Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk SeriAnwarIbrahim.
Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.
"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.
Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.
“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.
“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.
Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.
“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."
Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.
Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.
"Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.
Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.
"Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.
Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.
Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.
Dengan dendam yang membara dihati, Zahrain mula bercerita tentang keburukkan DSAI. Itulah sikap ahli politik yang sedang mencari nama ketika namanya masih lagi laku. Setelah pendedahan beliau di parlimen tempoh hari menjadi berita utama dalam media massa pencacai selama berhari-hari. Sekali lagi beliau membuat pendedahan terhadap DSAI dengan menampilkan Zul Kulim. Bacalah sebagaimana penceritaannya yang terbaru dibawah ini...........
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Zahrain turut mendedahkan bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.
Ketika mendedahkan perkara itu, Zahrain berkata diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.
"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.
"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA).
Zulkifli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri menjadi peguam bela kepada Azilah, dilapokan berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes itu.
Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan Nadim, dengan kes pembunuhan Darren.
Pendedahan Zulkifli itu menggemparkan kerana ia dilakukan seminggu selepas bekas rakan partinya, Zahrain memecahkan tembelang Awnar berhubung rancangan mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Berikutan itu, polis akan memanggil kedua-dua wakil rakyat bebas berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan mereka. Zahrain yang keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, Mac lalu, berkata negara akan hancur jika Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pusat.
"Anwar ini adalah seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri termasuk menafikan hak Bumiputera. Guan Eng pula tidak layak kerana sikap diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis.
"Saya menyeru supaya rakyat negara ini menolak mereka ini bagi mengelakkan negara mengalami kehancuran. Saya sendiri akan berusaha untuk pastikan Guan Eng keluar dari negeri ini," katanya.
Sementara itu, Reezal mencabar Guan Eng untuk berdebat secara terbuka dengan Zahrain bagi membincangkan isu berkaitan Melayu di satu forum bakal dianjurkan oleh BEMUDA di Kepala Batas, bulan depan.
KUALA LUMPUR, 6 April: Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertikai apabila Asiasoft (M) Sdn Bhd dilantik sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Laporan Polis (RPS) Fasa ketiga, dari sistem analog kepada sistem digital.
"Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudiannya diserahkan pada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen.
Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan, Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel.
Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.
Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel.
Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman.
Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem keselamatan negara.
Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura.
Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan dalam isu terbaru tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu wajar berbuat demikian memandangkan PDRM di bawah legasi mereka.
Antara yang menyertai Anwar dan Mahfuz adalah Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap), Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau).
Sebelum pada itu, Anwar ketika membahaskan bajet tambahan KDN di Dewan Rakyat, mendedahkan beberapa surat rasmi PDRM berhubung pembabitan dua perisik Israel dalam PDRM.
Selain itu, beliau turut meminta KDN menjelaskan tentang projek APCO425 (kemudiannya dikenali sebagai RMT Net) di Taman Teknologi Sungkai yang bernilai antara RM900 juta hingga RM999 juta
Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, tidak bercadang untuk merayu ke atas Sultan Pahang berhubung hukuman sebat yang sedang dihadapinya.
"Saya tidak bercadang untuk merayu (hukuman sebat) kerana bagi saya isu itu tidak lagi timbul buat masa ini kerana sudah mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga bertemu Penasihat Undang-Undang Pahang bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini.
"Saya tetap berpegang teguh kepada kenyataan sebelum ini (tidak merayu) dan saya tidak berhasrat untuk memikirkannya namun jika Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan, saya terima," katanya.
Kartika berkata demikian kepada pemberita yang menemuinya di Hospital Pakar Ipoh (HPI), di sini, iaitu hospital anak bongsunya, Wan Kaitlynn Sari Dewi Muhammed Affandi, 5, menerima rawatan akibat jangkitan pada paru-paru.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar bahawa Kartika boleh membuat rayuan kepada Sultan Pahang untuk tidak dikenakan sebatan.
Ibu dua anak itu sebelum ini mengambil sikap berdiam diri dan enggan membuat ulasan kepada media selepas mengadap Tengku Abdullah di Pahang, 4 Mac lalu.
Ini adalah satu tindakan yang betul buat Kartika kerana tidak mahu memohon pengampun dari Sultan Pahang. Walau pun kita boleh menjangka yang beliau boleh mendapat pengampunan Diraja jika beliau memohonnya. Walau pun hukuman syariah ala Umno ini tidak menepati hukum syariah yang sebenar, sekurang-kurangnya beliau sanggup menghadapinya.
Jika beliau tidak dihukum di atas dunia, tetapi di akhirat tetap beliau akan dihukum. Kenyataan beliau ini pasti akan memanaskan lagi punggung Umno/Bn dan SIS yang paling lantang menentangnya. Apalah sangat dengan hukuman sebat mengikut hukum syariah jika hendak dibandingkan dengan hukuman rotan secara sivil yang amat-amat zalim itu.
Berkaitan dengan hukuman syariah ala Umno itu, walau pun tidak menepati ciri-ciri yang sebenar, biarlah pemimpin Umno yang menanggungnya.
Semakin lama semakin angkuh, itulah kata-kata yang sesuai buat Umno yang terlalu lama diberi tampuk pemerintahan. Mereka merasakan bahawa banyak berjasa kepada rakyat diatas pembangunan yang telah dilakukan. Jika boleh, mereka ingin menjadi Raja di Malaysia yang secara teorinya mereka sudah melakukannya. Cuma mereka tidak ditabalkan sahaja sebagai Raja sebenar.
Keangkuhan Umno semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan Umno yang ada sekarang ini bukan Umno atau Pekembar yang ditubuhkan pada tahun 1946. Merekalah Raja segala Raja di dibumi Malaysia atau Malaya atau Tanah Melayu atau pun Semenanjung Emas. Ditambah pula dengan kemenangan mereka di Mahkamah Rayuan berhubung pertikaian siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah.
Tiada Mahkamah yang dapat mengungkai kekebalan mereka, hatta Raja-Raja Melayu pun boleh didakwa di Mahkamah Khas.Sebab itulah tiada Mahkamah yang berani memberi keputusan yang tidak memihak kepada Umno. Jika ada yang mempertikaikannya, alasan yang diberi ialah tiada orang siapa yang kebal dari undang-undang. Dan mereka akan berkata............. lihatlah bagaimana pemimpin berprofail tinggi pun didakwa seperti Tan Sri Kasitah, seorang menteri penuh.
Realitinya, pemimpin-peminpin yang didakwa ialah pemimpin yang sudah tidak diingini lagi. Kerana itulah mereka didakwa, itulah dakwaan para pemimpin Umno. Jika hendak mengharapkan Peguam Negara untuk mendakwa pemimpin Umno, simpan sahajalah hasrat hati itu. Walau sebanyak mana bukti dibawa yang boleh mensabitkan para pemimpin Umno, pasti bukti-bukti tersebut akan dibangkul sampahkan. Jika dirujuk kepada undang-undang, Peguam Negara mempunyai kuasa yang cukup besar kerana hanya Peguam Negara yang boleh membawa Perdana Menteri ke muka pengadilan.
Jika Peguam Negara sendiri pun duduk bersekongkol dengan para pemimpin Umno , apa yang rakyat boleh katakan........... Umnolah Raja di Malaysia. Lihatlah bagaimana satu kes video seks yang melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari MIC, walau pun sudah cukup bukti untuk mendakwa Timbalan Speaker tetapi atas arahan Peguam Negaralah pita video seks tersebut dibakar. Kejadian tersebut berlaku semasa rejim Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Kerana itulah kita tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi kes Menteri Besar Perak. Kita tidak hairan langsung jika kalah tetapi kita akan cukup-cukup hairan jika kita memenangi kes tersebut. Itulah bukti bagaimana badan kehakiman telah dilacur dan diliwat secara beramai-ramai oleh Umno. Apabila kita menghentam kerajaan Umno/Bn, pasti juak-juak mereka yang mendapat seratus dua akan berkata.......... apakah Umno tidak melalukan apa-apa.......... pembangunan yang ada sekarang ini, pembangkang ke yang buat.......... apa pemimpin PAS boleh bagi kat penyokongnya, masuk syurga.......... apa kerajaan PAS Kelantan lakukan selama 20 tahun memerintah.......... pembangunan yang ada kat Kelantan itu pun kerajaan pusat yang bagi.......... dan bla bla bla bla.......... para juak-juak Umno berhujah.
Sebenarnya apa yang mereka hujahkan itu menunjukkan bagaimana dangkalnya akal mereka tentang politik. Apakah mereka merasakan pembangunan yang ada sekarang ini adalah menggunakan duit mak bapak mereka. Parti mana pun yang memegang pemerintahan pusat, wajib menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri tersebut. Jika mereka tidak menyalurkan bantuan tersebut, maka kerajaan pusat tidak berhak mengenakan cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai jalan, cukai export, cukai import dan apa jenis cukai tok nenek terhadap rakyat negeri tersebut.
Andainya kerajaan Umno/Bn menyatakan bahawa rakyat dinegeri yang diperintah oleh pembangkang tidak dikenakan segala cukai kerana kerajaan negeri tersebut akan menguruskan kewangan mereka sendiri. Jika benar-benar berlaku, kita pasti orang Umnolah yang pertama-tama akan mengaku yang mereka adalah rakyat negeri tersebut............... jika tidak percaya.............. cubalah buat!!!!!!!!!
Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kemenangan kepada Menteri Besar haram telah pun dijangkakan. Tetapi yang menjadi kemusykilan ialah penghakiman 5-0, tanpa tiada seorang pun yang memihak kepada Nizar. Walau pun Zambry telah diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah, difikiran rakyat Perak tetap menyatakan Zambry tetap MB haram.
Bagi rakyat Perak yang telah dibuat kajian oleh Merdeka Centre, kaum Melayu ramai memihak kepada Zambry berbanding kaum Cina dan India yang majoritinya memihak kepada Nizar. Kita tidak perlu hairan disebabkan isu perkauman yang telah berjaya dimainkan oleh Umno.
Dimanakah lagi tempat untuk rakyat mengadu setelah semua institusi-institusi penting seperti PDRM, SPRM, Kehakiman dan institusi lain telah diliwat dan diliwat dan terus diliwat oleh kerajaan Umno/Bn. Mereka merasakan kemenangan yang mereka perolehi adalah kemenangan mutlak, hakikatnya mereka silap.
Yang pasti keputusan yang mereka perolehi ini sebenarnya akan memakan diri mereka sendiri dimasa akan datang. Penghakiman yang telah dilakukan oleh Mahkamah Rayuan akan menjadi bahan rujukkan bagaimana perlembagaan negeri dilacur dan diliwat semata-mata untuk kepentingan jangka pendek mereka yang sememangnya gila kuasa.
Ketidak adilan terhadap Pakatan Rakyat dapat dilihat dari mula perampasan kuasa secara memalukan oleh Umno. Dengan membeli 3 ekor katak yang tamak, maka tumbanglah demokrasi dan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara adil. Walau pun semasa PRU 12, BN yang ditunjangi oleh Umno telah menyalahi kuasa dan SPR sebagai boneka mereka.
Walau pun parti pembangkang seperti PAS, PKR, dan DAP serba kekurangan, lawan tetap lawan. Kerana masih percayakan demokrasilah pembangkang bertanding didalam pilihan raya walau pun ianya ternyata berat sebelah. Apa tidaknya jika pihak pembangkang bukan menghadapi jentera Umno/Bn, tetapi seluruh jentera kerajaan yang telah diperkuda-kudakan oleh Umno.
Mereka merasakan jentera kerajaan adalah milik mak bapak mereka kerana itulah mereka langsung tidak merasa malu. Dan PRU 12 telah melangkau sejarah apabila pihak pembangkang bersatu padu menghadapi Umno/Bn. Hasilnya, lima negeri (termasuk Kelantan) jatuh ketangan pembangkang. Inilah yang benar-benar menyakitkan hati Umno setelah dimalukan oleh pembangkang.
Kerana dendam mereka yang membara, maka mulalah mereka menunjukkan belang dengan membeli 3 ekor katak di Perak. Walau pun katak-katak tersebut menafikan yang mereka ada menerima habuan agar keluar parti, rakyat tetap tidak boleh menerima alasan bodoh mereka.
Setelah Nizar membawa kes tersebut ke Mahkamah dan memenanginya, tetapi hanya beberapa jam sahaja kerana Zambry telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan. Tanpa disedari, terlakar satu sejarah bagaimana seorang hakim Mahkamah Rayuan membenarkan kes tersebut pada hari yang sama.
Kerana itulah Pakatan Rakyat sudah menjangkakan kes tersebut tidak akan memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan Mahkamah Rayuan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengumumkan kemenangan Zambry. Sekalung tahniah buat Datuk Seri Zambry D'Pulau diatas kemenanganmu itu.
Apa pun yang berlaku di Perak, sekurang-kurangnya memberi sedikit pengajaran buat Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat bagaimana dan macam mana jadinya apabila sesebuah institusi diliwat dan dilacurkan. Tiada lagi kepercayaan rakyat terhadap permainan kotor Umno/Bn. Hanya beberapa tahun sahaja lagi untuk Pakatan Rakyat mengatur strategi untuk menghadapi PRU 13......... Salam berjuang.
Kenapa Umno cukup sinonim dengan isu liwat, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sampaikan rakyat One Malaysia terbawa-bawa dengan isu tersebut yang banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Susah bagi ibubapa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka apabila ditanya makna 'LIWAT'.
Adakala menjadi gurauan antara suami dengan isteri seperti kata isteri kepada suaminya,"Depan abang punya, belakang kerajaan punya". Isu tuduhan liwat adalah isu yang cukup mudah untuk eka.menjatuhkan seseorang musuh terhadap lawannya. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat.
Kenapa mereka-mereka ini tidak menggunakan tuduhan-tuduhan yang tiada kaitan dengan liwat?. Jawapannya cukup mudah, kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan apatah lagi jika ianya seorang yang beragama Islam. Dalam kontek masyarakat orang Melayu yang kaya dengan sikap berbudi bahasa, liwat cukup-cukup menjijikkan dan Islam melarang sama sekali terhadap hubungan luar tabi'i.
Budaya Melayu tidak mengizinkan benar-benar kalau bab hubungan sejenis ni............ pantang tok nenek. Sebab itulah Umno cukup suka berkaitan liwat........... liwat sudah sebati dengan Umno............ kerana itulah semuanya diliwat. Daripada PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah dan banyak lagi, semata-mata untuk memanjangkan hayat politik mereka. Jangan kata diliwat dan diliwat dan diliwat......... malah institusi tersebut turut dilacurkan secara beramai.
Dek kerana peranan yang dimainkan oleh Umno ini telah merosakkan pemikiran anak-anak muda yang sebelum itu sesuci Saiful. Salah satu buktinya bagaimana pengaruh media cetak dan elektronik sebagai pengampu bertaraf dunia, lahirlah orang-orang seperti Parpukari dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Kalau tidak memaki hamun dalam satu hari, boleh kena serangan jantung kerana mereka-mereka ini sudah tahap level 99......... bahasa yang paling mudah ialah dah ketagihan............ kesian depa........... nooooooo.
Hatta didalam hukum Syariah, si suami akan dihukum jika meliwat isterinya walaupun tidak termasuk didalam hukum Hudud tetapi si suami akan dihukum mengikut hukum Qisas. Hinggakan Menteri Perpaduan Wanita, Sharizat Jalil pun mempertikaikan kenapa si suami tidak dikenakan hukum Hudud apabila membaca draf yang dibentangkan oleh kerajaan PAS Terengganu.
Kerana itulah apabila kerajaan PAS terengganu membentangkan Eknemen Kanun Jenayah Syariah di Dewan Undangan Negeri dan diluluskan oleh Sultan Mizan, mereka kata itu hukum 'Hudud PAS'. Mentang-mentanglah beliau seorang peguam, konon hendak tunjuk kepada rakyat One Malaysia yang beliau seorang yang arif tentang undang-undang. Ini yang susahnya apabila seorang berpendidikkan 'Sekular Law' cuba bercakap tentang 'Islamic Law'.
Nampaknya dalam banyak-banyak kakitangan awam, yang saya lihat dari dulu lagi.......... mereka (polis) cukup bernasib baik kerana ditantang bagai minyak penuh, atau 'Anak Emas'. Sentiasa diberi keistimewa dalam segala hal............. negara polis............ dah nak buat macam mana........... rakyat sentiasa berada didalam ketakutan kerana............. Inilah jadinya bila kuasa polis terlalu besar di negara One Malaysia.
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk
hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,
menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini. Prosiding bermula
pada 9.51 pagi dengan Mohd Saiful memberi keterangan mengenai sampel
yang diambil daripada badannya.
Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi
pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula kelmarin di
hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen
Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium
Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang
dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia
dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara
sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat
Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi
di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari
selepas diliwat.
Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan
kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwatnya, Mohd
Saiful juga berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian
adalah hadiah daripada Anwar.
Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi
pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di
hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar,
63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa
Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan
4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh
dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful
Bukhari juga memberi keterangan berhubung sampel yang diambil dari
badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.
Mohd
Saiful berkata, dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan
sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat
itu.
Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang
mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa
pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.
Beliau berkata, semua pihak akan sekali lagi mengunjungi
tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini
berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.
Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi.
Tiga
trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak
penyembur air serta dua trak polis memasuki kawasan perkarangan
Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat
ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat.
Anwar ingin biayai pelajaran kalau terus kerja: Saiful
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menyambung keterangannya dalam
perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu
Mahkamah Tinggi bahawa Anwar membuat "tawaran balas" untuk membiayai
pelajarannya sekiranya beliau terus bekerja sebagai pembantu peribadi
Anwar.
Mohd Saiful, 25, berkata Anwar memujuknya supaya jangan berhenti kerja dan menyuruhnya lebih berdisiplin.
Beliau berkata, Anwar memberitahunya beliau ingin membiayai
pelajarannya di mana saja dan boleh mengikuti peljaran sepenuh masa
serta diberi gaji penuh.
"Pada
masa itu saya tidak object (menolak) tawaran itu. Kemudian setelah
selesai, beberapa jam kemudian, Anwar menghantar e-mel kepada saya
iaitu 'terima kasih kerana sudi menyambung perkhidmatan'," katanya.
Mohd Saiful yang memakai kot hitam dan berbaju kemeja
berbelang biru berkata demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara II,
Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan
pada perbicaraan kes itu yang masuk hari ketiga hari ini.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen
Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium
Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang
dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau
dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara
sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Dalam keterangannya juga, Mohd Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.
Mohd Saiful berkata, beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada
27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan,
bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di
Seksyen 16, Petaling Jaya.
"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa
saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang
berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya,
serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi
keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.
Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?
Mohd Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh
dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Dalam keterangannya juga, Mohd Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.
Di peringkat ini, peguam utama Anwar, Karpal Singh membantah
penggunaan perkataan "lagi" memandangkan perkataan itu tiada dalam
pertuduhan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menjelaskan
bahawa perkataan "lagi" yang dimaksudkan oleh Mohd Saiful ialah "dia
tidak mahu insiden itu berulang di masa depan."
Terdahulu, menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat
dengan Anwar, Mohd Saiful berkata rakannya Rahimi Osman menelefonnya
meminta beliau datang ke pejabat Rahimi yang juga pejabat Anwar untuk
berbual kerana mereka lama tidak berjumpa.
Mohd Saiful berkata, semasa berbual, Rahimi ada bertanya
kepadanya sama ada beliau berminat untuk bekerja di pejabat itu sebagai
pembantu pejabat bagi membantu Rahimi kerana mereka kekurangan
kakitangan disebabkan ramai yang terbabit dalam pilihan raya umum
ke-12.
"Lepas kami berbincang, saya mula-mula 50-50 sama ada nak
setuju atau tidak. Lepas itu Rahimi ajak saya masuk ke dalam bilik
mesyuarat. Rahimi kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program
ceramah pilihan raya," katanya.
Beliau duduk dalam bilik itu dan beberapa minit kemudian Anwar masuk dan diperkenalkan kepada Anwar oleh Rahimi.
Mohd Saiful berkata, selepas mesyuarat itu, Anwar berkata:
"Saya hargai bantuan awak kepada kami", sebagai isyarat beliau
menerimanya sebagai sukarelawan.
Mohamed Yusof: Ada Anwar tanya latar belakang anda?
Mohd Saiful : Ada.
Mohamed Yusof : Ada anda minat kerja itu?
Mohd Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil.
Pada prosiding itu juga, Mohd Saiful mengesahkan gambar dalam
kamera litar tertutup pada pukul 4.35 petang, 26 Jun 2008, menaiki
kereta berwarna merah keluar dari kondominium itu adalah dirinya. -
Bernama
Seluar panjang dipakai masa kejadian hadiah Anwar: Saiful
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa seluar
panjang hitam yang dipakainya pada masa kejadian adalah hadiah daripada
Anwar.
Keterangan Mohd Saiful itu membuatkan orang ramai di galeri
awam yang sebelum ini khusyuk mendengar perbicaraan kes berkenaan,
kedengaran berkata: "Oohh".
Anwar yang berada di kandang tertuduh dan asyik menulis, juga
memandang ke arah Mohd Saiful yang sedang memberi keterangan dalam
kandang saksi.
Beliau turut kelihatan menoleh ke belakang sambil berkata sesuatu
kepada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang berada di
tempat duduk awam, di belakang kandang tertuduh.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen
Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium
Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang
dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan
boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit
kesalahan.
Ditanya
Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan
pendakwaan dalam pemeriksaan utama, Mohd Saiful berkata seluar panjang
itu kemudiannya diserahkan kepada polis ketika beliau berada dalam
bilik tidur rumahnya di Bandar Utama.
Beliau berkata, di situ beliau juga menyerahkan kepada polis
seluar dalam berwarna biru gelap jenama Levi's yang dipakai semasa
kejadian dan baju kemeja hijau jenama G2000 yang dipakai semasa membuat
laporan polis.
Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut
jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair
pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala
Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.
Mohd Saiful berkata, beliau turut menyerahkan sehelai lagi
seluar dalam berwarna kelabu jenama Levi's yang dipakainya semasa
membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 yang diambil di tepi mesin basuh
di rumah tunangnya.
Mohd
Saiful turut mengesahkan 10 barang kes lain, termasuk calitan dari
bawah lidah, badan dan sekitar dubur serta sampel darah untuk profil
DNA.
Beliau kemudian menandatangani setiap borang serahan barang kes itu.
Pada akhir prosiding, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon
mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung
gambar yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar
"Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah".
"Bagaimanakah maklumat ini boleh bocor. Begitu juga dalam Sinar Harian," kata Karpal Singh.
Mohamed Yusof berkata: "Saya percaya ada jurugambar yang masuk
ketika prosiding melawat di tempat kejadian di kondominium itu, tetapi
apa yang dipersetujui, apa yang diberitahu oleh saksi pendakwa pertama
(Mohd Saiful) telah tiada bantahan."
Karpal Singh berkata, akhbar berkenaan menggunakan perkataan
"katil" dan bukan "tempat" dan itu bukanlah apa yang berlaku semasa
prosiding mahkamah terbuka.
Hakim Mohamad Zabidin berkata, mahkamah tidak nampak sebarang
tindakan menghina mahkamah berhubung laporan Utusan Malaysia dan Sinar
Harian itu kerana perkataan "katil" telah pun disebut semasa prosiding
mahkamah terbuka.
BLOK bangunan Kondominium
Desa Damansara, Bukit Damansara semasa tinjauan lokasi oleh barisan
pendakwaraya pada hari kedua perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim,
semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MD NOR
Setelah doktor hospital swasta menolak yang Shaiful tidak diliwat, terpaksa ler........... ke HKL. Mungkin kerana melihat betapa profesionalnya doktor swasta dalam membuat pemeriksaan keatas punggungnya. Mahu tak mahu terpaksa bergegas ke HKL, pasal dah 2 hari tak berak.
Mak datuk....... bukan senang nak tahan daripada berak......... bayangkan kalau tengah makan pun orang sanggup tinggalkan hidangan......... semata-mata nikmatnya berak............ betapa istimewanya budak yang bernama Shaiful ni............ dia boleh tahan.......... apa ilmu yang dia pakai............ bak sini sikit......... aku nak belajar.
Akibat penat kerana telah pergi ke dua buah
hospital sebelum itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terus membuat
pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada
seorang doktor lelaki ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel itu terkejut.
Ekoran pengakuan tersebut, doktor yang berada di wad pesakit luar
hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas
pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat
Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL.
Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira
pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum
diperiksa di OSCC.
Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Mohd. Saiful
Bukhari di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan
polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat
tidak boleh dijalankan.
Terdahulu, ketika disoal oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd.
Yusof Zainal Abiden sama ada dia terus ke HKL, saksi pendakwa pertama
itu memberitahu telah pergi ke dua hospital swasta sebelum itu.
Dua hospital tersebut ialah Hospital Tawakal di Jalan Pahang dan Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, di sini.
Di Hospital Pusrawi, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu dia telah
berjumpa dengan seorang doktor lelaki tetapi hanya memberitahu doktor
tersebut bahawa dia mengalami sakit perut dan sakit di bahagian dubur.
Doktor tersebut kemudian dipanggil sebelum dicamkan oleh bekas
pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Dia kemudian
memperkenalkan dirinya kepada mahkamah sebagai Dr. Mohd. Osman Abdul
Hamid.
MOHD. YUSOF (MY): Bila jumpa Dr. Osman, beritahu apa pada Dr. Osman?
MOHD. SAIFUL BUKHARI (MSB): Pada mulanya saya beritahu saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur.
MY: Apa yang doktor buat?
MSB: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring atas katil dan meniarap.
MY: Sepanjang pengetahuan kamu, ada doktor gunakan apa-apa peralatan?
MSB: Beliau ada memasukkan sesuatu namun semasa beliau memasukkan
benda itu, saya terus-terang dengan beliau bahawa saya telah diliwat
dan mahu lakukan pemeriksaan.
MY: Bila beritahu apa yang telah berlaku, apa doktor buat?
MSB: Doktor tersebut terus berhenti pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar.
MY: Ada kamu tanya kenapa doktor hentikan pemeriksaan?
MSB: Ya. Selepas selesai pakai seluar, beliau beritahu dua perkara.
Pertama di hospital tersebut tiada kelengkapan untuk pemeriksaan
forensik. Kedua, laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di
mahkamah. Doktor arahkan saya untuk ke hospital kerajaan dan hospital
terdekat ialah HKL.
MY: Dia arahkan atau cadangkan?
MSB: Dia cadangkan.
Mohd. Saiful Bukhari kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia
menerima cadangan tersebut dan terus ke HKL sebelum diperiksa oleh
sekumpulan doktor kira-kira pukul 9 malam.
Saksi yang juga pengadu kes tersebut memberitahu, terdapat beberapa
orang berada di sampingnya ketika itu dan bertanya pelbagai soalan
sebelum diperiksa.
Mereka terdiri daripada seorang doktor lelaki berketurunan Cina, dua
doktor Melayu dan seorang doktor wanita Melayu yang sedang mengandung
serta jururawat.
Seorang anggota polis yang kemudian dicamkan sebagai Supritendan
Jude Pereira yang merupakan pegawai penyiasat kes berkenaan turut
berada di OSCC.
Antara soalan-soalan yang ditanya menjurus kepada tujuan bekas
pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu datang ke hospital
berkenaan, sama ada dia dicederakan dan tanda-tanda kecederaan.
MY: Bahagian mana badan kamu yang diperiksa?
MSB: Seluruh anggota dari rambut hingga ke kaki termasuk bahagian dubur.
MY: Ada mereka guna alat untuk periksa dubur?
MSB: Ada.
MY: Ada kesempatan melihat alat tersebut?
MSB: Tidak.
MY: Adakah semua doktor bahagi peranan untuk memeriksa atau semua periksa sekali?
MSB: Tak pasti.
MY: Selain daripada itu, ada apa-apa contoh diambil.
MSB: Banyak, saya tak ingat.
MY: Macam mana diambil.
MSB: Mereka menggunakan putik kapas (cotton bud) di bahagian badan, dubur dan leher.
Sementara itu, sebelum prosiding tamat, peguam utama Anwar, Karpal
Singh yang mewakili Anwar memohon untuk melawat lokasi kejadian semula
pada esok pagi ekoran pihaknya dan tertuduh tidak berkesempatan untuk
melawat pejabat pengurusan yang menempatkan semua rakaman kamera litar
tertutup (CCTV).
Sewaktu lawatan ke pejabat pengurusan tersebut dibuat, Karpal dan
barisan peguam bela yang lain serta Anwar dan Hakim Mahkamah Tinggi,
Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah meninggalkan Kondominium Desa
Damansara, Bukit Damansara di sini.
Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun sempat berpatah balik ke tempat kejadian.
Perbicaraan bersambung esok dengan beberapa lagi soalan daripada
pihak pendakwaan sebelum kesemua pihak yang terlibat melawat semula ke
tempat kejadian.
Rakyat Perak dan Malaysia tertunggu-tunggu akan tarikh bersejarah yang akan berlaku pada tanggal 9 Feb 2010. Rakyat Perak dan Malaysia bukan menunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk pengistiharan anak bulan, bukan juga untuk melihat gerhana matahari atau pun gerhana bulan. Ianya semata-mata untuk mengetahui keputusan mahkamah rayuan berkaitan siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah.
Bagi Pakatan Rakyat, kalah atau menang bukan ukuran, jika melihat kepada sikap berat sebelah badan kehakiman. Jika kalah pun, Pakatan Rakyat tetap menang apatah lagi jika menang. Soal kalah dan menang bukan menjadi satu beban buat Pakatan Rakyat kerana rakyat akan menilai sendiri bagaimana Umno/Bn memperkudakan badan kehakiman.
Semua sedia maklum bagaimana mahkamah tinggi telah memberi kemenangan kepada DS Nizar dalam pertikaian mengenai siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah. Tetapi hanya beberapa jam sahaja beliau memegang jawatan tersebut, seorang hakim mahkamah rayuan membenarkan rayuan Zambry diatas keputusan mahkamah tinggi tersebut.
Rakyat melihat bertapa cekapnya seorang hakim mahkamah rayuan bekerja, tengah hari hantar notis, petang dah dapat keputusan. Ini adalah satu sejarah yang pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia dan rakyat Perak khususnya. Mungkin juga hakim mahkamah rayuan tersebut mahu mempercepatkan kes-kes yang bertimbun-timbun itu.
Tetapi amat malang apabila DS Nizar membuat rayuan, kesnya ditangguh dari sehari kesehari sampai tahap dah tidak tahu hari, bila nak umumkan. Inilah sistem kehakiman dibawah kerajaan Umno/Bn yang telah dilacur dan diliwat sampai nak berak pun terpaksa diteram-teram hinggakan mengalami buasir.......... Oh ya...... lupa pula dengan slogan One Malaysia: Rakyat Didahulukan.
Sekarang ini pun para exco dan MB haram tidak senang duduk.......... dahlah bodoh............ bertambah-tambah........... bodohnya............. Cakap pun dah mula merapu-rapu...... Baik Zambry mahu pun Kak Midah kite.......... sekarang ni dok melalut kat seluruh pelusuk............. untuk beri peluang kat rakyat Perak melihat ketakutan dan kebodohan mereka.
Macam Zambry cakap hari tu......... kalau Adun Pakatan Rakyat rasa ada sokongan rakyat............. letak jawatan beramai-ramai.............. kemudian bertanding semula............. tidakkah bebal seorang MB haram yang bergelar Doktor Falsampah............ boleh cakap macam tu............... jangan main-main phd bukan sebarang phd.............. itu phd sains politik.
Aku rasa sijil yang dia ada tu mesti sijil beli............. Memang sah ler sijil beli................ apa punya bebal............. seorang bertaraf phd boleh bercakap macam orang hilang akal............... letak jawatan dengan bubar Dun............. dua perkara yang berbeza............... kalau letak jawatan, adun tersebut tidak boleh bertanding selama 5 tahun................ tapi kalau bubar Dun, bermakna bekas Adun tersebut boleh bertanding semula.
Nasib engkaulah Umno............. ada pemimpin tapi tak macam pemimpin............ rasa-rasa akulah.......... Tajul Rosli pun naik malu............. Perak ada MB haram yang bebal tentang politik.......... jalut.......jalut.........jalut............ Samalah IQnya dengan Kak Midah................. yang kehulu kehilir............. tak senang duduk.............. kalau Nizar menang............... habislah jawatan exco haram aku ni.............. nasib baik Adun masih lagi halal............. itu pun belum tahu lagi............. halal ke haram............ pasal Umno mana ada istilah halal haram.............. apa yang mereka ada hanya 'HALANG' sahaja.
Yang pasti........... kalah atau menang dalam rayuan tersebut.............. rakyat sebenar-benarnya hakim............ kalah pun bagus........... menang pun bagus.............. kerana itulah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas menyarankan agar para hakim cuci tangan bersih-bersih............. faham-faham sendirilah mesej beliau itu.............. tepuk dahi tanya Zambry D'Pulau.