Translate

Jumaat, 1 Januari 2010

Kaabah Akan Di Bersihkan.

 
Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal akan melakukan pembersihan Kaabah selaku Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah esok, sempena 16 Muharram.

Sejumlah ahli akademik Islam, pegawai kerajaan, pembesar negara dan diplomat akan menghadiri upacara itu, yang dilakukan dua kali setahun pada 15 Syaaban dan pertengahan Muharram.

Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabila jemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncak musim haji.
Upacara pembersihan Kaabah itu bermula dengan solat sunat dua rakaat dalam struktur kiub itu. Dinding dalamnya dibersihkan dengan pewangi mawar, kayu dan kasturi menggunakan kain putih. Air Zamzam dicampur dengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dan digosok dengan tangan dan daun kelapa.

Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Putera Khaled akan melakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliau kemudian menerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuah beg dibuat daripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.

Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolat sunat dua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi Muhammad SAW bersolat.
Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar. Lantai marmar dan dinding akan dibersihkan dengan air Zamzam dicampur air mawar.

Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekali lagi dengan kain putih dan tisu. Dinding kemudian diwangikan menggunakan kuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak. Kaabah kemudian diasapkan.

Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meter dari bahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara. Lantai dalamnya dihiasi marmar berwarna. Silingnya disokong oleh tiga tiang kayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter.

Struktur itu memiliki dua siling. Dindingnya ditutup dengan langsir daripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagian atas bumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar 104 sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.
Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketika pembersihan. Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan 50 anak tangga. - Agensi

Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah.(BH)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Air Zamzam dicampur dengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dan digosok dengan tangan dan daun kelapa.

"daun kelapa?"
Betul ke atau daun tamar.
knp guna daun kelapa,sejak bila diaorangg bersihkan ka'bah dgn daun kelapa.

musafirlalu berkata...

Itulah silapnya wartawan terlatih daripada BH.... jika macam saya silap biasalah. Penulis baru belajar... sebagaimana juga yang ditulis tentang penjaga dua Kota Suci Mekah dan Madinah, bukannya Gabenor Mekah...... Terima kasih atas teguran tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular