APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 1 Februari 2010
Kes Kepala Babi: Lebih 10 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan
Lebih daripada 10 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua kepala babi yang diletakkan di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ada beberapa petunjuk yang boleh membantu siasatan, bagaimanapun ia tidak boleh didedahkan kerana siasatan kes itu terlalu subjektif.
“Di samping bantuan saksi, siasatan turut diperluaskan dengan memberi tumpuan kepada kamera litar tertutup (CCTV) plaza tol terdekat selain CCTV belakang masjid yang sedang diteliti kini.
“Siasatan kita tertumpu kepada CCTV berkenaan yang dijangka mampu memberikan petunjuk kepada siasatan yang sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kempen Balik Kampung Subang Jaya (SJ) sempena Tahun Baru Cina di sini, semalam.
Dalam kempen berkenaan, sebanyak RM5,000 disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada PDRM untuk membina pondok polis di SS15 yang dikenali sebagai kawasan panas di daerah berkenaan.
Selain itu, borang maklumat meninggalkan rumah turut diedarkan kepada orang bagi tujuan membolehkan mereka mengisi dan menyerahkan borang terbabit ke balai polis berdekatan bagi tujuan pemantauan ketika mereka pulang ke kampung sempena cuti perayaan.
Sementara itu, polis menafikan dakwaan pasukan berkenaan bertindak merobohkan pentas yang dibina bertujuan untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves, Sabtu lalu.
Khalid berkata, polis tiada hak untuk merobohkan pentas berkenaan tetapi hanya mengeluarkan arahan pentas itu perlu dirobohkan berikutan kedudukannya yang tidak sesuai hingga boleh menyebabkan gangguan kepada lalu lintas serta pergerakan orang awam yang hadir.(Sinar Harian)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Apabila kita memperkatakan tentang kehilangan enjin jet pejuang............. berbuih-buih sampai kering air liur.......... baik pihak pemba...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Sebelum saya berbicara, saya ingin memohon maaf buat pembaca kerana tidak dapat menyiarkan komen-komen anda disebabkan oleh masaalah yang t...
-
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.0...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
Ini adalah pertemuan pertama Presiden Mesir yang baru dan anda boleh membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sejarah moden telah...
-
12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi. 11.57am Perang mulut masih ber...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan