Translate

Khamis, 28 Januari 2010

10 Di ISA KAN Kerana TIada Jenayah Di Lakukan Dalam Negara.

 
Setelah menjadi teka keti, akhirnya KDN mengakui menahan 10 individu dibawah akta Drakula ISA. Ianya telah diumumkan oleh menterinya, Tok Hisham. Antara yang ditahan ialah warganegara asing dan tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti keganasan.

 HimpunanbantahISAberjaya4
Mereka ditahan kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan di negara ini, Umno sudah mula menunjukkan  taringnya. Apakah yang dilakukannya sebagai satu mesej buat pemimpin Pakatan Rakyat, yang telah menjuarai isu-isu sensitif seperti kalimah ALLAH.

Diharap antara individu tersebut tidak termasuk Aduka Taruna yang sekarang ini menjadi perhatian berkaitan dengan kes penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor. Inilah kelebihan yang ada pada kerajaan Umno/Bn, mereka bagaikan tukang tilik kerana mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
 
 
 
 
Jika mereka tidak melakukan jenayah di Malaysia, apakah hak kerajaan Umno/Bn menahan mereka. Apatah lagi dengan meng'ISA'kan mereka. Apakah perasaan Najib jika beliau ditahan di Mongolia, sedangkan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di negara tersebut. Jangankan dikata kesalahan besar, saman trafik pun tak ada.
 
 
 Adakah semata-mata untuk menjaga hati negara Uncle Sam itu, maka maruah negara tergadai di mata dunia. Jika mereka melakukan jenayah di negara mereka, biarkan negara mereka yang menghukum rakyat mereka sendiri. Atau sekiranya ada kes maka dakwa mereka di Mahkamah, kenapa menganaiya dengan meng'ISA'kan mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular