Translate

Jumaat, 18 September 2009

Noordin Mat Top....... Hari Ini adalah Hari Quds Sedunia.

Apabila memperkatakan tentang Noordin Mat Top dan juga Dr. Azhari iaitu penjenayah, pengganas atau hero. Apapun kita patut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua tokoh tersebut walau apa pun anggapan masyarakat terhadap mereka. Sebagai umat Islam, kita patut menunjukan simpati kita terhadap keluarga mereka.


Apa yang kita patut renungkan ialah kenapa mereka bertindak diluar batas sebagai seorang yang menganut ajaran Islam. Kenapa mereka menzahirkan perjuangan mereka melalui keganasan yang mana banyak kematian melibatkan umat Islam juga.


Adakah perjuangan mereka betul-betul mewakili rakyat marhaen yang serba daif. Sepatutnya kita dan kerajaan patut memikirkan kenapa dan siapa yang sebenarnya yang melahirkan mereka yang berjuang secara kekerasab dan keganasan.


Apakah tiada lagi jalan yang terbaik untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kuasa penjajah. Sebagaimana yang berlaku terhadap rakyat Palestin yang terjajah dibumi sendiri tanpa mendapat pertolongan daripada negara umat Islam yang mengelilinginya. Malah negara umat Islam sendiri membuatkan sekatan terhadap rakyat Palestin.


Tidakkah amat malang buat umat Islam apabila melihat saudara seagama dilayan sebegitu rupa. Jangankan hendak membantu, malah mereka disekat daripada menerima bantuan daripada saudara mereka dari seluruh dunia. Yang menyekat bantuan daripada disalurkan kepada mereka ialah negara yang sama agama dengan mereka.


Tidakkah mereka dikhianati oleh saudara mereka sendiri yang mengaku Muslim tetapi dalam masa yang sama mereka bersekongkol dengan rejim Zionis. Tidakkah kita sebagai saudara tidak terasa dengan keperitan saudara kita di Palestin.

Maka bertetapanlah hari ini dipanggil hari Quds, selagi bumi Palestin tidak dibebaskan oleh umat Islam daripada rejim Zionis. Bilakah akan lahir seorang lagi Salahuddin Al-Ayubi untuk membebaskan tempat ketiga paling suci buat umat Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular