Translate

Jumaat, 11 September 2009

Apa Dah Jadi Dengan Saudara Kita Seorang ini......... Lapar Kerana Puasa Ke......

Saya ada baca didalam blog-blog yang menegur sikap MP Kulim ini, untuk lebih memahaminya maka saya telah membaca sendiri apa yang beliau tuliskan. Bila membaca tulisan  beliau tentang Pak Janggut, ianya lebih kepada mempunyai agenda sendiri. Amat malang kenyataan-kenyataan ini boleh keluar daripada seorang peguam sye'er.
 Apabila beliau merujuk isu lembu dengan menggunakan hujah dari Surah Al-Baqarah, saya raca beliau patut melihat kepada surah yang betul-betul seperti firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisaa ayat 136 yang bermaksud :
" Hai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah dan rasulNya dan Kitab yang diturunkan kepada rasulNya ( Muhammad ) dan Kitab yang di turunkan sebelum itu. Barang siapa yang kafir ( ingkar ) akan Allah, malaikatNya, Kitab-KitabNya, rasul-rasulNya dan hari yang kemudian, maka sesungguhnya telah sesat ia dengan kesesatan yang jauh".
Tidakkah ayat tersebut mengajar kita tentang beriman kepada Allah s.w.t, para Malaikat, para Rasul-Rasul, dan hari-hari yang kemudian (kiamat).. Apakah beliau menuduh pemimpin PAS mempermainkan ayat-ayat Allah s.w.t. untuk kepentingan politik PAS.
Apakah beliau betul-betul memahami apa maksud ayat 136 didalam Surah An-Nisaa itu, sebelum membuat apa kenyataan dalam memperlekehkan orang-orang yang beliau maksudkan itu. Atau pun beliau tinggal didalam tempuran dalam dua tiga minggu ini, sehingga beliau tidak mendapat berita-berita yang betul tentang apa yang berlaku.
Bagaimana keadaan kawasan Parlimen beliau sekarang ini?. Sihatkah orang Kulim sekarang ini?. Bagaimana Pak Long, Mak Long, Pak Ngah Mak Ngah, Raju, Ravi, Subra, Ah Chong, Ah Seng dan Ah meng yang telah memberi undi kepada beliau yang membolehkan beliau menjawat Ahli Parlimen.
Terbelakah nasib mereka sekarang ini? Sudah selesaikah masaalah-masaalah yang berlaku di Kulim. Dengar cerita pusat khidmat Tok Wakil telah tutup. Dengar cerita sekarang ini Y.B. banyak  menghabiskan masa  kat K.L daripada kawasan Kulin. Sudahkah tunaikan segala janji-janji pilihanraya yang lepas?
Tidakkah segala tindakkan beliau bertetapan denga ayat diatas, sebagaimana Allah s.w.t. telah meletak rukun Iman didalam Islam  agar kita mengamalkannya dengan hati yang penuh dengan keimanan. Ini bermakna Allah sw.t. menyuruh kita beriman dan amanah. Andainya tidak sanggup menanggung amanah, lepas sahaja jawatan MP yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat.
Apakah beliau tersilap tafsir atau pun tersilap kerana tidak merujuk akan surah Al-An'aam, dan menuduh Pak Jangguk (PAS ) memutar belit ayat-ayat Al-Quran. Jangan menuduh tanpa usul teriksa, yang sepatutnya beliau lebih arif tentangnya.Tidakkah Allah sw.t. berfirman didalam surah Al-An'aam ayat 108 yang bermaksud :
" Jangan kamu cerca ( berhala-berhala ) yang mereka sembah, selain dari Allah, nanti mereka mencerca Allah pula dengan aniaya, tanpa ilmu pengetahuan. Demiakianlah Kami hiaskan bagi tiap umat amal perbuatannya, kemudian tempat kembali mereka kepada Tuhannya, lalu Allah mengabarkan kepada mereka apa-apa yang telah mereka perbuat ".
Apakah ayat-ayat ini telah diputar belit oleh pemimpin PAS, ataupun beliau telah menjadi parti Islam Umno. Yang menghairankan saya, apa kena mengena dengan penyembihan lembu dengan mengarakkan kepala lembu. Bukankah ia tiada mengena dengan apa yang beliau huraikan tentang isu kepala lembu.
Tidakkah beliau yang memutar belitkan isu tentang isu kuil yang berlaku di Syeksen 23, atau pun beliau tidak cukup mengaji tentang sejarah semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umur r.a.Memang kita disuruh berlaku 'adil' dalam menjaga kebajikan mereka. Mereka mempertahankan hak mereka yang telah lama berada disitu sebelum wujud lagi perumahan tersebut.
Tentan azan, beliau hanya mendengar dari akhbar arus perdana yang sentiasa memutar belit kenyataan. Betulkah mereka menghina azan 5 kali sehari itu. Apa yang saya tahu, mereka menyatakan semasa belaku kekecohan yang berlaku semasa sesi dailog tersebut, mereka kata kalau kira hendak komplen, tentu mereka telah menyuarakan tentang azan. Tetapi........ mereka tidak mempertikaikannya kerana mereka menghormatinya.
Sebenarnya Y.B. Kulim sudah banyak berubah, yang mana kenyataan-kenyataannya banyak mendengar dari sebelah pihak sahaja. Amat malang bagi saya........... kerana beliau seorang peguam, tetapi dari kenyataan yang beliau keluarkan iru tidak mencermin sikap seorang peguam.
Pemimpin datang dan pergi, rakyat tetap kekal tinggal. Menegur itu satu perkara yang mulia............ menegurlah berpandukan kepada sumber yang benar. Oleh kerana beliau menunjukkan simpati beliau kepada 12 yang didakwa............ kenapa beliau tidak menawarkan dirinya untuk mewakili mereka, jika perbuatan mereka itu dipandang mulia oleh MP Kulim.............. tidakkah itu satu sikap yang mulia mempertahankan orang-orang yang dikatakan membela Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular