Selepas 2 minggu menerima rawatan di klinlk Pakar Muar, Johor. keputusan kesihatan yang diterima amat menduka citakan. Iaitu masaalah hati yang boleh dikatakan teruk juga, inilah masanya Maha Pencipta yang mengambil kembali apa yang telah dipinjamkan kepada makhluknya.
Tidakkah dunia ini adalah tempat persinggahan buat kita semua untuk berkelana mencari bekal untuk di Padang Mahsyar nanti. Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati, kerana itulah janji Allah s.w.t., Tuhan sakalian alam.
Tetapi itu semua tidak menghalang saya untuk terus dan terus menulis, yakni tegur menegur. Kerana ituadalah lumrah kehidupan manusia yang sentiasa lali (saya lah tu ).
Salam berjuang buat semua pendokong perjuangan Islam yang haq dalam menghadapi golongan yang batil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan