Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Menyambut Aidul Fitri

Ramadhan Mula melabuhkan tirainya setelah sebulan berpuasa kita mula merayakan hari kemenangan selepas menahan lapar dan dahaga. Syawal mula menjelma untuk menutup tirai bulan Ramadhan, bulan yang diberkati dan bulan untuk umat Muhammad.


Dibulan Ramadhan segala syaitan telah dibelenggu tetapi nafsu tetap terlepas untuk menguji keimanan kita. Ada orang berkata, kenapa di bulan Ramadhan masih berlaku maksiat sedangkan para-para syaitan telah dibelenggu untuk menghasut umat manusia.


Mengikut cerita yang disanadkan, Iblis adalah makluk yang paling alim sebelum Allah s.w.t. menciptakan Adam. Apabila Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. daripada tanah, maka Iblis menjadi sombong setelah Allah menyuruh para Malaikat tunduk kepada Nabi Adam a.s. Seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :


"( Ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi ( Adam ). Maka jawab mereka itu : Adakah patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpaskan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui ".


Para Malaikat adalah makhluk yang taat dan patuh  menurut perintah Allah s.w.t. Mereka disuruh Allah tunduk kepada Nabi Adam a.s., lalu mereka tunduk. Tetapi Iblis adalah makhluk yang ingkar dan derhaka kepada Allah s.w.t. dan tidak mahu menurut perintahnya.


Jika kita mengatakan bahawa iblis dan syaitan yang menghasut dan memesongkan kita, tetapi siapa pula yang menghasut iblis? Kerana itulah kita disuruh berpuasa dengan lapar dan dahaga kerana itulah yang dapat melemahkan nafsu. Kerana nafsu tidak dibelenggu dibulan Ramadhan.


Maka bolehkah kita mengatakan yang kita telah mencapai kemenangan dalam masa yang sama nafsu serakah masih lagi terikat pada diri kita. Sebagaimana cara kita berbuka puasa dengan nafsu makan kita maka meja sebesar mana pun akan dipenuhi dengan makanan.


Pada masa hampir menyambut raya, nafsu membeli pula memenuhi selera kita dengan membaharukan yang lama. Sedangkan yang lama pun masih lagi elok untuk digunakan, konon untuk menunjukkan kemenangan berpuasa.


Ingatkan berpuasa boleh memberi bimbingan kepada kita agar bersederhana dalam kehidupan. Rupa-rupanya semakin teruk kita dibuatnya, semuanya nak. Maka disinilah kita patut bermuhasabah pada diri kita, apakah kita betul-betul menghayati apa yang tersurat dan tersirat di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular