Seminggu dua ini kena banyak membaca dan mendengar cerita-cerita yang berkaitan anak 'Derhaka' yang sanggup meningalkan ibubapa mereka. Ada yang meninggalkan ibubapa mereka di rumah jagaan wargatua, ada yang meninggalkan ditepi-tepi jalan terkapai-kapai dan ada yang tidak mengaku mereka itu ibubapa.
Sanggup mereka melakukan perkara-perkara tersebut tanpa ada perasaan belas kasihan, maka jadilah mereka sebagai anak derhaka, atau istilah lebih tepat lagi 'Si Tanggang'. Walau sezalim mana pun anak terhadap ibubapa mereka, kerana sifat keibubapaan......... mereka tetap memaafkan anak-anak mereka.
Apa jenis manusia yang sanggup melakukan perkara tersebut terhadap ibubapa mereka yang mengandung mereka selama 9 bulan dan ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sanggup bangun malam bila anak mereka menangis dan bersengkang mata menjaga anak-anak mereka dari gigitan nyamuk. Sungguh tersentuh hati saya bila melihat dan mendengar perbuatan mereka itu.
Ibubapa sanggup berlapar agar anak-anak mereka tidak kebuluran dan mereka sanggup membela anak-anak mereka walau seberapa ramai sekali pun. Tetapi yang amat malang sekali ialah dalam ramai-ramai itu, tiada seorang pun yang sanggup menjaga ibubapa mereka setelah mereka dewasa.
Dimanakah silapnya jika perkara seperti ini berlaku?. Bak kata perpatah, 'bukan salah ibu mengandung, tetapi salah asuhan'. Tetapi jika direnungkan kembali akan situasi ini, bolehkah kita meletakkan kesalahan itu kepada ibubapa?. Tidakkah jika perkara ini berlaku, pihak kerajaan pun patut dipersalahkan? Kita lihatlah bagaimana pemerintah mendidik rakyatnya dalam kehidupan seharian.
Lesen-lesen hiburan, perjudian, minuman keras dan bermacam-macam kemaksiatan berlaku dengan tanpa apa-apa tindakkan daripada pihak kerajaan. malah kerajaan sendiri mengalakkannya, janji mereka bayar cukai. Jika ada pihak cuba menghalang perbuatan tersebut, maka akan kedengaranlah daripada pak-pak menteri dan pemimpin-pemimpin Umno mempertahankan kemaksiatan tersebut. Kenapa ya............ kerana mereka pun terlibat sama dengan kerja-kerja yang tidak bermoral tersebut. Yang terbaru ialah cerita seorang ibu dari Serawak iaitu Tumi Wongsoruju............... dengarlah rintihannya.
|
Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak
bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang
berita ke Semenanjung.
Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan . hidup, membuatkan
wanita berusia 52 tahun yanglah tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak
berupaya mencari anak kesayangannya.
Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi
berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala
Lumpur untuk menjejaki anaknya.
Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.
Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda
Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang
ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.
Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya
menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota
dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.
Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui
bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang
hayatnya.
Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.
Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan
sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan
mengaku Tumi sebagai ibu.
Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.
Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.
Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.
Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata
memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke
Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya
ke Kuching.
Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu
lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.
"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.
"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun.
Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh
bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka
bercerai," katanya.
Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya
itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan
cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama
Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.
Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil
perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami
kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak
dikurniakan cahaya mata.
Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang
memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut
apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung
tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.
"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama
sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap
memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.
"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai
selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat
menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.
Itu cerita 'Si Tanggang Dari Sarawak', bagaimana pula dengan 'Si Tanggang Dari N9' pula. Yang mana adiknya terpaksa berhijrah keluar negara, gara-gara kehidupannya sentiasa diselubungi dengan ketakutkan kerana dikacau oleh 'kakak'nya yang menjadi orang paling berkuasa di negara One Malaysia.
Bila berlaku kes-kes seperti ini, terasa macam satu fenomena pula terjadi dinegara One Malaysia ini. Adakah kerana disebabkan 'seseorang' itu, maka ia mempengaruhi RAKYAT IDAHULUKAN dinegara One Malaysia. Macam dunia hiburan pula jadinya, yang mana 'seseorang' itu menjadi ikutan para peminatnya.............. apa nak jadi dengan negaraku One Malaysia.
Ia kes kedua bapa dibuang anak di
Perlis selepas nasib sama dialami Abdul Rahman Talib, 57, yang
ditinggalkan anak kandungnya di tepi jalan dekat pondok bas, 8 Januari
lalu. Othman yang pernah beristeri tiga sekali gus dan memiliki empat
cahaya mata mendakwa perubahan sikap anaknya semakin ketara sejak dia
perlu menjalani rawatan hemodialisis dua hari sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan