Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.
Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.
Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.
Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor hari ini, adalah seorang pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan.
Mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat.
Mesra disapa sebagai TMJ (Tengku Mahkota Johor), Tunku Ibrahim, 51, cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti berteraskan kerja-kerja sosial yang diilhamkan baginda sejak 2001.
Sikap prihatin dan kesungguhan baginda untuk turun padang
bagi melihat sendiri kehidupan dan menyelami susah senang masyarakat
membina kredibiliti baginda sebagai pewaris takhta yang mesra rakyat.
Semasa kembara pertamanya pada 2001, Tunku Ibrahim tidak kekok
untuk mendokong dan mendodoikan seorang bayi yang terlentuk di bahu
baginda.
Ketika
melawat Kampung Temiang di Muar, baginda sempat menjamah ubi rebus yang
menjadi makanan rakyat dengan begitu berselera serta memuji pembuat
sambal ubi rebus, iaitu seorang nenek yang terharu dengan pujian Tunku
Mahkota Johor.
Kesungguhan baginda untuk merasai kehidupan seharian rakyat
jelata di situ jelas terserlah apabila pada satu ketika baginda meneguk
air tebu dalam bungkusan plastik yang dihulurkan oleh seorang penduduk.
Tidak bersendirian, aktiviti turun padang itu memecah tembok
pemisah antara istana Johor dan rakyat apabila Tunku Ibrahim turut
membabitkan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, dan
putera-puteri baginda dalam ekspedisi itu.
Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.
Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April
1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong
Kelapan.
Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor, dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia, pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Pewaris takhta itu menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu.
Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.
Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika.
Sekembalinya baginda ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan,
khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga
ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei.
Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.
Tengku Mahkota Johor angkat sumpah Pemangku Raja.
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail mengangkat sumpah
sebagai Pemangku Raja selepas dilantik Jumaah Majlis Diraja Johor bagi
menjalankan tugas Raja dalam satu majlis di Istana Besar, di sini
petang tadi.
Pelantikan berkenaan disaksikan Raja Muda Johor, Tunku Ismail
Ibrahim dan Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid berikutan
kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar yang dimasukkan ke Hospital
Pakar Puteri, di sini.
Dalam majlis berlangsung selama 10 minit bermula jam 5.10
petang itu, Tunku Ibrahim yang kelihatan sedih sepanjang upacara dan
sesekali mengesat mata itu mengangkat sumpah sebelum menandatangani
watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan