Umno mungkin akan membenarkan lebih ramai ahli Umno dapat membuat pilihan untuk jawatan didalam perhimpunan Umno. Perkara yang telah lama ditunggu oleh Ku Li tentang peratusan sokongan untuk bertanding jawatan tertinggi di dalam Umno, kononnya diatas alasan untuk mengekang rasuah politik yang sudah menjadi barah dalam politik Umno.

Semua sudah sedia maklum apa yang berlaku antara presiden dan timbalannya yang sekarang ini sedang membina kekuatan untuk menyaingi satu sama lain. Maka sekarang telah timbul proksi Najib dan Muhyiddin dalam membina pengaruh masing.

Muhyiddin sedang cuba untuk mengambil hati Umno Terengganu dalam usaha beliau untuk menjadi orang tengah. Tetapi nampaknya usaha beliau telah menjerat dirinya sendiri dengan ketidak hadiran adun yang berbalah yakni daripada kem Idris Jusoh. Apakah beliau cuba memalukan Hishamuddin yang memegang jawatan pengerusi Umno Terengganu.

Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan antara presiden dan timbalannya, selepas Najib ke Manek Urai untuk melaksanakan janji Muhyiddin yang tidak tertunai itu. Apabila Muhyiddin cuba mencampuri urusan Hishamuddin di Terengganu, beliau telah dimalukan oleh kem Idris Jusoh. Umum mengetahui hubungan kekeluargaan diantara Najib dengan Hishamuddin.

Mungkin Muhyiddin merasakan yang beliau terlalu jauh untuk menduduki jawatan nombor satu, maka beliau perlu bertindak daripada sekarang. Jadi, siapakah pemimpin tertinggi Umno yang Muhyiddin rasakan untuk menjadi proksi beliau. Walau pun beliau berasal dari Johor, tetapi ia bukan tempatnya kerana beliau sememangnya tidak sebulu dengan Ghani.

Mungkin jalan terbaik ialah berjinak-jinak dengan kem Ku Li dan juga saki baki orang-orang Mahathir, walau pun kedua tokoh ini sudah meniti senja tetapi mereka masih lagi memiliki pengaruh tersendiri. Sekarang jalan keluar sudah terbuka dengan memansuhkan kouta pemilihan.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular