Translate

Memaparkan catatan dengan label Bala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bala. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2010

Si Tanggang Dari Serawak, Bagaimana Dengan Si Tanggang Dari N9

Seminggu dua ini kena banyak membaca dan mendengar cerita-cerita yang berkaitan anak 'Derhaka' yang sanggup meningalkan ibubapa mereka. Ada yang meninggalkan ibubapa mereka di rumah jagaan wargatua, ada yang meninggalkan ditepi-tepi jalan terkapai-kapai dan ada yang tidak mengaku mereka itu ibubapa.

Sanggup mereka melakukan perkara-perkara tersebut tanpa ada perasaan belas kasihan, maka jadilah mereka sebagai anak derhaka, atau istilah lebih tepat lagi 'Si Tanggang'. Walau sezalim mana pun anak terhadap ibubapa mereka, kerana sifat keibubapaan......... mereka tetap memaafkan anak-anak mereka.

Apa jenis manusia yang sanggup melakukan perkara tersebut terhadap ibubapa mereka yang mengandung mereka selama 9 bulan dan ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sanggup bangun malam bila anak mereka menangis dan bersengkang mata menjaga anak-anak mereka dari gigitan nyamuk. Sungguh tersentuh hati  saya bila melihat dan mendengar perbuatan mereka itu.

Ibubapa sanggup berlapar agar anak-anak mereka tidak kebuluran dan mereka sanggup membela anak-anak mereka walau seberapa ramai sekali pun.  Tetapi yang amat malang sekali ialah dalam ramai-ramai itu, tiada seorang pun yang sanggup menjaga ibubapa mereka setelah mereka dewasa.

Dimanakah silapnya jika perkara seperti ini berlaku?. Bak kata perpatah, 'bukan salah ibu mengandung, tetapi salah asuhan'. Tetapi jika direnungkan kembali akan situasi ini, bolehkah kita meletakkan kesalahan itu kepada ibubapa?. Tidakkah jika  perkara ini berlaku, pihak kerajaan pun patut dipersalahkan? Kita lihatlah bagaimana pemerintah mendidik rakyatnya dalam kehidupan seharian.

Lesen-lesen hiburan, perjudian, minuman keras dan bermacam-macam kemaksiatan berlaku dengan tanpa apa-apa tindakkan daripada pihak kerajaan. malah kerajaan sendiri mengalakkannya, janji mereka bayar cukai. Jika ada pihak cuba menghalang perbuatan tersebut, maka akan kedengaranlah daripada pak-pak menteri dan pemimpin-pemimpin Umno mempertahankan kemaksiatan tersebut. Kenapa ya............ kerana mereka pun terlibat sama dengan kerja-kerja yang tidak bermoral tersebut. Yang terbaru ialah cerita seorang ibu dari Serawak iaitu Tumi Wongsoruju............... dengarlah rintihannya.





Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.

Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan . hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yanglah  tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.

Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.

Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.

Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.


Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.

Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.


Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.

Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.

"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.

Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.

"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.

Itu cerita 'Si Tanggang Dari Sarawak', bagaimana pula dengan 'Si Tanggang Dari N9' pula. Yang mana adiknya terpaksa berhijrah keluar negara, gara-gara kehidupannya sentiasa diselubungi dengan ketakutkan kerana dikacau oleh 'kakak'nya yang menjadi orang paling berkuasa di negara One Malaysia.

Bila berlaku kes-kes seperti ini, terasa macam satu fenomena pula terjadi dinegara One Malaysia ini. Adakah kerana disebabkan 'seseorang' itu, maka ia mempengaruhi RAKYAT IDAHULUKAN dinegara One Malaysia. Macam dunia hiburan pula jadinya, yang mana 'seseorang' itu menjadi ikutan para peminatnya.............. apa nak jadi dengan negaraku One Malaysia.

Ia kes kedua bapa dibuang anak di Perlis selepas nasib sama dialami Abdul Rahman Talib, 57, yang ditinggalkan anak kandungnya di tepi jalan dekat pondok bas, 8 Januari lalu. Othman yang pernah beristeri tiga sekali gus dan memiliki empat cahaya mata mendakwa perubahan sikap anaknya semakin ketara sejak dia perlu menjalani rawatan hemodialisis dua hari sekali.

Jumaat, 14 Ogos 2009

H1N1 : Satu Konspirasi Jahat.

Pada abad 19 sehinggalah pasca perang Vietnam, penyakit kelamin iaitu Siplis amat-amat ditakuti kerana ketiadaan ubat untuk memulihkannya. Berpuluh-puluh tahun saintis mencari penawarnya yang akhirnya berjaya menghasilkan ubatnya.

Dan kemudian Allah menurunkan balanya dengan penyakit Aids. Kenapa Allah menurunkan balanya kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan penyakit? Ini adalah kerana salah satu permintaan Rasulullah s.a.w. semasa bertemu dengan Allah s.w.t. dalam peristiwa Israk Mikraj.

Di mana salah satu permintaan Rasulullah s.a.w. agar umatnya tidak dihukum seperti umat-umat yang terdahulu. Seperti kaum Nabi Nuh a.s. dengan banjirnya dan kaum Nabi Luth a.s. dengan Allah melinkupkan negeri kaum Nabi Luth a.s. Yaitu mengangkat negeri tersebut dan kemudiannya menterbalikkannya.

Ada ahli sejarah mengatakan tempat tersebut adalah Laut Mati yang terletak antara Palestin dan Jordan. Dan ia diakui oleh ahli kaji bumi yang menyatakan tanah dipermukaannya adalah tanah yang terletak diperut bumi dan tanah diperut bumi ditempat tersebut sebenarnya adalah daripada tanah permukaan.

Itulah hukuman yang Allah s.w.t. lakukan terhadap segala kemungkaran umat terdahulu. Allah s.w.t. terus menurunkan bala tersebut setelah Rasul a.s. yang Allah s.w.t. utuskan, mereka tetap mengingkarinya. Allah s.w.t. tidak menurun balanya dengan penyakit kerana Allah s.w.t. tahu, mereka pasti akan mengata itu adalah bersifat alam semulajadi dan bukannya bala daripada Allah s.w.t.

Di sini, kita perbetulkan sedikit dengan perkataan alam semulajadi yang sebetulnya ialah alam yang dijadikan. Alam semulajadi adalah bermaksud alam yang sedia ada yang tiada penciptanya. Perkataan tersebut adalah antara perkataan yang melibatkan akidah kita semua. Oleh itu kita perlu menggesa agar kerajaan meminda perkataan alam semulajadi yang terdapat didalam buku-buku mata pelajaran di sekolah kepada alam yang dijadikan.

Kembali kepada penyakit yang Allah s.w.t. turunkan di zaman ini kerana manusia zaman ini adalah manusia yang mempunyai akal fikirannya untuk menentukan perkara tersebut bersifat fenomina alam atau pun bersifat bala daripada Allah s.w.t.

Ini bersesuaian dengan Islam, "tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati". Ini menunjukkan bahawa kita disuruh mencari penawar sesuatu penyakit. Kerana itulah apa yang Allah s.w.t. ciptakan ada sebab-sebabnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Selsema burung yang pertama kali dikesan di Negara China pada era Moden ini, telah banyak yang memperkatannya yang ia adalah senjata biologi yang diciptakan. Ia telah bocor daripada makmal, tempat penyelidikannya. Vaksinnya pun sememangnya telah ada, cuma mereka main wayang sekejap dengan menangguhkannya untuk menutup skandal Virus tersebut. Dan beberapa bulan selepas wabak tersebut, barulah ianya dikeluarkan.

Ini semua adalah satu konspirasi jahat yang telah dilakukan kerana penawarnya cepat untuk dikeluarkan. Berbanding dengan penyakit Aids yang telah berpuluh-puluh tahun dilakukan penyelidikan, tetapi para saintis-saintis masih gagal untuk mencari penawarnya.

Tidakkah kita terfikir bagaimana syarikat-syarikat gergasi pengeluar ubat boleh memberi tarikh September ini untuk mengeluarkan Vaksin H1N1. Tidakkah ia terlalu cepat untuk menciptakannya melainkan ianya sudah sedia ada dan hanya menangguhkan sahaja.

Siapakah yang akan mendapat labanya apabila vaksin tersebut dikeluarkan. Kerana merekalah yang menciptakan virus tersebut dan mereka juga memiliki penawarnya. Ianya di tangguhkan pengeluarannya agar angka meningkat puluhan juta. Kerana penyakit selsema adalah satu penyakit yang paling senang merebak melalui pernafasan dan sekiranya berlaku jerebu, ianya lagi cepat untuk merebak.

Kenapa penyakit Aids masih lagi tiada vaksinnya, sedangkan ianya boleh dikatakan telah dikaji oleh separuh negara di dunia ini. Kerana Aids adalah bala daripada Allah s.w.t. dan selsema burung atau babi adalah ciptaan manusia.

Allah s.w.t. tidak memberikan penyakit Aids kepada kaum Nabi Luth a.s. kerana ianya akan dikatakan sebagai penyakit alam. Tetapi Allah s.w.t. menurun Aids kepada umat Muhammad s.a.w. kerana umat sekarang mempunyai fikiran yang waras untuk menyatakan ianya adalah bala daripada Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular