Translate

Jumaat, 23 Oktober 2009

Muktamar Khas : Benarkah Telahan Saya PAS dalam Bahaya..........

Kerana sayangkan PAS kita terpaksa meluahkan walau pun ia pahit, akan ia tidak dapat dihancurkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka sentiasa mencari ruang yang ada untuk memasukinya walau sebesar lubang jarum.

Apa bila Tuan Guru Nik Aziz minta satu muktamar khas, maka apa yang saya telahan didalam PAS hampir tepat. Mungkin kerana kekedilan kita yang membuatkan orang tidak mengambil perhatian. Bila TGNA yang bersuara, maka ramailah yang memukul gendang.

Saya agak setuju apa yang telah dikomenkan oleh saudara Husin dalam tulisan saya yang bertajuk.... PAS Dalam Bahaya 3.Adakal apa yang berlaku didepan mata kita pun kita tidak nampat, dan kita hanya mengetahuinya selepas ianya menjadi sejarah.

Sayangi PAS........ sekira nya kita mengaku sebagai pendokong perjuangan Islam. Bagi perjuangan Islam, tiada sikat berpuak-puak mahu pun sikap kenegerian. Itu semua adalah lebih kepada sikap seperti Umno iaitu Assobiah.

Apakah selama hampir 60 tahun kita dalam gerakan Islam, langsung tudak mematangkan kita dalam politik Islam.Dan membiarkan kita digolek kesana kemari tanpa apa-apa yang dapat kita lakukan.

Sehinggakan TGNA besuara baru kita membuka mata sedangkan TGNA sendiri pun mempunyai beban yang berat untuk diselesaikan. Jadi ....................... kita ini siapa,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular