Translate

Jumaat, 26 Februari 2010

Buat Briged MP Segambut, Tulang Besi Dan Yang Sewaktu Dengannya: Apa Masaalah Kamu

Kalau mereka menyatakan bahawa mereka ikhlas dalam perjuangan PAS, kerana itulah mereka terpaksa menegur didalam blog-blog milik mereka. Hantar aduan kat pejabat mereka tak layan pasal dalam pejabat agong PAS puak-puak Terengganu yang kontrol. Maka dibagilah ingatan kepada semua, akan puak-puak Terengganu yang sedang mengawal Pejabat Agong PAS.

Teguran sudah menjadi dendam yang amat-amat sangat, maka dijajalah bagaimana buruknya puak-puak Terengganu ni. Tiada yang baik dilakukan, semuanya buruk-buruk belaka. Ada sahaja jalan yang diusahakan untuk menjatuhkan puak-puak Terengganu ni. Tempiasnya terpaksa diterima oleh blogger-blogger Terengganu seperti saya ini.

Semua kelemahan dicari sampai lubang cacing sehinggakan kekalahan kerajaan PAS Terengganu dalam PRU 11 dijadi modal yang paling besar. Semua daripada Terengganu dihentamnya, kerana merekalah yang paling pandai, cerdik, bijak dan segala-galanya didalam politik. Kita menegur, kita akan diterjahnya semata-mata kerana dendam yang membara. Aku paling bijak, paling lantang dan segala pandai.

Semua diungkit kembali daripada wala' adalah candu sampai kepada politik suku agama suku, konon untuk memberitahu yang puak-puak Terenganu ni cakap tak serupa bikin. Bila dikomenkan, apa kau ingat aku tak ada kabel, aku dah tinggal ditempat sekian-sekian........... usah nak kelentonglah. Bahananya........... terpaksalah saya menulis serba sikit kerana saya orang Terengganu............... hati kecil tetap terasa walaupun peluru itu tidak ditujukan kepada saya.

Didalam PAS, perbezaan pendapat adalah perkara biasa bagi sebuah parti yang telah lama wujud. Walau bercanggah, ianya tidak membawa kepada pepecahan didalam PAS. Kerana itulah terdapat mazhad di dalam kelompok Ahlul Sunnah Wal Jamaah seperti empat mazhad yang besar. Mereka berhujah berkaitan dengan agama kerana keilmuan mereka dalam bidang tersebut.

Mereka-mereka berhujah dengan dalil-dalil yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah dan mereka tidak terkeluar daripada Islam. Tetapi apa yang dilakukan oleh Briged MP Segambut lebih kepada hujah seperti Syiah dan Khawarij yang tekeluar daripada Ahlu Sunnah. Mereka cukup bangga dengan apa yang mereka tulis apatah lagi jika ianya berkaitan dengan PAS Terengganu.

Tetapi apa yang di tulis oleh Briged MP Segambut bagaikan beliau adalah agen kepada musuh PAS. Beliau menulis bagaikan beliau cukup pandai tentang sepak terajang politik Terengganu. Kerana itulah tulisan beliau seperti cuba memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Sepatutnya beliau memperkukuhkan lagi ikatan yang ada dan bukannya menjadi talibarut Umno. Beliau sepatutnya sedar yang beliau telah memberi kredit kepada musuh-musuh PAS dan PR.

Apakah mereka menyangka pendapat mereka itu mewakili majoriti ahli dan penyokong PAS?. Apakah kerana PKR memenangi banyak kerusi MP, mereka sudah mendabik dada yang mereka cukup kuat?. Apa yang belaku sekarang ini banyak melibatkan PKR daripada PAS. PAS masih utuh dengan perjuangannya kerana itulah wakil rakyat PAS tidak boleh diperlekehkan.

Beliau mesti ingat, PAS bukannya baru menjadi pembangkang jika dibandingkan dengan parti-parti politik yang ada di Malaysia ini. Apakah Pakatan Rakyat boleh menang besar jika PAS tidak menyertainya?. PAS tidak pernah menikam atau meninggalkan kawan seperti yang diperkatakan, PAS telah meninggalkan Semangat 46. Sedangkan hakikatnya Semangat 46 yang meninggalkan PAS dan menyertai BN.
Dizaman IT ni, semuanya dah jadi pakar-pakar politik tak macam dulu kalau nak tahu politik mesti kena pergi dengar ceramah pasal kaset pun tak ada lagi. Nak harap akhbar arus perdana, baik duduk kat rumah lagi bagus. Mungkin saya ini baru dalam politik PAS jika hendak dibandingkan dengan blogger-blogger tersebut kerana itulah mereka cukup tahu selok belok politik PAS Terengganu. 

Inilah sikap sombong yang ditunjukkan oleh beliau dan yang sewaktu dengannya. Beliau merasakan apabila ramai yang membaca blognya maka mereka semua bersetuju dengan apa yang ditulisnya. Sudahkah sampai ketahap yang diperlukan dalam memperjuangkan Islam sebelum mendabik dada. Baru diberi sedikit kemenangan pun sudah menunjukkan belangnya. Maka inilah yang dikatakan musuh dalam selimut dan anda sendirilah yang menilai apa yang sebenar tersirat dihati anda dengan menunjukkan pemusuhan ini.

Saya menceburi politik PAS, semasa PAS berada dalam keadaan kucar kacir yakni tahun yang amat malang bagi Gerakan Islam Malaysia yang bernama PAS. PAS ditentang dan dihentam dari semua penjuru sehinggalah tumbangnya kerajaan PAS Kelantan.TGHH masih lagi memegang jawatan Yang Dipertua ABIM Terengganu dan Datuk Asri adalah idola saya, 

Walaupun akhirnya beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS diatas desakan golongan muda yang mana dalam sejarah PAS, ucapan dasar Yang Dipertua Agung PAS telah ditolak mentah-mentah oleh perwakilan. Bukan setakat itu sahaja, malah sepanjang ucapan dasar beliau itu diganggu dengan pekikan Marakbar Asri, Marakbar Asri dan diselang seli dengan Takbir. 

Sikap berpuak-puak tidak boleh diterima didalam PAS, jika ada pun mungkin andaian penulis blog sahaja yang cuba menunjukan yang mereka ini amat pandai menilai. Ini kerana ahli-ahli PAS mengharapkan Datuk Asri, supaya dapat menonjolkan mesej Islam yang jelas di dalam menghadapi dasar 'Penerapan nilai-nilai Islam Umno', kecewa dengan pendirian kabur Datuk Asri dan suasana berpuak yang ketara di sekeliling Datuk Asri juga telah mencetuskan tentangan di kalangan ahli-ahli PAS. 

Maka bermulalah 'Kepimpinan Ulama' didalam parti PAS dengan kehadiran Ustaz Fadhil Noor, Haji Hadi, Ustaz Nakhei, Ustaz Harun Taib dan digabungkan dengan tokoh lama iaitu Tuan Guru Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Aziz, Mustafa Ali dan penghijrahan golongan muda dari Mesir. Lebih-lebih lagi dengan kebangkitan Revolusi Islam di Iran yang membaca kepada jatuhnya rejim Shah Iran 

Apakah hujah mereka yang menyatakan wala sudah menjadi candu buat ahli-ahli PAS. Atau pun mereka sebenarnya buta sejarah sebagaimana yang dialami oleh Datuk Asri dengan 'Kumpulan 13'nya. Apakah PAS lumpuh dengan keluarnya pemimpin-pemimpin tertingginya yang bukan calang-calang orang jika mengambil kira ketaatan membabi buta?. Apa yang berlaku pada krisis PAS 1982 yang membawa kepada peralihan kuasa adalah mengikut jalan yang betul. Bukannya seperti sekarang, berkokok selepas Muktamar. Kenapa tidak melakukan perubahan pada Muktamar yang lalu.

Jika anda mengatakan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu pada PRU 11 disebabkan kelemahan pimpinan atau bahasa mudah ialah meremahkan kepimpinan TGHH, sebenarnya anda masih lagi jahil tentang politik di negeri Terengganu. Usahlah berhujah kerana anda sememangnya tidak mengetahui yang Terengganu bukanlah bumi yang subur untuk PAS selepas PAS ditendang keluar daripada BN,  itulah hakikatnya. Kemenangan PAS pada PRU 10 adalah kerana kehangatan isu DSAI, itu tidak dinafikan.

Walaupun PAS dapat menawan Terengganu pada 1959, ianya kerana faktor Datuk Onn. Rakyat Terengganu bukan jenis berpuak, jika atas semangat kenegerian pasti Datuk Onn dan parti IMPnya tidak akan menang di Terengganu. Dr. Burhanuddin dan Datuk Hassan Adli dari Perak menang di parlimen Kuala Terengganu Utara dan Besut. Khatijah Sidek menang di parlimen Dungun dan menjadikan beliau ahli Dewan Rakyat wanita pertama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular