Translate

Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang : Syabas Buat Pendokong Pakatan Rakyat Dan Untuk Jerung......

Tahniah Umno-Bn diatas kemenangan besar tersebut yang mana mandat telah diberikan oleh penduduk Bagan Pinang. Menang dan kalah adalah adat bertanding, dan bersyukurlah apa yang kita dapat.

Apa yang saya coretkan disini ialah, kenapa jerung yang begitu besar telak dilepaskan dilautan tertapi diambil semula untuk dibelai.

Oleh kerana pengundi Bagan Pinang telah membuat keputusan, maka diharap jerung tersebut tidak akan memakan ikan-ikan kecil.

Jerung tetap akan menjadi jerung dan tidak sesekali menjadi ikan parang, Dan seleranya jua adalah besar sebagai mana yang berlaku.

Oleh kerana kita sudah memilihnya maka kita sendiri akan menanggung segala perbuatannya yang akan datang,

Inilah yang mengusarkan Mohd Hasaan dan Khairy, tidak terkecuali Dr. Mahathir kerana beliau adalah penentang kuat jerung tersebut.

Tetapi ada juga kebenarannya untuk masa depan politik Umno tang beliau sayangi itu. Sekarang orang akan kata Umno adalah parti untuk perasuah.

Yang pasti jerung pasti akan melibas teruk musuh-musuhnya yang dikatakan cuba menlenyapkan kerier politik beliau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular