Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 31 Oktober 2009

Molek Sangatlah Mu Brahim Masuk Umno......

PANDANGAN sesetengah pihak yang mahukan Datuk Ibrahim Ali kembali ke dalam Umno telah menimbulkan pendapat yang berbelah bahagi di kalangan Umno baik di peringkat nasional, negeri dan juga Umno Pasir Mas sendiri.


Ada yang merasakan ‘kepulangan’ Ibrahim wajar kerana beliau dikatakan dapat memperkuatkan kedudukan parti dan memberi ancaman baru kepada PAS.


Sebaliknya bagi mereka yang kurang senang dengan kerencaman gaya politik ahli Parlimen bebas itu merasakan elok kalau Ibrahim dibiarkan terkontang kanting tanpa berjejak di bumi nyata untuk memberi kesedaran kepadanya.



Salah seorang ahli Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud melihat cadangan untuk membawa masuk Ibrahim ke dalam Umno sebagai subjktif, ada baik dan ada buruknya.


Bagi beliau cadangan membawa masuk itu hendaklah difikir secara mendalam dan direnungi dari berbagai sudut dan tidak dibuat secara terburu-buru.



Bagi pandangan 4U2C



Apakah Umno terlalu terdesak hinggakan ada cadangan agar beliau diterima kembali kepangkuan Umno setelah keahliannya digantung seumur hidup. Apakah cadangan tersebut telah difikir masak-masak, jika melihat bagaimana sikapnya yang suka melompat.



Beliau mungkin ahli politik yang paling kerap berpaling tadah dalam era politik Malaysia. Apakah ahli politik seperti beliau patut diterima kembali yang sentiasa menikam dari belakang. Apakah Umno sudah lupa apa yang telah beliau lakukan semasa berada diluar Umno.



Kemunculan semula beliau didalam politik Umno boleh memporak peradakan Umno jika mengikut kepada rekod-rekodnya semasa beliau berada dipuncak. Sebagai contoh yang nyata, lihatlah bagaimana beliau lakukan terhadap parti yang memberi peluang beliau tanding diatas tiket PAS.



Walau pun PAS sebagai seteru kuat Umno, ianya tidak boleh dipandang ringan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno. Jangan kata pisang berbuah dua kali, tetapi bagi politiknya ibarat pisang berbuah berpuluh-puluh kali. Beliau banyak melukakan hati banyak pihak semasa berada didalam Umno.



Bagi politik Umno, tidak menjadi satu kerugian jika beliau diterima kembali kerana pengaruhnya sudah tiada untuk membantu Umno. Lihatlah semasa beliau bertanding sebagai calon bebas pada PRK yang lalu, jangan kata nak menang, wang pertaruhan pun hilang.



Umno akan diperlekehkan sekiranya beliau diterima semula dan mungkin Umno Kelantan akan semakin parah. Ini disebabkan kebencian rakyat  Kelantan dengan gelagaknya yang banyak mengores hati rakyat Kelantan. Oleh itu jalan terbaik ialah biarkan beliau dengan labu-labunya.

Dicatat oleh greennpages(Blog 4U2C)

Ulasan Musafirlalu.............

Molek bebenarlah liabiliti ini balik semula kesarangnya, kalau boleh tukar cepat sikit kerusi dalam parlimen daripada MP Bebas kepada MP BN. Apatah lagi dengan dekat musim hujan ni, jangan sampai banjir sudahlah......... susah pulak rakyat nanti.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular