Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 23 Februari 2011

UPM Buat Lawak...... Pentadbiran UPM kata kesilapan kecil !!!

Pihak pentadbiran UPM kata kesilapan kecil telah berlaku sehingga menarik balik pembatalan 11 kerusi yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa. Jika kita hendak melihat bagaimana sistem pilihan raya di negara ini, lihatlah bagaimana mereka menanganinya di Universiti.

Sekecil mana kesilapan yang mereka katakan itu jika 11 kerusi dibatalkan kemenangannya. Bukan satu, bukan dua tetapi sebelas kerusi dengan alasan yang tidak manasabah, walau pun keputusan tersebut telah ditarik balik. Baca dibawah....

Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil 

NONEPagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.(MK)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular