Translate

Ahad, 17 Januari 2010



WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Negara Amerika Syarikat menyiarkan gambar 'waktu tua' pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan 17 lagi pengganas paling dikehendaki Amerika, kelmarin, menggunakan teknik digital terbaru yang sofistikated.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Osama berambut sedikit putih dan jambang pendek. Sebelum ini, semua gambar pemimpin al-Qaeda berkenaan tidak menunjukkan rambutnya.




Gambar kedua Osama pula menunjukkan warga Arab Saudi berkenaan berjambang seperti kebiasaan, tetapi lebih beruban, menurut laporan di sini.

Turut tersenarai ialah pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, pemimpin Taliban Afghanistan, Mullah Omar dan 'Taliban Amerika', Adam Gadahn. Seorang rakyat Malaysia juga ada dalam senarai iaitu Zulkifli bin Hir.

Laman web itu memberitahu, Zulkifli seorang jurutera mendapat latihan di Amerika dan dipercayai ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) serta anggota kanan Jemaah Islamiyah.
"Sejak Ogos 2003, dia berada di Filipina dan dipercayai memberi latihan membuat bom kepada anggota Abu Sayyaf," kata laman web itu.

FBI dan Jabatan Negara Amerika mengeluarkan foto berkenaan sejajar dengan program 'Rewards for Justice' serta menekankan bahawa gambar pengganas itu dihasilkan oleh artis forensik makmal jenayah FBI di Quantico, Virginia.

"Gambar terbaru itu contoh bagaimana kemajuan dalam teknologi dan sains boleh digunakan bagi membantu dalam memburu dan menahan penjenayah dikehendaki," kata Louis E Grever yang mengetuai Jabatan Sains dan Teknologi FBI.
Setakat ini, pegawai Amerika berkata, mereka belum menerima sebarang laporan mana-mana pihak melihat Osama lebih lapan tahun lalu meskipun menawarkan AS$25 juta (RM85 juta). Agensi

Secanggih mana pun alat digital atau persenjataan yang dimiliki oleh AS, Osama masih lagi tidak dapat ditangkap. Apakah mereka mengira yang mereka boleh mengatasi kekuasaan ALLAH s.w.t yang Mahabijaksana lagi Mahamengetahui?. Apa pun, AS sebenarnya cuma menuntup malu dengan menyiarkan poto Osama semasa tua dengan menghebahkan kecanggihan teknik digital yang sofistikatednya.


Setelah dimalukan oleh Al-Qeada dengan serangan demi serangan yang banyak mengorbankan ramai tentera dan pengintip mereka. Itulah kekuasaan ALLAH s.w.t. yang tiada siapa atau nagara mana sekali pun dapat mengatasinya. Kecanggihan AS dalam teknologi tidak dapat dinafikan tetapi tetap dapat dipatahkan dengan segala tipu helah oleh Al-Qeada.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular